Posts

Showing posts with the label Ustaz Emran Ahmad

KEBINGUNGAN TERHADAP AKIDAH ISLAM

 [[Kebingungan terhadap Aqidah Islam]] Ilmu Aqidah asyairah dan maturidiyyah datang daripada Yunani, Greek dan tokoh mereka seperti Plato, Socrates dan Aristotle.  Tidak peduli adakah ilmu itu telah diIslamisasikan oleh tokoh ulama Islam atau sebaliknya ianya tetap berfakta berasal daripada logik akal manusia, teori manusia dan digabung susun, ditapis, diIslamisasikan menjadi Ilmu Aqidah Islam versi Asyairah dan maturidiyyah. Justeru ianya berstatus ijtihad bukan qat'ie dan ianya hanya diguna pakai bagi membuktikan wujud Tuhan dan sifat-sifat-Nya secara LOGIK ketika Islam diserang atheis. Tidak lebih dan tidak kurang. Itu bukanlah silibus Aqidah dan ilmu Aqidah Islam atau manhaj Aqidah yang dibawa oleh Nabi salallahualaihiwassalam yang asal yang dipakai oleh para sahabat dan salafus soleh. Ilmu Aqidah Islam yang asal bersumberkan Al-Quran dan Al-Sunnah semata-mata. Yang tidak bercampur dengan sumber lain. Yang menepati kaedah hadith Nabi, ketika Umar dimarahi kerana membaca Ta...

DOA YANG DILARANG

 [[Jenis-jenis Doa yang dilarang]] Di dalam hadith yang sahih baginda Nabi ﷺ pernah bersabda; لاَ يَزَالُ يُسْتَجَابُ لِلْعَبْدِ مَا لَمْ يَدْعُ بِإِثْمٍ أَوْ قَطِيْعَةِ رَحِمٍ ومَا لَمْ يَسْتَعْجِلْ “...Akan selalu dikabulkan doa bagi seorang hamba selagi dia tidak berdoa untuk sesuatu dosa atau memutuskan tali silaturahim, dan selagi dia tidak gopoh..." [HR. Muslim] Para ulama menyebutkan beberapa jenis dan bentuk doa yang dilarang kepada kita iaitu; 1. Doa yang mengandungi syirik atau memohon kepada selain Allah. Walaupun dengan menyebut "Ya, Muhammad, Ya Jibril atau meminta kepada wali-wali dan sebagainya. Hanya kepada Allah kita boleh berdoa. 2. Doa memohon perkara haram atau dilarang seperti memutuskan silaturahim, meminta sesuatu yang berdosa seperti zina, arak, judi, meminta nombor ekor dan sepertinya.  3. Berdoa keampunan untuk orang kafir (kecuali untuk memohon hidayah kepadanya) atau berdoa untuk manfaat kekufuran dan kemenangan mereka. 4. Melampaui batas dalam ber...

Doa nabi musa ketika susah

Meminta kebaikan dari Allah Ketika sedang berada dalam kesusahan, Nabi Musa alaihisalam pun berdoa; رَبِّ إِنّي لِما أَنزَلتَ إِلَيَّ مِن خَيرٍ فَقيرٌ  “Ya Tuhanku sesungguhnya aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku”. (Al-Qasas: 24) Berkat doa yang dibaca ini, Allah memberikan kepada Nabi Musa alaihisalam isteri, pekerjaan, harta benda dan keluarga. Semoga Allah mengampuni kita dan memberikan rezeki yang diberkati yang dapat memenuhi segala keperluan kita!

KISAH KHAULAH BINTI AL-AZWAR

Kritikan ilmiah Ustaz Emran Ahmad حفظه الله terhadap kesahihan kisah Khaulah al-Azwar dari penulisan terbitan page The Patriots . _____________________________________________ Kisah Khaulah binti al-Azwar tidak sahih Ada ramai muslimah berpurdah, tak berpurdah bertudung labuh, bersarung lengan dan berjubah atau tidak berjubah merasakan mereka wajar turut berjuang untuk Islam bersama orang lelaki, mencontohi wira wanita yang bernama Khaulah binti al-Azwar. Kononnya wanita ini berjihad di medan perang bersama para sahabat nabi seperti Khalid bin Al-Walid RA (wafat 21 H) menaiki kuda, berselubung hitam sambil menutupi wajahnya, Cerita ini tidak sahih bahkan menyalahi nas dan juga sejarah. 1. Menurut Syeikh Dr Muhammad bin Abdullah Al-Qannas kisah Khaulah ini tidak ada dalam kitab makrifah sahabat atau kitab tarikh dan tarajim.  2. Telah masyhur dalam nas dan sirah bahawa kaum wanita tidak terlibat dalam peperangan dan membunuh musuh. Mereka hanya merawat tentera dan berkhidmat sebaga...