Posts

Showing posts with the label Ustaz Ahmad Nasim

KENDURI ARWAH. MAKAN-MAKAN SEMPENA KEMATIAN

apa yg dikemukakan ini semuanya berdasarkan hadis Nabi saw, kata2 sahabat dan tabi'en dan pandangan ULAMA2 DI DALAM MAZHAB AS-SYAFIE berdasarkan rujukan kitab2 yg dikemukakan. Pesanan Nabi s.a.w. bila berlaku kematian: عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ جَعْفَرٍ قَالَ لَمَّا جَاءَ نَعْيُ جَعْفَرٍ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اصْنَعُوا لِأَهْلِ جَعْفَرٍ طَعَامًا فَإِنَّهُ قَدْ جَاءَهُمْ مَا يَشْغَلُهُمْ Daripada ‘Abdullah bin Ja’far katanya: Bila tiba berita kematian Ja’far bin Abi Talib, Nabi s.a.w. bersabda: “Buatlah kpd keluarga Ja’far makanan kerana telah berlaku kepadanya suatu yg menyibukkan mereka”. (Sunan Abu Daud Bab Buat Makan Kepada Keluarga Simati, Sunan Ibnu Majah Bab Hadith Yang Datang Tentang Makanan Yang Dihantarkan Kepada Keluarga Simati, Musnad Ahmad Hadith Abdullah bin Ja’far) Imam at-Tirmizi mengkomentarkan hadith tersebut slps mengemukakannya dgn katanya: قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ وَقَدْ كَانَ بَعْضُ أَهْلِ الْعِلْمِ يَسْتَحِبُّ...

TERAWIH ZAMAN SALAF

عبد الرزاق عن داود بن قيس وغيره عن محمد بن يوسف عن السائب بن يزيد : أن عمر جمع الناس في رمضان على أبي بن كعب ، على تميم الداري ، على إحدى وعشرين ركعة ، يقروون بالمئين  وينصرفون عند فروع الفجر  Abdul Razzaq daripada Daud bin Qais dan selainnya daripada Muhammad bin Yusuf daripada Sa`ib bin Yazid bahawa Sayydidina Umar r.a. menghimpunkan orang ramai di dalam bulan Ramadhan mengikut Ubay bin Ka’ab dan Tamim ad-Dari dengan sembahyang sebanyak dua puluh satu raka’at, mereka membaca sebanyak dua ratus ayat dan selesai ketika ketika hampir menjelang fajar”. (Musannaf Abdul Razzak j.4 hal. 240) عن يزيد بن خصيفة عن السائب بن يزيد قال كانوا يقومون على عهد عمر بن الخطاب رضى الله عنها في شهر رمضان بعشرين ركعة قال وكانوا يقرؤن بالمئين وكانوا يتوكؤن على عصيهم في عهد عثمان بن عفان رضى الله عنه من شدة القيام Daripada Yazid bin Khusaifah daripada Sa`ib bin Yazid katanya: “Mereka (sahabat) sembahyang (tarawih) di zaman Umar bin al-Khattab r.a. di bulan Ramadhan sebanyak dua puluh raka’at”. Dia ...