KEBINGUNGAN TERHADAP AKIDAH ISLAM

 [[Kebingungan terhadap Aqidah Islam]]


Ilmu Aqidah asyairah dan maturidiyyah datang daripada Yunani, Greek dan tokoh mereka seperti Plato, Socrates dan Aristotle. 


Tidak peduli adakah ilmu itu telah diIslamisasikan oleh tokoh ulama Islam atau sebaliknya ianya tetap berfakta berasal daripada logik akal manusia, teori manusia dan digabung susun, ditapis, diIslamisasikan menjadi Ilmu Aqidah Islam versi Asyairah dan maturidiyyah.


Justeru ianya berstatus ijtihad bukan qat'ie dan ianya hanya diguna pakai bagi membuktikan wujud Tuhan dan sifat-sifat-Nya secara LOGIK ketika Islam diserang atheis.


Tidak lebih dan tidak kurang.


Itu bukanlah silibus Aqidah dan ilmu Aqidah Islam atau manhaj Aqidah yang dibawa oleh Nabi salallahualaihiwassalam yang asal yang dipakai oleh para sahabat dan salafus soleh.


Ilmu Aqidah Islam yang asal bersumberkan Al-Quran dan Al-Sunnah semata-mata. Yang tidak bercampur dengan sumber lain.


Yang menepati kaedah hadith Nabi, ketika Umar dimarahi kerana membaca Taurat.


Dengan menyebut; 


أمتهوكون يا ابن الخطاب؟


"...Apakah kalian dalam keadaan bingung wahai Umar bin Khattab?.." [HR. Ahmad] Dalam riwayat yang lain pula menyebut;


لَوْ بَدَا لَكُمْ مُوسَى فَاتَّبَعْتُمُوهُ وَتَرَكْتُمُونِي لَضَلَلْتُمْ عَنْ سَوَاءِ السَّبِيلِ وَلَوْ كَانَ حَيًّا وَأَدْرَكَ نُبُوَّتِي لَاتَّبَعَنِي


"....Jika Musa ada di antara kalian semua lalu kalian mengikutinya dan meninggalkan aku, nescaya kalian akan tersesat dari jalan yang lurus, dan kalau sekiranya dia (Nabi Musa 'alaihissalam) masih hidup, dan dia dapati kenabianku, niscaya dia akan mengikutiku...." [HR. Al-Darimi]


Jika Umar RA membaca kitab Taurat pun dimarahi oleh baginda kerana sumber dari Islam telah memadai dan mencukupi inikan pula falsafah Yunani dan Greek. Kita tidak menolak itu ijtihad dan usaha ulama dahulu mengIslamisasikan ilmu zaman itu demi membantu menjawab syubhat muktzilah dan atheis (boleh jadi ijtihad mereka benar atau salah) tetapi jangan jadikan ia satu silibus atau manhaj sepanjang zaman hanya sebab kalian taasub, fanatik, taklid dan terpaksa mempertahankannya demi kerana guru-guru dan nenek moyang kalian.


Sekarang ilmu tafsir, tadabbur, hadith dan sumber Islam sudah mencukupi menjadi kandungan aqidah dan iktiqad umat Islam. Tidak perlu bahas ilmu mantiq dan kalam untuk jadi silibus Aqidah.


Juga ilmu Sains, komputer, perubatan dan teknologi hari ini adalah lebih bermanfaat bagi orang awam dari perbahasan falsafah ilmu kalam kuno sebagai dalil aqli dalam Iman dan kewujudan Tuhan. 


Menonton dan mempelajari tentang haiwan dan tumbuhan dalam rancangan Sains di National Geographic lebih menambah Iman dan mengukuhkan kefahaman terhadap kebesaran Allah dan sifat-Nya daripada belajar sifat 20.


اللَّهُمَّ إنِّي أَسْأَلُكَ الهُدَى وَالتُّقَى، وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى


Comments

Popular posts from this blog

ALLAH DIATAS LANGIT DAN BERTEMPAT DILANGIT?

AKIDAH IMAM Abu Uthman al-Sobuni

MALAIKAT MAUT BERNAMA IZRAIL?