Posts

Showing posts with the label FEKAH

KENDURI ARWAH. MAKAN-MAKAN SEMPENA KEMATIAN

apa yg dikemukakan ini semuanya berdasarkan hadis Nabi saw, kata2 sahabat dan tabi'en dan pandangan ULAMA2 DI DALAM MAZHAB AS-SYAFIE berdasarkan rujukan kitab2 yg dikemukakan. Pesanan Nabi s.a.w. bila berlaku kematian: عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ جَعْفَرٍ قَالَ لَمَّا جَاءَ نَعْيُ جَعْفَرٍ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اصْنَعُوا لِأَهْلِ جَعْفَرٍ طَعَامًا فَإِنَّهُ قَدْ جَاءَهُمْ مَا يَشْغَلُهُمْ Daripada ‘Abdullah bin Ja’far katanya: Bila tiba berita kematian Ja’far bin Abi Talib, Nabi s.a.w. bersabda: “Buatlah kpd keluarga Ja’far makanan kerana telah berlaku kepadanya suatu yg menyibukkan mereka”. (Sunan Abu Daud Bab Buat Makan Kepada Keluarga Simati, Sunan Ibnu Majah Bab Hadith Yang Datang Tentang Makanan Yang Dihantarkan Kepada Keluarga Simati, Musnad Ahmad Hadith Abdullah bin Ja’far) Imam at-Tirmizi mengkomentarkan hadith tersebut slps mengemukakannya dgn katanya: قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ وَقَدْ كَانَ بَعْضُ أَهْلِ الْعِلْمِ يَسْتَحِبُّ...

SEDEKAH DALAM BENTUK MEMBERI MAKAN KEPADA DIRI, ISTERI & ANAK

  Perkara ini mungkin ada pihak dalam kalangan kita tidak sedari. Ketahuilah apa yang kita makan untuk diri sendiri, itu bernilai sedekah. Bukan itu sahaja, bahkan kita beri kepada anak dan isteri makan juga bernilai sedekah.  Sedekah itu bukan hanya beri duit pada orang luar, bukan juga hanya letakkan duit pada tabung tertentu sahaja atau tin-tin minuman tertentu. Rasulullah bersabda: مَا أَطْعَمْتَ نَفْسَكَ فَهُوَ لَكَ صَدَقَةٌ، وَمَا أَطْعَمْتَ وَلَدَكَ فَهُوَ لَكَ صَدَقَةٌ، وَمَا أَطْعَمْتَ زَوْجَكَ فَهُوَ لَكَ صَدَقَةٌ "Apa yang engkau beri makan kepada dirimu, maka bagimu bernilai sedekah, dan apa yang engkau beri makan kepada anakmu, maka bagimu pahala sedekah dan apa yang engkau beri makan kepada isterimu, maka bagimu mendapat pahala sedekah". [Hadis Riwayat al-Bukhari no 86, dalam kitab Al- Adab Al- Mufrad, sahih] Antara sedekah yang wajib ialah memberi nafkah. Nafkah kepada diri sendiri juga wajib iaitu kita makan untuk menjaga nyawa kita. Jangan terlalu fikirkan or...

KAEDAH MANDI YANG TIDAK SUNNAH

Image
 Benarkah Rasulullah Ajar Ketika Hendak Mandi Mulakan Basuh Daripada Bawah Iaitu Kaki Terlebih Dahulu, Kemudian Baru Naik Ke Atas? 1. Saya diberikan gambar ini yang mengatakan bahawa Rasulullah mengajarkan kita berkaitan mandi, mula membasuh dari bawah iaitu dari kaki naik ke betis, peha, perut, bahu, kemudian berhenti sejenak beberapa saat, lalu mandi seperti biasa. 2. Jawapan ringkas saya, saya tidak menemukan hadis anjuran baginda memerintah agar memulakan basuhan ketika mandi mula dari kaki, betis dan naik ke atas. Sebaliknya yang saya jumpa dalam hadis, kaki merupakan anggota terakhir yang baginda basuh. Apa dalilnya? Dalam Sahih al-Bukhari, Maimunah berkata: وَضَعْتُ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَاءً لِلْغُسْلِ فَغَسَلَ يَدَيْهِ مَرَّتَيْنِ أَوْ ثَلَاثًا ثُمَّ أَفْرَغَ عَلَى شِمَالِهِ فَغَسَلَ مَذَاكِيرَهُ  ثُمَّ مَسَحَ يَدَهُ بِالْأَرْضِ ثُمَّ مَضْمَضَ وَاسْتَنْشَقَ وَغَسَلَ وَجْهَهُ وَيَدَيْهِ ثُمَّ أَفَاضَ عَلَى جَسَدِهِ ثُمَّ تَحَوَّلَ مِنْ مَكَانِه...

