Posts

Showing posts with the label Maulana Muhammad Asri Yusoff

BID'AH KHURAFAT DALAM AGAMA ITU BAHAYA & SESAT

  Bid‘ah ialah perbuatan atau kepercayaan yang direka dalam agama tanpa dalil, lalu dianggap sebagai ibadah atau jalan mendekatkan diri kepada Allah. ➡️ Maksudnya: ditambah dalam agama sesuatu yang tidak dibuat oleh Nabi ﷺ. Dalil Jelas Nabi ﷺ > “Setiap perkara yang diada-adakan dalam urusan agama ini adalah tertolak.” (HR. Muslim) 📌 2. Kenapa bid‘ah bahaya dalam agama? Kerana bid‘ah: menambah hukum baru merubah cara ibadah menyamakan rekaan manusia dengan syariat Allah seolah memberi ajaran yang lebih baik daripada ajaran Nabi ﷺ ▶️ Bahkan ulama kata: “Bid‘ah lebih bahaya daripada maksiat biasa.” 📌 3. Apa itu Khurafat? Khurafat ialah kepercayaan tahyul, bomoh, dan kepercayaan selain Allah yang tidak berdasarkan wahyu seperti: mempercayai roh orang mati boleh kembali mempercayai azimat bawa berkat mempercayai tempat keramat boleh memberi rezeki minta tolong jin tangkal pelaris mandi tolak bala ritual pelik yang bukan Islam Ini semua bukan sekadar salah, tetapi boleh membawa kepa...

SIRAH : Adakah Ali tidur ditempat Nabi ketika hijrah?

Hashim Al-Maranji Oleh Maulana Asri Yusoff PERISTIWA HIJRAH YANG KITA KETAHUI Bukalah dan bacalah buku sirah dan maghazi mana sekalipun, hampir-hampir tidak akan kita temui suatu gambaran peristiwa hijrah Nabi s.a.w. yang berbeza dari yang selalu kita dengar dan kita ketahui iaitu : RUJUKAN UTAMA PERISTIWA HIJRAH Tetapi adakah kita tahu siapakah yang menjadi rujukan kepada penyusun buku-buku yang memuatkan peristiwa hijrah Nabi s.a.w. dengan perincian seperti yang disebutkan tadi? Rujukan mereka dalam soal ini juga sama seperti rujukan mereka dalam soal-soal lain berkaitan sirah nabi saw, Muhammad Ibnu Ishaq ( Ibnu Ishaq) melalui Ibnu Hisyam dan Salamah al-Abrasy, Waqidi, melalui Thabari dan Ibnu Saad. ( Lihat Sirah Ibnu Ishaq m.s. 221-223, Sirah Ibnu Hisyam jilid 2 m.s. 89-92, Tarikh al-umam Wa al-Muluk at-Thabari jilid 2 m.s. 98-100, at-Thabaqat al-Kubra Ibnu Sa’ad jilid 1 ms. 175-177). PERISTIWA HIJRAH MENGIKUT RIWAYAT BUKHARI Sebagai perbandingan dengan riwayat yang dikemuka...