Posts

Showing posts with the label Mohd Masri Mohd Ramli

BIDAAH KEMUNGKARAN SAHUR?

Image
 Ini budaya yang perlu ditolak. Ia mencacatkan ibadah sahur yang merupakan sunnah Rasulullah s.a.w. Ia mengganggu bayi tidur, orang ibadah di waktu malam, orang sakit, bukan Muslim dll. Baca al-Quran kuat² sampai ganggu orang seperti di pembesar suara luar masjid pun kita tak setuju. Inikan pula budaya buruk yang datang entah dari mana.  Jika baca al-Quran kuat², doa, zikir pun ulama bantah, apatah lagi budaya sebegini. Imam Ibnu Jauzi menyebutkan: "Kami pernah melihat orang yang bangun pada waktu malam di atas menara-menara. Mereka memberikan peringatan dan berzikir. Ada antara mereka yang membaca al-Quran dengan suara yang kuat sehingga mengganggu manusia yang tidur, dan mengganggu bacaan orang yang sedang mendirikan solat tahajjud. Semua ini adalah kemungkaran". [Talbis Iblis, 123]. .  وقد رأينا من يقوم بالليل كثيرا على المنارة فيعظ ويذكر ومنهم من يقرأ سورا من القرآن بصوت مرتفع فيمنع الناس من نومهم ويخلط على المتهجدين قراءتهم وكل ذلك من المنكرات.

JANGAN LAWAN ORANG YANG MENCEGAH KEMUNGKARAN

Apabila ada orang mahu melawan kemungkaran, kejahatan, dan kezaliman. Jangan kita cuba menutup mulut mereka. Kita rasa kita 'tak mampu', jangan halang orang yang 'mampu'. Kita mungkin penakut, tapi jangan takut-takutkan orang lain. Kejahatan dan kemungkaran itu banyak. Ada dalam bentuk ajaran sesat. Ada dalam bentuk hadis palsu. Ada dalam bentuk pecah amanah. Ada dalam bentuk perbuatan keji yang merosakkan nasab dan kesihatan. Nu’man bin Basyir radiallahu ‘anhu meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: ، مَثَلُ الْقَائِمِ عَلَى حُدُودِ اللَّهِ وَالْوَاقِعِ فِيهَا كَمَثَلِ قَوْمٍ اسْتَهَمُوا عَلَى سَفِينَةٍ، فَأَصَابَ بَعْضُهُمْ أَعْلاَهَا وَبَعْضُهُمْ أَسْفَلَهَا Perbandingan orang yang berpegang kepada batas-batas yang Allah gariskan dan orang-orang yang melanggarnya ialah seperti sekelompok manusia yang berada di atas sebuah kapal. Sebahagian daripada mereka berada di bahagian atas dan sebahagian lagi berada di bahagian bawah. فَكَانَ الَّذِينَ فِي أَسْف...

MANUSIA YANG TERTIPU DENGAN SANGKA BAIKNYA KEPADA ALLAH

Al-Imam Ibnu Al-Qayyim menukilkan:   ، إِنَّ قَوْمًا أَلْهَتْهُمْ أَمَانِيُّ الْمَغْفِرَةِ حَتَّى خَرَجُوا مِنَ الدُّنْيَا بِغَيْرِ تَوْبَةٍ Sesungguhnya ada kaum yang berharap kepada keampunan sehingga mereka keluar daripada dunia ini tanpa bertaubat.   ، يَقُولُ أَحَدُهُمْ : لِأَنِّي أُحْسِنُ الظَّنَّ بِرَبِّي Salah seorang daripada mereka berkata: Ini kerana aku bersangka baik dengan tuhan ku.  .وَكَذَبَ ، لَوْ أَحْسَنَ الظَّنَّ لَأَحْسَنَ الْعَمَلَ Dia telah berdusta! Seandainya dia bersangka baik dengan Allah, dia akan melakukan amalan yang baik. Kata Ibn al-Qayyim lagi:  ،وَقَدْ تَبَيَّنَ الْفَرْقُ بَيْنَ حُسْنِ الظَّنِّ وَالْغُرُورِ Sesungguhnya telah jelas perbezaan antara bersangka baik (dengan Allah) dan tertipu.   ، وَأَنَّ حُسْنَ الظَّنِّ إِنْ حَمَلَ عَلَى الْعَمَلِ ، وَحَثَّ عَلَيْهِ ، وَسَاقَ إِلَيْهِ ، فَهُوَ صَحِيحٌ Sangka baik (dengan Allah) itu, jika ia membawa kepada beramal, bersungguh-sungguh padanya, dan membawanya kepada Allah, maka itu ad...