JAMAK SOLAT KETIKA ADA KESULITAN SEPERTI SAKIT

Image
 ✅ Orang sakit boleh jamak solat (himpun dua solat dalam satu waktu) menurut pendapat kuat dalam mazhab Shāfiʿī dan pendapat rajih dalam mazhab-mazhab lain — jika ada kesulitan besar untuk solat setiap kali masuk waktu. 📌 Huraian Ringkas: Jamak yang dibenarkan: * Jamak taqdim: himpun Zuhur & Asar di waktu Zuhur, atau Maghrib & Isyak di waktu Maghrib * Jamak ta’khir: himpun di waktu kedua (Asar atau Isyak) Mazhab Shafi'iyyah mengutamakan jamak Taqdim  ✅ Dalil dari Hadis Umum Nabi ﷺ bersabda: إِنَّ الدِّينَ يُسْرٌ "Sesungguhnya agama ini mudah." 📚 [HR. al-Bukhārī, no. 39] Dan dalam hadis Ibn ʿAbbās رضي الله عنهما: جَمَعَ رَسُولُ اللهِ ﷺ بَيْنَ الظُّهْرِ وَالْعَصْرِ، وَالْمَغْرِبِ وَالْعِشَاءِ بِالْمَدِينَةِ، فِي غَيْرِ خَوْفٍ، وَلَا مَطَرٍ “Nabi ﷺ menghimpunkan Zuhur dan Asar, Maghrib dan Isyak di Madinah — tanpa sebab takut dan tanpa hujan.” 📚 \[HR. Muslim, no. 705] al-'Allāmah al-Hāfiz al-Nawawi menjelaskan dalam *Sharḥ Ṣaḥīḥ Muslim*: وَفِيهِ جَوَازُ الْجَم...

ZIKIR : KEKALKAN LAFAZ SUNNAH

 Nas hadis: إذا أتيت مضجعك فتوضأ وضوءك للصلاة ثم اضطجع على شقك الأيمن وقل اللهم أسلمت نفسي إليك وفوضت أمري إليك وألجأت ظهري إليك رهبة ورغبة إليك لا ملجأ ولا منجا منك إلا إليك آمنت بكتابك الذي أنزلت وبنبيك الذي أرسلت فإن مت مت على الفطرة فاجعلهن آخر ما تقول فقلت أستذكرهن وبرسولك الذي أرسلت قال لا وبنبيك الذي أرسلت Zikir: Kekalkan Lafaz Sunnah  Nabi SAW pernah ajar satu zikir sebelum tidur kepada Al-Bara’ bin Azib. Sejurus selesai mengajarkannya, Al-Bara’ membaca balik zikir tersebut di hadapan baginda. Beliau membaca sama seperti dilafazkan oleh baginda. Cuma satu perkataan sahaja tertukar. Iaitu, Al-Bara’ menukar perkataan NABI kepada RASUL. Yang Nabi ajarkan, “Aku beriman dengan NABIMU yang Engkau utuskan”. Al-Bara’ tertukar dan menyebut, “Aku beriman dengan RASULMU yang Engkau utuskan”. Nabi SAW menegur dan berkata, “Bukan begitu. (Tetapi bacalah) … dengan NABIMU yang Engkau utuskan”. [hadis riwayat Bukhari & Muslim] Tertukar perkataan NABI kepada RASUL pun ditegur oleh ...

‘ULAMĀ` BERCERITA TENTANG DUYUNG.

 ‘ULAMĀ` BERCERITA TENTANG DUYUNG. Duyung merupakan suatu makhluk yang sehingga kini masih belum dapat dibuktikan secara empirikal. Namun, kewujudan makhluk ini disebut-sebut oleh masyarakat seluruh dunia hingga perkhabarannya seolah-olah 'mutawatir'. Ratusan tahun ke belakang, di era ketiadaan media massa dan kemudahan internet, para ‘ulamā` telah berbicara mengenai sosok tubuh makhluk ini, hukum memakan dan menikahinya, bahkan ada yang pernah melihatnya. Sebelum pergi lebih jauh, disclaimer, tulisan ini sekadar santai-santai dan untuk mengisi masa lapang. Don't take it too serious. Duyung dikenali dengan beberapa jenis nama di dalam kitab-kitab para ‘ulamā`, antaranya ialah, Ādamiyyat al-Bahr (آدمية البحر), Syaikh al-Bahr (شيخ البحر), Banāt al-Rūm (بنات الروم), Hūriyyat al-Bahr (حورية البحر) dan lain-lain. al-Imām ibn Qayyim (751h) menyebutkan: وما من صنف من اصناف حيوان البر الا وفي البحر امثاله حتى الانسان، والفرس والبعير. “Dan tidak dijadikan haiwan-haiwan di darat mela...

