Posts

Showing posts with the label SIRAH

UMMU HANI SEBAGAI 1ST LOVE NABI S.A.W.

Ada beberapa isu: (1) Sahihkah kisah itu? (2) Ulama mana dan kitab mana yang sebut sahih? (3) Keringanan menggunakan kisah tidak sahih dalam sirah. ---- (1) Sahihkah kisah itu? Apa yang tersebar? 2 kali pinangan Nabi s.a.w ditolak di zaman Jahiliyyah. Pertama, Ummu Hani' tolak sebab dah rasa Nabi s.a.w macam abang beliau sendiri sebab membesar bersama. Kedua, Abu Talib menolak sebab Ummu Hani' sudah dipinang orang lain. Kali ketiga, pula selepas Islam, Ummu Hani' menolak sebab beliau ada ramai anak. Mari kita lihat apa yang ada dalam Sahih Muslim.  عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، خَطَبَ أُمَّ هَانِئٍ، بِنْتَ أَبِي طَالِبٍ فَقَالَتْ: يَا رَسُولَ اللهِ، إِنِّي قَدْ كَبِرْتُ، وَلِي عِيَالٌ، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «خَيْرُ نِسَاءٍ رَكِبْنَ» ثُمَّ ذَكَرَ بِمِثْلِ حَدِيثِ يُونُسَ غَيْرَ أَنَّهُ قَالَ «أَحْنَاهُ عَلَى وَلَدٍ فِي صِغَرِهِ» Daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi s.a.w meminang Ummu Hani' bin...

KISAH ROMANTIK RASULULLAH YANG PALSU : ISTERI YANG PALING DICINTAI

  ~Kisah Romantik Nabi yang palsu~ Rupa-rupanya lama dah tersebar. Saya baru tahu kisah ini minggu lepas. Seorang jemaah tanya dalam kuliah mingguan Asam Garam. Kisah yang kononnya menonjolkan kebijaksanaan Nabi menjaga hati semua isteri. Kononnya Nabi hadiahkan cincin kepada semua isteri. Boleh baca kisahnya di beberapa tangkap layar yang saya sertakan.  Lepas itu seorang jemaah lain mencelah, "Yang saya dengar, Nabi bagi gelang!"  Sudah, mana satu ni? Nabi bagi cincin ke gelang? Pertama sekali, kita kena jejak sumber asalnya. Kisah ini ada dalam kitab hadis mana untuk nak status riwayatnya. Jadi kena tahu kisah asal dalam bahasa Arab dulu.  Masalahnya semua perkongsian dalam bahasa Melayu tu tak sertakan sumber riwayat dari mana. Mustahillah suatu kisah tentang Nabi ada dalam bahasa Melayu saja tetapi tak ada dalam bahasa Arab.  Cari punya cari, saya jumpa riwayat bahasa Arabnya. Ini dia.  ---------- سألَتْ السيِّدةُ عائشةُ النبيَّ صلَّى الله عليه وسلَّم:...

KISAH KHAULAH BINTI AL-AZWAR

Kritikan ilmiah Ustaz Emran Ahmad حفظه الله terhadap kesahihan kisah Khaulah al-Azwar dari penulisan terbitan page The Patriots . _____________________________________________ Kisah Khaulah binti al-Azwar tidak sahih Ada ramai muslimah berpurdah, tak berpurdah bertudung labuh, bersarung lengan dan berjubah atau tidak berjubah merasakan mereka wajar turut berjuang untuk Islam bersama orang lelaki, mencontohi wira wanita yang bernama Khaulah binti al-Azwar. Kononnya wanita ini berjihad di medan perang bersama para sahabat nabi seperti Khalid bin Al-Walid RA (wafat 21 H) menaiki kuda, berselubung hitam sambil menutupi wajahnya, Cerita ini tidak sahih bahkan menyalahi nas dan juga sejarah. 1. Menurut Syeikh Dr Muhammad bin Abdullah Al-Qannas kisah Khaulah ini tidak ada dalam kitab makrifah sahabat atau kitab tarikh dan tarajim.  2. Telah masyhur dalam nas dan sirah bahawa kaum wanita tidak terlibat dalam peperangan dan membunuh musuh. Mereka hanya merawat tentera dan berkhidmat sebaga...

SIRAH : Adakah Ali tidur ditempat Nabi ketika hijrah?

Hashim Al-Maranji Oleh Maulana Asri Yusoff PERISTIWA HIJRAH YANG KITA KETAHUI Bukalah dan bacalah buku sirah dan maghazi mana sekalipun, hampir-hampir tidak akan kita temui suatu gambaran peristiwa hijrah Nabi s.a.w. yang berbeza dari yang selalu kita dengar dan kita ketahui iaitu : RUJUKAN UTAMA PERISTIWA HIJRAH Tetapi adakah kita tahu siapakah yang menjadi rujukan kepada penyusun buku-buku yang memuatkan peristiwa hijrah Nabi s.a.w. dengan perincian seperti yang disebutkan tadi? Rujukan mereka dalam soal ini juga sama seperti rujukan mereka dalam soal-soal lain berkaitan sirah nabi saw, Muhammad Ibnu Ishaq ( Ibnu Ishaq) melalui Ibnu Hisyam dan Salamah al-Abrasy, Waqidi, melalui Thabari dan Ibnu Saad. ( Lihat Sirah Ibnu Ishaq m.s. 221-223, Sirah Ibnu Hisyam jilid 2 m.s. 89-92, Tarikh al-umam Wa al-Muluk at-Thabari jilid 2 m.s. 98-100, at-Thabaqat al-Kubra Ibnu Sa’ad jilid 1 ms. 175-177). PERISTIWA HIJRAH MENGIKUT RIWAYAT BUKHARI Sebagai perbandingan dengan riwayat yang dikemuka...