Posts

Showing posts with the label USTAZ Muhammad Hanief Awang Yahaya

Muhaddith tidak faqih?

 Muhaddith tidak faqih? Akhir-akhir ini kedengaran kata-kata, Muhaddith tidak faqih yakni ahli hadis yang menghimpunkan hadis-hadis sebagai tidak faqih dengan erti tidak memahami dengan mendalam makna hadis yang diriwayatkan oleh mereka. Dengan itu, mereka tidak berupaya untuk mengeluarkan sendiri hukum daripada hadis dan terpaksa bergantung kepada ulama fiqh. Dakwaan ini sebenarnya tidak tepat malah tersasar daripada kebenaran. Ini kerana, (1) Penilaian sebagai seorang itu faqih atau muhaddith tidak dapat dibuat melainkan penilai itu sendiri hendaklah daripada ahli bidang berkenaan. Contohnya, seorang ahli kalam tidak boleh menilai bahawa ahli hadis tidak faqih kerana dia bukan ahli dalam bidang hadis mahupun dalam fiqh. Bidangnya hanyalah ilmu kalam. (2) Bagaimana  Ulama hadis dikatakan sebagai tidak faqih dan tidak faham hukum hadis yang diriwayatkan olehnya sedangkan hadis itu dalam bahasa Arab dan syarat periwayatan hadis dari penerimaan dan penyampaian mestilah memahami ...