SELAWAT 1000 KALI SEHARI

Image
Sahihkah Hadis 'Sesiapa Selawat 1000 kali sehari, maka dia tidak akan mati sehingga dia melihat tempatnya di syurga' ? . Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Imam Ibnu Syahin di dalam Al-Targhib Fi Fadhail al-'Amal (19), dan  Ibnu Sam'un dalam Amalinya (56) dengan sanadnya daripada 'Utsman bin Ahmad, daripada Muhammad bin Ahmad al-Bara', daripada Muhammad bin Abdul Aziz al-Dinawariy, daripada Qurrah bin Habib al-Qanawiy, daripada Al-Hakam bin 'Athiyyah, daripada Tsabit, daripada Anas bin Malik, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: . «مَنْ صَلَّى عَلَيَّ فِي يَوْمٍ أَلْفَ مَرَّةٍ، لَمْ يَمُتْ حَتَّى يَرَى مَقْعَدَهُ مِنَ الْجَنَّةِ» Sesiapa yang berselawat ke atas ku sebanyak 1000 kali dalam sehari, dia tidak akan mati sehinggalah dia melihat tempatnya di dalam syurga. . Pada riwayat di atas terdapat beberapa kelemahan: (1) Al-Hakam bin 'Athiyyah: Imam al-Bukhari menyatakan bahawa Abu al-Walid mendhaifkannya. Imam Ahmad menyatakan: La Ba'sa Bih, akan tetapi Ab...

UMMU HANI SEBAGAI 1ST LOVE NABI S.A.W.

Ada beberapa isu: (1) Sahihkah kisah itu? (2) Ulama mana dan kitab mana yang sebut sahih? (3) Keringanan menggunakan kisah tidak sahih dalam sirah. ---- (1) Sahihkah kisah itu? Apa yang tersebar? 2 kali pinangan Nabi s.a.w ditolak di zaman Jahiliyyah. Pertama, Ummu Hani' tolak sebab dah rasa Nabi s.a.w macam abang beliau sendiri sebab membesar bersama. Kedua, Abu Talib menolak sebab Ummu Hani' sudah dipinang orang lain. Kali ketiga, pula selepas Islam, Ummu Hani' menolak sebab beliau ada ramai anak. Mari kita lihat apa yang ada dalam Sahih Muslim.  عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، خَطَبَ أُمَّ هَانِئٍ، بِنْتَ أَبِي طَالِبٍ فَقَالَتْ: يَا رَسُولَ اللهِ، إِنِّي قَدْ كَبِرْتُ، وَلِي عِيَالٌ، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «خَيْرُ نِسَاءٍ رَكِبْنَ» ثُمَّ ذَكَرَ بِمِثْلِ حَدِيثِ يُونُسَ غَيْرَ أَنَّهُ قَالَ «أَحْنَاهُ عَلَى وَلَدٍ فِي صِغَرِهِ» Daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi s.a.w meminang Ummu Hani' bin...

DOA UNTUK MENGHAPUSKAN 'KEPANASAN' DOSA

Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata:  . كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَسْكُتُ بَيْنَ التَّكْبِيرِ وَبَيْنَ الْقِرَاءَةِ إِسْكَاتَةً ، قَالَ : أَحْسِبُهُ ، قَالَ : هُنَيَّةً ،  Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam sering kali mendiamkan diri seketika di antara takbiratul Ihram dan bacaan al-Fatihah.  . فَقُلْتُ بِأَبِي وَأُمِّي يَا رَسُولَ اللَّهِ إِسْكَاتُكَ بَيْنَ التَّكْبِيرِ وَالْقِرَاءَةِ مَا تَقُولُ Aku (Abu Hurairah) berkata: Ya Rasulullah, demi ayah dan ibuku, apakah yang engkau baca ketika mendiamkan diri di antara takbir dan al-Fatihah.  . قَالَ : أَقُولُ  Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: Aku membaca:  . اللَّهُمَّ بَاعِدْ بَيْنِي وَبَيْنَ خَطَايَايَ كَمَا بَاعَدْتَ بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ Ya Allah, jauhilah diriku dari kesalahanku sepertimana Engkau jauhkan antara timur dan barat;  .  اللَّهُمَّ نَقِّنِي مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الْأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ Ya Allah, ...

