Posts

Showing posts with the label FITNAH

BIDAAH SEBAGAI SUNNAH, SEDIKIT ORANG ALIM DAN AMANAH, DUNIA DICARI DENGAN AMALAN AKHIRAT

Dari Abu Thayyib Muhammad bin al-Hasan al-Hiri, dari Muhammad bin ‘Abdu-l-Wahhab, dari Ya’la bin ‘Ubaid, dari al-A’masy, dari Syaqiq, dari Abu Wa’il, beliau berkata: قال ابن مسعود كيف أنتم إذا لبِستكُمْ فتنةٌ ؛ يهرَمُ فيها الكبيرُ ، ويَربو  ،فيها الصَّغيرُ  Ibn Mas’ud (r.a.) berkata, “Bagaimanakah keadaan kalian apabila kalian diselubungi fitnah (bid’ah) yang mana orang-orang dewasa menjadi tua di dalamnya & kanak-kanak dibesarkan di dalamnya,  ،ويتَّخذُها النَّاسُ سُنَّةً sedang orang ramai menjadikannya (bid’ah itu) sebagai sunnah, !ُفإذا غُيِّرَتْ قالوا : غُيِّرتِ السُّنَّة & apabila ia cuba diubah (supaya kembali mengikut sunnah), orang ramai pun berkata, ‘Sunnah telah diubah!’?” !قيلَ : متى ذلك يا أبا عبدَ الرَّحمنِ؟ Ditanyakan kepada beliau, “Bilakah hal itu akan berlaku wahai Abu ‘Abdu-r-Rahman?!” ،قال : إذا كثُرتْ قرَّاؤُكم ، وقلَّتْ فقهاؤُكم  Beliau menjawab, “Apabila ramainya qari-qari (orang-orang yang mahir membaca al-Quran) dalam kalangan kalian,...

ULASAN KE ATAS DAURAH TAKWIL AL-HADIS IBNU QUTAIBAH

Image
Kongres athari Ulasan ke atas Daurah Takwil Al-Hadis Ibnu Qutaibah. ======= . Dalam ceramah Takwil Hadis Ibnu Qutaibah, Dr Umar nukilkan ijmak Salaf bahawa مع dalam Al-Quran adalah "bersama dengan ilmu", beliau menekankan supaya hadis sifat difahami mengikut siyaq (konteks) sesuatu ayat. Beliau berikan contoh-contoh Ibnu Qutaibah huraikan hadis berdasarkan siyaq. Dr Umar turut mengkritik yang memahami secara literal. https://youtu.be/MZ5CYHLKamQ Dalam ceramah itu Dr Umar tidak pun menerangkan manhaj Ibnu Qutaibah secara menyeluruh, bahawa Ibnu Qutaibah mentafsir hadis dengan ayat Al-Quran, dengan hadis, dengan syair, dengan israiliyyat. Beliau juga menggunakan dalil fitrah. Tidak terhad kepada siyaq, syair dan balaghah sahaja. Ada juga ayat dan hadis yang Ibnu Qutaibah tafsir secara literal sebagai contoh gambar yang dibawah ini, ketika mengulas hadis nuzul, diselitkan huraian mengisbatkan di mana Allah. Ibnu Qutaibah mengatakan ia adalah ijmak golongan arab dan ajam.  Sayang...

IBNU ABBAS TAKWIL KURSIY SEBAGAI ILMU?

Sidang Kalam Nampaknya bergembira kerana ada qaul didalam Tafsir Tobari yang mengatakan Ibnu Abbas juga Mentakwil Kursiy kepada Ilmu, Sabar dulu wahai Ahlul Bida', Kami tahu lama dah benda ni, Dan saya boleh ajar satu2, Imam Tobari membawa qaul ibn Abbas ini didatangkan dengan sanad dan dinyatakan khilaf, Nampaknya sidang kalam semakin mengikuti pendapat dari "Salaf" mereka iaitu Bisr Al Mariisi Riwayat diatas dipopularkan oleh Bisyr Bin Ghiyas Al Mariisi, Iaitu Salaf kepada Jahmiyyah Muatthilah (nenek moyang sidang kalam) dia lah orang pertama bergembira kononnya sahabat nabi saw juga melakukan takwil Kata Bisr Al Marissi yang diriwayatkan oleh Az Zahabi ﻓَﻤَﻌْﻨَﻰ ﺍﻟْﻜُﺮْﺳِﻲِّ ﺍﻟْﻌِﻠْﻢُ، ﻓَﻤَﻦْ ﺫَﻫَﺐَ ﺇِﻟَﻰ ﻏَﻴْﺮِ ﺍﻟْﻌِﻠْﻢِ ﺃَﻛْﺬَﺑَﻪُ ﻛِﺘَﺎﺏُ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺗَﻌَﺎﻟَﻰ “Makna kursiy adalah ilmu, maka barangsiapa yang mengatakan selain ilmu, berarti ia telah mendustakan Kitabullah Ta’aalaa” Siapakah Bisyir al-Mariisiy ini? Tambah Imam Az Zahabi ﻣﺒﺘﺪﻉ ﺿﺎﻝ، ﻻ ﻳﻨﺒﻐﻲ ﺃﻥ ﻳﺮﻭﻯ ﻋﻨﻪ ﻭﻻ ﻛﺮﺍ...

