Posts

Showing posts with the label Ustaz Adli Mohd Saad

DOA PERJALANAN JAUH

 DOA YG SAHIH UTK SELAMAT DLM PERJALANAN, YG DIAJARKAN OLEH  NABI -صلى الله عليه وسلم- KETIKA HENDAK MEMULAKAN PERJALANAN YG JAUH َاللهُ  أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ Allah Maha Besar! Allah Maha Besar! Allah Maha Besar! سُبْحَانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا، وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ، وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ، Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan [kenderaan] ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya - dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali! اللهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِي سَفَرِنَا هَذَا الْبِرَّ وَالتَّقْوَى، وَمِنَ الْعَمَلِ مَا تَرْضَى، Ya Allah! Kami memohon kepada-Mu di dalam perjalanan kami ini, kebaikan dan ketaqwaan, dan dari amal apa yang Engaku redhai اللهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا سَفَرَنَا هَذَا، وَاطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ،  Ya Allah! Ringankanlah ke atas kami perjalanan kami ini, dan pendekkanlah terhadap kami jaraknya, اللهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَرِ، وَالْخَلِيفَةُ فِي الْأَهْ...

QIYAM RAMADHAN 8 RAKAAT?

JAWAPAN KEPADA GOLONGAN YG MENAFIKAN SOLAT QIYAM RAMADHAN JIKA JUMLAHNYA HANYA 8 RAKAAT Solat Qiyam Ramadhan adalah solat sunat yg dilakukan dalam waktu di antara sesudah solat Isyak sehingga Fajar .. Perbuatan Nabi -صلى الله عليه وسلم- sgt jelas tentang cara perlaksanaan Qiyam Ramadhan .. عَنْ أَبِي سَلَمَةَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ ، أَنَّهُ سَأَلَ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا : كَيْفَ كَانَتْ صَلَاةُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي رَمَضَانَ ؟ قَالَتْ : مَا كَانَ يَزِيدُ فِي رَمَضَانَ وَلَا غَيْرِهِ عَلَى إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً، يُصَلِّي أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ فَلَا تَسْأَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ، ثُمَّ يُصَلِّي أَرْبَعًا فَلَا تَسْأَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ، ثُمَّ يُصَلِّي ثَلَاثًا، فَقُلْتُ : يَا رَسُولَ اللَّهِ، تَنَامُ قَبْلَ أَنْ تُوتِرَ ؟ قَالَ : " تَنَامُ عَيْنِي وَلَا يَنَامُ قَلْبِي ". Daripada Salamah bin Abdir Rahman, bahawa dia bertanya [kepada] Aisyah -رضي الله عنها-: Bagaimanakah dahulu solat Rasulullah -صلى الله علي...

IMAM AHMAD MENGHENTIKAN FITNAH MUKTAZILAH

   Fadil hisham hashim Baru-baru ini Ustaz  Adli Mohd Saad  hafizahullah menceritakan tentang riwayat yg membuktikan bahwa Imam Ahmad tidak gagal dalam melawan akidah sesat Ilmu Kalam Muktazilah sebagaimana yg didakwa oleh seorang penceramah ilmu kalam baru-baru ini.  Malah sebenarnya Imam Ahmad lah yg telah berjaya memberhentikan fitnah Mehnah  ("Qur'an adalah makhluk") bila dia berjaya mengalahkan hujah sesat tokoh Muktazilah dihadapan Khalifah ketika itu, dan malah Khalifah juga telah bertaubat dari akidah Ilmu Kalam Muktazilah setelah debat Imam Ahmad tersebut. Dan telah hilang dan lemah pengaruh Muktazilah setelah kemenangan Imam Ahmad berhujah mengalahkan nya.  Imam Az-Zahabi meriwayatkan kisahnya dari Al Muhtadi Billah Muhammad bin Al -Watsiq, anak kepada khalifah Al -Watsiq dalam kitabnya Siyaru A’laamin Nubalaa’ juz XI :312.  Berkata Al Muhtadi Billah Muhammad bin Al Watsiq: “Dahulu ayahku (Khalifah Al-Watsiq) bila hendak membunuh seseora...

BIDAAH KENDURI ARWAH

 Ustaz Adli Mohd Saad BERIKUT ADALAH JAWAPAN MUFTI SYAFIE MEKAH (GURU KPD PENGARANG KITAB NIHAYAH AZ-ZAIN) BERKENAAN BIDAAH KENDURI DAN MAJLIS BERSEMPENA KEMATIAN Berkata Al-Allamah Abu Bakr; Uthman bin Muhammad Syatta Ad-Dimyati Al-Bakri, pengarang kitab Hasyiah Ei’aanah At-Tholibin: Dan saya telah meninjau kepada soalan yang diangkat kepada dua mufti Mekah Al-Musyarrafah, pada makanan yang dibuat oleh ahli keluarga si mati. Jawapan daripada mereka untuk itu (salinan kedua-duanya). Apakah pendapat mufti-mufti di Negeri Haram, semoga Allah kekalkan manfaat mereka untuk sekalian makhluk sepanjang hari-hari berlalu, mengenai kebiasaan khas pada sesebuah negeri dan bagi sesiapa yang di dalamnya dari orang-orang tertentu, bahawa seseorang itu apabila dia berpindah ke negeri pembalasan, dan hadir kenalan-kenalannya dan jiran-jirannya majlis takziah, telah berjalan kebiasaan bahawa mereka akan menunggu makanan, dan dari kerana penguasaan rasa malu pada keluarga si mati, mereka (yakni kel...