SEDEKAH DALAM BENTUK MEMBERI MAKAN KEPADA DIRI, ISTERI & ANAK
Perkara ini mungkin ada pihak dalam kalangan kita tidak sedari. Ketahuilah apa yang kita makan untuk diri sendiri, itu bernilai sedekah. Bukan itu sahaja, bahkan kita beri kepada anak dan isteri makan juga bernilai sedekah. Sedekah itu bukan hanya beri duit pada orang luar, bukan juga hanya letakkan duit pada tabung tertentu sahaja atau tin-tin minuman tertentu. Rasulullah bersabda: مَا أَطْعَمْتَ نَفْسَكَ فَهُوَ لَكَ صَدَقَةٌ، وَمَا أَطْعَمْتَ وَلَدَكَ فَهُوَ لَكَ صَدَقَةٌ، وَمَا أَطْعَمْتَ زَوْجَكَ فَهُوَ لَكَ صَدَقَةٌ "Apa yang engkau beri makan kepada dirimu, maka bagimu bernilai sedekah, dan apa yang engkau beri makan kepada anakmu, maka bagimu pahala sedekah dan apa yang engkau beri makan kepada isterimu, maka bagimu mendapat pahala sedekah". [Hadis Riwayat al-Bukhari no 86, dalam kitab Al- Adab Al- Mufrad, sahih] Antara sedekah yang wajib ialah memberi nafkah. Nafkah kepada diri sendiri juga wajib iaitu kita makan untuk menjaga nyawa kita. Jangan terlalu fikirkan or...