SIFAT ALLAH DAN SIFAT MAKHLUK : MENJAWAB FITNAH ADI ALI

Aku baru terbaca tulisan seorang pensyarah kuat fitnah yang kononnya "sanggah" tulisan aku. Ikutkan aku sebenarnya malas hendak balas tulisannya, sebab aku tidak suka debat bertulis yang berpanjangan dan berlarutan; jadi anggaplah ini kali terakhir aku balas tulisan Adi Ali . Selepas ini, aku tidak akan layan mana-mana tulisan Adi Ali lagi; tulisannya tidak ilmiah, suka lempar persepsi buruk pada lawannya, dan suka fitnah orang. Pertama sekali aku hendak ingatkan kepada dia, jangan sesekali panggil aku "sahabat", aku tak bersahabat dengan orang kuat fitnah macam kau. Kau ingat kita lupa ke fitnah kau terhadap Dr. Rozaimi Ramle dan Hussein Yee. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10159069018095174&id=594660173&mibextid=Nif5oz (Baca komen Dr. Sahul yang balas fitnah Adi Ali.) https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1264346227009694&id=285669801544013&mibextid=Nif5oz (Baca komen Adi Ali, kemudian baca komen saksi kejadian yang balas dakwaan...

FITNAH TERHADAP SHEIKH HUSSAIN YEE

Image
[FITNAH TERHADAP SHEIKH HUSSAIN YEE OLEH PAGE AHLUSUNNAH WALJAMAAH KELANTAN] Firdaus Wong Wai Hung 3 Ogos 2017 Seorang individu menghubungi kami melalui 'Private Message' di Page kami bertanyakan adakah betul dakwaan dari page 'Ahlusunnah Waljamaah Kelantan' (ASWAJA Kelantan) ini. Maka kami mengambil langkah menghubungi Sheikh Hussain Yee sendiri bagi mendapatkan kepastian. Apa jua berita yang kami terima kami akan siasat sebelum dikongsikan. 1. Gambar yang digunakan oleh ASWAJA Kelantan ini merupakan gambar 3 tahun lepas semasa pengebumian ayah kepada salah seorang jemaah Al-Khaadem iaitu Amiruddin yang berdiri di sebelah kiri Sheikh Hussain Yee di dalam gambar. FITNAH dari ASWAJA Kelantan. 2. Pada tarikh yang disebut oleh ASWAJA Kelantan, Sheikh Hussain Yee tiada di Melaka tetapi berada di pejabatnya sepanjang pagi dan berkuliah pada sebelah malam. Jelas ianya adalah fitnah dari pihak ASWAJA Kelantan. 3. Sheikh Hussain Yee bukannya baru memeluk Islam tetapi beliau te...

FITNAH TERHADAP DR ROZAIMI RAMLE

Image
Abdul Qayyum Hadi 23 Julai 2017 · Lagi tuduhan berbau sampah sarap yang menyerang peribadi RoRa . Yang sedihnya, dua² pensyarah Uni. Semua lahir daripada sangka²an..takkan nak dedah rekod prestasi RoRa di UPSI.. Bos beliau lebih tahu. Saya harap RoRa tak dedah sebab pendedahan rekod cemerlang zaman pengajiannya (setelah difitnah tak cukup ilmu ketika belajar) pun dispin. Sekarang guna teknik lain pula. Cipta prasangka baharu. Sungguh, sikap dengki mendengki itu sangat kuat.

MEREMEHKAN MANHAJ SALAF

 Hairan dan kecewa bila terdengar ada yang menganggap manhaj Salaf seakan "dangkal" apabila berhadapan dengan persoalan-persoalan daripada orang Kristian atau ateis, seperti pada tafsiran ayat {وَكَلِمَتُهُ أَلْقَاهَا إِلَىٰ مَرْيَمَ} dengan menganggap Salaf menterjemah "kalimah" itu literal sebagai perkataan Allah sedangkan ia merujuk kepada Nabi 'īsā AS.  Lalu orang Kristian pun menjadikan ia sebagai hujah bahawa Nabi 'īsā AS itu adalah Tuhan kerana "perkataan Tuhan" itu bukanlah makhluk ciptaan.  Maka Salaf dipersalahkan kerana hujah padang pasir yang "tidak mantap" atau "very weak" menurutnya. Sedangkan dia sendiri yang salah faham dengan tafsiran Salaf terhadap ayat ini. Perkataan "kalimah" dalam ayat tersebut seperti yang disebut oleh Imam Ahmad tidak 'directly' merujuk kepada Nabi 'īsā AS, bahkan merujuk kepada kalimah perintah daripada Allah yakni "كُن" (jadilah) sebagaimana dalam firman A...

MAKSUD AL-QURAN "MUHDAS" (BARU)

MAKSUD AL-QURAN "MUHDAS" (BARU) DAN BANTAHAN KEPADA JAHMIYYAH/MUKTAZILAH AHLI KALAM. Keraguan yang dibawa sidang Kalam adalah sama dengan keraguan yang dibawa salaf mereka iaitu Jahmiyyah dan Muktazilah. Maka janganlah terpedaya dengan keraguan yang mereka cuba datangkan terhadap kenyataan Imam Ibnu Uthaimin rahimahullah. Maksudnya keraguan mereka itu hanyalah keraguan bersifat "Kitar Semula" dan "Putar Semula".  Mereka ini sudah terbiasa menyelewengkan Kalamullah, jadi apa sangat kalau menyelewengkan kalam hamba Allah Ibnu Uthaimin rahimahullah, ia sangat kacang bagi mereka. Keraguan ini telah pun dibantah oleh seluruh ulama Ahli Sunnah zaman berzaman, antaranya Imam Ahli Sunnah wal Jamaah Imam Ahmad bin Hanbal (241H) dan Imam Abu Muzaffar Al-Sam'ani (489H). Kata Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah:  ثم إن الجهمي ادَّعى أمرا آخر، فقال: أنا أجد آية قي كتاب الله تدل على أن القرآن مخلوق! " Kemudian si Jahmi mendakwa perkara lain, katanya: " Kam...