MENGAMALKAN ZIKIR DAN DOA YANG WARID DARIPADA RASULULLAH

 Dalam isu zikir dan doa, tidak dinafikan bahawa syarak memberikan keluasan pada keduanya tanpa mengehadkan pengamalan kepada bacaan yang ma’tsūr sahaja. Meskipun begitu, sentiasalah yang lebih utama untuk kita mengamalkan zikir dan doa yang wārid daripada Rasulullāh SAW. Inilah sikap yang ditunjukkan oleh Al-Imām Al-Syāfi’e (w. 204 h). Beliau berkata : ولا يضيق على أحد في مثل ما قال ابنُ عمر ولا غيره من تعظيم الله تعالى ودعائه مع التلبية ، غير أن الاختيار عندي أن يفرد ما روي عن النبي صلى الله عليه وسلم من التلبية ولا يصل بها شيئا إلا ما ذكر عن النبي صلى الله عليه وسلم ويعظم الله تعالى ويدعوه بعد قطع التلبية Terjemahan : Tidak menjadi kesempitan ke atas seseorang (untuk beramal) dengan apa yang dibaca oleh Ibnu ‘Umar dan selainnya dari (bacaan) membesarkan Allah dan berdoa kepada-Nya bersekali dengan talbiah. Cuma yang terpilih di sisiku, seseorang itu menunggalkan bacaan talbiah yang diriwayatkan daripada Nabi SAW dan dia tidak menyambungkan ia dengan sesuatu melainkan apa yang di...

DUDUK QURFUSO'

Image
 APAKAH ITU DUDUK QURFUSO? حَدَّثَنَا حَفْصُ بْنُ عُمَرَ، وَمُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ، قَالاَ حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ حَسَّانَ الْعَنْبَرِيُّ، قَالَ حَدَّثَتْنِي جَدَّتَاىَ، صَفِيَّةُ وَدُحَيْبَةُ ابْنَتَا عُلَيْبَةَ - قَالَ مُوسَى بِنْتُ حَرْمَلَةَ - وَكَانَتَا رَبِيبَتَىْ قَيْلَةَ بِنْتِ مَخْرَمَةَ وَكَانَتْ جَدَّةَ أَبِيهِمَا أَنَّهَا أَخْبَرَتْهُمَا أَنَّهَا، رَأَتِ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم وَهُوَ قَاعِدٌ الْقُرْفُصَاءَ فَلَمَّا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم الْمُخْتَشِعَ - وَقَالَ مُوسَى الْمُتَخَشِّعَ فِي الْجِلْسَةِ - أُرْعِدْتُ مِنَ الْفَرَقِ  Daripada Qaylah binti Makhramah bahawa dia melihat Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam sedang duduk dalam keadaan qurfuso'. Apabila aku melihat baginda sedang duduk dalam keadaan khusyuk begitu, aku mengeletar ketakutan. [Sunan Abi Daud, Kitab al-Adab, Bab Fi Julus ar-Rajul, hadis no: 4847] Shaikh Al-Albani menyatakan ia hasan, Al-Arnaouth pula berkata Isnadnya hasan. Duduk al-Qurfuso adalah duduk dengan me...

DOSA DAN ANCAMAN TIDAK MELURUSKAN SAF

Image
Hakikatnya saf terputus seperti sebelah saf wanita ini, boleh mendapatkan dosa dan ancaman lagi. Sepertimana daripada hadith nabi Sallallahu Alaihi Wasallam  :  لتسون صفوفكم أو ليخالفن الله بين وجوهكم" متفق عليه. Luruskan saf-saf kamu ataupun Allah SWT akan memecah belahkan wajah-wajah diantara kamu  (Muttafaqun Alaih) ألا تصفون كما تصف الملائكة عند ربها، قلنا: كيف تصف الملائكة عند ربها؟ فقال يتمون الأول ويتراصون في الصف" رواه مسلم وغيره Adakah kamu tahu bagaimana lurusnya saf-saf para malaikat di sisi TuhanNya? Kami bertanya: Bagaimana lurusnya saf-saf para malaikat di sisi TuhanNya? Rasulullah menjawab : Mereka akan menyempurnakan ( memenuhkan) saf-saf yang awal dan kemudian menyatukan didalam saf.  (HR Muslim) Bahkan lurusnya saf adalah salah satu tanda kesempurnaan solat. Bahkan, Khalifah Saidina Umar Al-Khattab tidak memulakan solat sehingga barisan atau saf yang didirikan tidak lurus dan sempurna; مَا رَأَيْت أَحَدًا كَانَ أَشَدَّ تَعَاهُدًا لِلصَّفِّ مِنْ عُمَ...