ZIKIR FATIMAH YANG BERASAL DARIPADA KITAB SYIAH

Ini apa yang tersebar di FB: Rasulullah tidak pernah tidur sebelum mencium Fatimah. Pernah suatu ketika ditegur dan ditanya salah satu istrinya, kenapa engkau selalu mencium Fatimah? Rasulullah menjawab, ‘setiap aku rindu surga aku mendapatkan semerbak bau harum surga pada diri Fatimah’. Suatu hari Siti Fatimah sudah masuk di kamarnya, sudah di dalam selimutnya, mau  tidur.  Rasulullah mengetuk pintu kamarnya, kemudian Rasulullah masuk dan Siti Fatimah bangun, kata Rasulullah ‘jangan, tetaplah kamu di tempat tidurmu’. Kemudian beliau bersabda ‘putriku Fatimah, kamu jangan tidur sebelum mengkhatamkan Al-Quran.  Kamu jangan tidur sebelum menjadikan seluruh nabi memberikan syafaat untukmu. Kamu jangan tidur sebelum merelakan atau memberi kerelaan kepada seluruh kaum mukminin-mukminat di dunia ini. Dan terakhir wahai putriku Fatimah jangan kamu tidur sebelum kamu Umrah dan Haji’. Permintaan yang sulit semua. Sebelum tidur khatam Al-Quran. Sebelum tidur menjadikan seluruh Nabi...

Hadis Palsu Di Dalam Kitab al-Tawhid?: MASUK NERAKA KERANA SEEKOR LALAT

 Hadis Palsu Di Dalam Kitab al-Tawhid?: MASUK NERAKA KERANA SEEKOR LALAT Hadis Lalat Hadis ini disebutkan dalam bab yang kesepuluh, dalam bab “Penyembelihan Untuk Selain Allah”. Dalam kitab al-Tawhid, disebutkan bahawa ia adalah hadis marfu’ atau sabda Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad. Ada dua isu di sini: 1- Yang benar, ia adalah riwayat mawquf iaitu perkataan sahabat, iaitu Salman al-Farsi r.a. 2- Apabila disebutkan riwayat Ahmad, ramai mungkin akan menyangka ia riwayat Imam Ahmad dalam al-Musnad. Sebaliknya, riwayat ini tidak ada dalam Musnad Ahmad. Imam Ahmad meriwayatkannya dalam Al-Zuhd. Teks riwayat dalam kitab al-Tawhid: وعن طارق بن شهاب: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: "دخل الجنة رجل في ذباب، ودخل النار رجل في ذباب. قالوا: وكيف ذلك يا رسول الله؟ قال: مر رجلان على قوم لهم صنم لا يجوزه أحد حتى يقرب له شيئا، فقالوا لأحدهما: قرب. قال ليس عندي شيء أقرب. قالوا له: قرب ولو ذبابا. فقرب ذبابا، فخلوا سبيله. فدخل النار. وقالوا للآخر: قرب. فقال: ما كنت لأقرب لأحد شيئ...

Imam Abu Uthman al-Sobuni

  Imam Abu Uthman al-Sobuni, dan akidahnya dalam kitab Aqidah al-Salaf Wa Ashabi al-Hadits.  Alhamdulillah, antara kitab akidah yang saya dah khatam, dan saya selesa dengan akidah sebegini, yang 'simple', tidak tenggelam dalam perbahasan yang terlalu teknikal tentang sifat-sifat Allah, tidak menyamakan Allah dengan makhluk, tidak memalingkan dalil-dalil berkaitan sifat Allah kepada maksud yang lain, memahami maknanya, dan menyerahkan atau tafwidh hakikat kaifiyat atau 'bagaimananya' kepada Allah. Imam Abu Uthman al-Sobuni berkata: أصحاب الحديث، حفظ الله أحياءهم ورحم أمواتهم، يشهدون لله تعالى بالوحدانية، وللرسول صلى الله عليه وآله وسلم بالرسالة والنبوة، Ahli al-Hadith, semoga Allah memelihara mereka yang masih hidup dan merahmati mereka yang telah meninggal dunia, menyaksikan keesaan Allah Ta'ala, dan menyaksikan kerasulan dan kenabian Rasulullah SAW.   ويعرفون ربهم عز وجل بصفاته التي نطق بها وحيه وتنزيله، أو شهد له بها رسوله صلى الله عليه وسلم على ما وردت الأخبار ال...