AKIDAH JAHMIYAH
Al Jahmiyah Adalah penting untuk kita tahrir istilah Al Jahmiyah di sisi ulama Al Salaf rahimahumullah dan cabang-cabangnya. Ini kerana akidah Jahmiyah telah meresap ke dalam beberapa aliran yang muncul selepasnya dan bermusuhan dengannya dalam beberapa isu lain namun dalam masa yang sama menerima sejumlah prinsip dasar Al Jahmiyah. Al Imam Harb bin Isma'il Al Kirmani rahimahullah (w.280 H) menjelaskan bahawa akidah asasi Jahmiyah ialah: -menganggap Al Quran adalah makhluk -menyangka Allah ta'ala tidak berbicara dengan Musa 'alaihis salam -juga bahawa Allah itu tidak sebenar-benarnya berbicara dan berkata-kata -tidak dapat dilihat -tidak diketahui bagiNya tempat -tiada bagiNya Arasy -tiada Kursi Kemudian ada beberapa aliran yang dihukum sebagai Jahmiyah juga iaitu: 1- Al Waqifah: mereka yang mengatakan Al Quran Kalam Allah sahaja tanpa menjazamkannya sebagai ‘bukan makhluk’ 2- Al Lafziyah: yang mengatakan Al Quran bukan makhluk tetapi lafaznya adalah makhlu...