Posts

Showing posts with the label Marzuki Abdullah

IMAM DAN KITAB AKIDAH SALAF

Bukan senang nak "memadamkan" aqidah salaf yang tulen atau menimbusnya dengan debu kebohonganmu kerana aqidah yang benar ini telah tersimpan dan terpelihara di dalam kitab-kitab aqidah musnadah yang banyak. Anda menyerang Imam Harb al Kirmani, di sana masih berdiri teguh benteng aqidah salaf al ummah seperti : 1 - Imam Ahmad bin Hanbal yang mengarang Usul al Sunnah dan al Radd 'ala al Zanadiqah wa al Jahmiyyah 2- Imam al Bukhari yang mengarang Sahih al Bukhari dengan kitab at-Tauhid sebagai penutupnya dan Khalqu Af'al al 'Ibad. 3- Imam Ibnu Khuzaimah yang mengarang Kitab at-Tauhid 4- Imam Ustman al Darimi yang mengarang dua kitab - al Radd 'ala al Jahmiyyah dan Al Naqd Ustman al Darimi 'ala Bisyr al Marisi al Anid 5- Imam 'Abdullah bin Imam Ahmad yang mengarang kitab al Sunnah 6- Imam Abu Dawud al Sijistani yang menyusun kitab al Sunnah di dalam kitab Sunannya. 7- Imam at-Tirmidzi yang memasukkan qawl-qawl a'immah salaf dalam aqidah ke dalam Jami...

SIDANG KALAM YANG JAHAT

Image
(Imam Abu Nasr al Sijzi, Al Dzahabi dan Abu al Hasan al Asy'ari VS Sidang Kalam )  Boleh berbeza pandangan tetapi jangan jadi jahat. Saya dapati berlaku pemalingan dan tahrif pada maksud-maksud ucapan yang dikemukakan oleh Imam Abu Nasr al Sijzi. Beliau sangat jelas menukil kesepakatan a'immah salaf bahawa : أن الله سبحانه بذاته فوق العرش وعلمه بكل مكان "Bahawasanya Allah Subhanahu dengan Dzatnya berada di atas 'Arasy dan ilmu-Nya pada segenap tempat" Teks penuhnya : Kata Imam Abu Nasr al Sijzi : أَئِمَّتنَا كسفيان الثَّوْريّ وَمَالك وَحَمَّاد بن سَلمَة وَحَمَّاد بن زيد وسُفْيَان بن عُيَيْنَة والفضيل وَابْن الْمُبَارك وَأحمد وَإِسْحَاق متفقون على أَن الله سُبْحَانَهُ بِذَاتِهِ فَوق الْعَرْش وَعلمه بِكُل مَكَان وَأَنه ينزل إِلَى السَّمَاء الدُّنْيَا وَأَنه بغضب ويرضى وَيتَكَلَّم بماشاء "Para Imam kami seperti Sufyan al Tsauri, Malik, Hammad bin Salamah, Hammad bin Zaid, Sufyan bin 'Uyainah, Fudhail, Ibnu al Mubarak, Ahmad dan Ishaq sepakat bahawasanya Alla...

UND BERDUSTA ATAS NAMA IMAM ASY-SYAFI'I?

UND BERDUSTA KE ATAS NAMA IMAM ASY-SYAFI'I? ATAU KEMUNGKINAN ATAU MUNGKIN MUNGKIN.  Marzuki Abdullah Kata UND ( Ustaz Noor Deros ) : "Kemudian Imam membawa hadith Muawiyah bin al Hakam bagi menjelaskan cara mengislamkan..sorry.. memeriksa keislaman hamba wanita yang ajma'. Sedangkan dalam kisah tersebut tiada langsung disebut wanita itu ajma'. Hadith itu tak ada sebut langsung wanita itu ajma'. Saya, saya setuju. Tapi Imam Asy-Syafi'i beristidlal dengan hadith ini untuk cerita tentang wanita hamba yang عجماء . Kita tengok lafaznya : قال : وأحب إلىّ ألا يعتق إلا بالغة مؤمنة، فإن كانت أعجمية فوصفت الإسلام أجزأته Terus dia bawa hadith berkenaan dengan Mua'wiyah bin al Hakam. Bila dia cerita pasal nak kaffarah kena wanita hamba tu mukminah terus bawa hadith Mu'awiyah. Sedang seperti kata Ustaz Salman cerita tadi hamba wanita tersebut tidak a'jam tidak ajma' di situ. Tapi Imam Asy-Syafi'i beristidlal dengan hadith ni untuk menyokong pendirian dia...