MAKAN SAHUR KETIKA AZAN?

Image
  Tiada teks hadith seumpama ini. Apa yang ada setakat yang saya cari ialah hadith : إذا سمع أحدكم النداء والإناء في يده فلا يضعه حتى يقضي حاجته منه Apabila kamu mendengar azan sedangkan gelas/bejana berada ditangannya maka hendaklah dia jangan meletakkannya sehingga selesai hajatnya.  (Sunan Abi Daud - 2350) Hadith ini sahih dan sanadnya Hasan.  Dikeluarkan juga oleh Ahmad didalam Musnadnya (9434) dan ( 10629), at-Tabrani didalam tafsirnya ( 3015), ad- Daruqutni didalam Sunannya ( 2182) al-Hakim didalam al-Mustadrak ( 1/203) dan al- Baihaqi didalam Sunan al- Kubra ( 4/218) daripada jalur Hammad bin Salamah. Mungkin penterjemah salah didalam terjemahan daripada bekas berisi air kepada pinggan. Hakikatnya sahur di zaman Rasulullah sangat ringkas, bukan macam zaman kita yang penuh dengan lauk pauk, nasi dsb. Dalam hadith lain Rasulullah menyebut: لا يمنعن أحدكم أذان بلال من سحوره فإنه يؤذن أو قال ليرجع قائمكم وينتبه نائمكم وليس الفرج ان يقول هكذا Janganlah kamu menegah sala...

QIYAM RAMADHAN 8 RAKAAT?

JAWAPAN KEPADA GOLONGAN YG MENAFIKAN SOLAT QIYAM RAMADHAN JIKA JUMLAHNYA HANYA 8 RAKAAT Solat Qiyam Ramadhan adalah solat sunat yg dilakukan dalam waktu di antara sesudah solat Isyak sehingga Fajar .. Perbuatan Nabi -صلى الله عليه وسلم- sgt jelas tentang cara perlaksanaan Qiyam Ramadhan .. عَنْ أَبِي سَلَمَةَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ ، أَنَّهُ سَأَلَ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا : كَيْفَ كَانَتْ صَلَاةُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي رَمَضَانَ ؟ قَالَتْ : مَا كَانَ يَزِيدُ فِي رَمَضَانَ وَلَا غَيْرِهِ عَلَى إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً، يُصَلِّي أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ فَلَا تَسْأَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ، ثُمَّ يُصَلِّي أَرْبَعًا فَلَا تَسْأَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ، ثُمَّ يُصَلِّي ثَلَاثًا، فَقُلْتُ : يَا رَسُولَ اللَّهِ، تَنَامُ قَبْلَ أَنْ تُوتِرَ ؟ قَالَ : " تَنَامُ عَيْنِي وَلَا يَنَامُ قَلْبِي ". Daripada Salamah bin Abdir Rahman, bahawa dia bertanya [kepada] Aisyah -رضي الله عنها-: Bagaimanakah dahulu solat Rasulullah -صلى الله علي...

BACAAN SELEPAS WITIR

Kenapa baca 'Subhanal Malikil Quddus' selepas witir? Tadi, kali pertama saya imamkan solat terawih untuk tahun ini. Jadi selepas witir tadi saya membaca zikir tersebut 3 kali dengan kuat. سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ 'Subhanal Malikil Quddus' Sudah pasti ini berbeza dengan amalan kebiasaan masyarakat yang akan berzikir 'Ya Lathif Ya Lathif' selepas witir. Zikir yang sunnah selepas witir sebagaimana yang diajar oleh Nabi s.a.w ialah 'Subhanal Malikil Quddus' sebanyak 3 kali. Marilah kita hidupkan sunnah ini kerana kita semua mencintai Nabi s.a.w, dan antara bukti cinta ialah menghidupkan sunnah baginda. Zikir yang diajar oleh Nabi s.a.w perlu lebih diutamakan berbanding zikir-zikir lain yang kita baca yang bukan diajar oleh Nabi s.a.w. *SUNNAH YANG DILUPAKAN: ZIKIR SELEPAS WITIR* عَنْ أُبَىِّ بْنِ كَعْبٍ، قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَقْرَأُ فِي الْوِتْرِ بِـ { سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الأَعْلَى } وَ { قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ } ...

