PERKATAAN IMAM ABU SA'ID 'UTHMAN AL-DARIMI TENTANG ALLAH
Kata Imam Abu Sa`id `Uthman al-Darimi -semoga Allah merahmatinya- : Segala puji bagi Allah yang memiliki segala yang ada di langit dan di bumi serta apa yang ada di antara kedua-duanya dan yang ada di bawah tanah. Yang mengetahui perkara ghaib, tidak terluput dari pengetahuannya walau seberat semut yang halus, baik di langit mahupun di bumi. Dia mengetahui perbuatan makhluk-Nya yang tersembunyi dan yang terang-terangan, dan Dia mengetahui apa yang mereka kerjakan. Kita memuji-Nya dengan segala puja puji, dan menyifatkan-Nya sebagaimana Dia sendiri menyifatkan diri-Nya, dan sebagaimana Rasul-Nya menyifatkan diri-Nya. Dialah: Allah, yang Maha Pemurah, yang Maha Mengasihani, yang Maha Dekat, yang Maha Memperkenankan, yang Maha Bercakap, yang Maha Berkata, yang Maha Berkehendak, dan yang Maha Berkemahuan. Dia Maha Melakukan apa yang Dia Mahu. Dialah yang Terawal sebelum segala sesuatu, dan Terakhir selepas segala sesuatu. Segala urusan sebelum dan sesudahnya hanyalah milik-Nya. ...