MAKSUD AL-QURAN "MUHDAS" (BARU)
MAKSUD AL-QURAN "MUHDAS" (BARU) DAN BANTAHAN KEPADA JAHMIYYAH/MUKTAZILAH AHLI KALAM. Keraguan yang dibawa sidang Kalam adalah sama dengan keraguan yang dibawa salaf mereka iaitu Jahmiyyah dan Muktazilah. Maka janganlah terpedaya dengan keraguan yang mereka cuba datangkan terhadap kenyataan Imam Ibnu Uthaimin rahimahullah. Maksudnya keraguan mereka itu hanyalah keraguan bersifat "Kitar Semula" dan "Putar Semula". Mereka ini sudah terbiasa menyelewengkan Kalamullah, jadi apa sangat kalau menyelewengkan kalam hamba Allah Ibnu Uthaimin rahimahullah, ia sangat kacang bagi mereka. Keraguan ini telah pun dibantah oleh seluruh ulama Ahli Sunnah zaman berzaman, antaranya Imam Ahli Sunnah wal Jamaah Imam Ahmad bin Hanbal (241H) dan Imam Abu Muzaffar Al-Sam'ani (489H). Kata Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah: ثم إن الجهمي ادَّعى أمرا آخر، فقال: أنا أجد آية قي كتاب الله تدل على أن القرآن مخلوق! " Kemudian si Jahmi mendakwa perkara lain, katanya: " Kam...