BERPERANG SAMBIL BERPUASA?

 Benarkah Nabi s.a.w dan para sahabat berperang sambil berpuasa? Soalan: Ramai penceramah ketika menerangkan semangat puasa mereka menyatakan bahawa lihatlah Nabi s.a.w dan para sahabat tetap berpuasa sekalipun dalam peperangan dan baginda menyuruh mereka berpuasa supaya mendapat pertolongan Allah. Benarkah demikian? –Amin KB Jawapan: ya, soalan ini sering ditanya kepada saya kerana terdapat ramai penceramah yang menyebut begitu, kata mereka yang bertanya. Untuk menjawab soalan ini; 1. Mari kita baca hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim daripada Abu Sa'id al-Khudri: سَافَرْنَا مَعَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى مَكَّةَ وَنَحْنُ صِيَامٌ، قَالَ: فَنَزَلْنَا مَنْزِلًا، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِنَّكُمْ قَدْ دَنَوْتُمْ مِنْ عَدُوِّكُمْ، وَالْفِطْرُ أَقْوَى لَكُمْ» فَكَانَتْ رُخْصَةً، فَمِنَّا مَنْ صَامَ، وَمِنَّا مَنْ أَفْطَرَ، ثُمَّ نَزَلْنَا مَنْزِلًا آخَرَ، فَقَالَ: «إِنَّكُمْ مُصَبِّحُو عَدُوِّكُمْ، وَالْفِطْرُ...

TERAWIH ZAMAN SALAF

عبد الرزاق عن داود بن قيس وغيره عن محمد بن يوسف عن السائب بن يزيد : أن عمر جمع الناس في رمضان على أبي بن كعب ، على تميم الداري ، على إحدى وعشرين ركعة ، يقروون بالمئين  وينصرفون عند فروع الفجر  Abdul Razzaq daripada Daud bin Qais dan selainnya daripada Muhammad bin Yusuf daripada Sa`ib bin Yazid bahawa Sayydidina Umar r.a. menghimpunkan orang ramai di dalam bulan Ramadhan mengikut Ubay bin Ka’ab dan Tamim ad-Dari dengan sembahyang sebanyak dua puluh satu raka’at, mereka membaca sebanyak dua ratus ayat dan selesai ketika ketika hampir menjelang fajar”. (Musannaf Abdul Razzak j.4 hal. 240) عن يزيد بن خصيفة عن السائب بن يزيد قال كانوا يقومون على عهد عمر بن الخطاب رضى الله عنها في شهر رمضان بعشرين ركعة قال وكانوا يقرؤن بالمئين وكانوا يتوكؤن على عصيهم في عهد عثمان بن عفان رضى الله عنه من شدة القيام Daripada Yazid bin Khusaifah daripada Sa`ib bin Yazid katanya: “Mereka (sahabat) sembahyang (tarawih) di zaman Umar bin al-Khattab r.a. di bulan Ramadhan sebanyak dua puluh raka’at”. Dia ...

KHATAM QURAN DALAM SOLAT TERAWIH

 Kesunnahan khatam al-Quran dalam solat tarawih diperselisihkan ulama. Menurut jumhur, hukumnya sunat. Menurut Ibnu al-Ṣalāḥ dalam fatwanya, itulah yang menjadi amalan sejak zaman Saidina ‘Umar RA. Imam Mālik dalam riwayat yang masyhur pula dinukilkan berpendapat khatam al-Quran dalam solat tarawih bukan sunnah, senada dengan gurunya, Rabī‘ah al-Ra’y yang mengatakan: وَلَوْ أَنَّ الرَّجُلَ أَمَّ النَّاسَ بِسُورَةٍ حَتَّى يَنْقَضِيَ الشَّهْرُ لَأَجْزَأَ ذَلِكَ عَنْهُ، فَإِنِّي لَأَرَى* أَنْ قَدْ كَانَ يَؤُمُّ النَّاسَ مَنْ لَمْ يَجْمَعْ الْقُرْآنَ. “Sekiranya seseorang mengimami orang ramai dengan satu surah sehingga habis bulan (Ramadan), maka itu memadai, kerana sungguh aku pernah melihat bahawa ada yang tidak hafiz menjadi imam (tarawih) orang ramai.” Walau bagaimanapun, “bukan sunnah” yang dimaksudkan oleh Imam Mālik ini ditakwil dengan makna “bukan seperti sunnah-sunnah (yang lain), dan tidaklah beliau bermaksud mengatakannya bidaah... tetapi ia termasuk amalan yang digalakkan ...