ZIKIR FATIMAH YANG BERASAL DARIPADA KITAB SYIAH

Ini apa yang tersebar di FB:

Rasulullah tidak pernah tidur sebelum mencium Fatimah. Pernah suatu ketika ditegur dan ditanya salah satu istrinya, kenapa engkau selalu mencium Fatimah? Rasulullah menjawab, ‘setiap aku rindu surga aku mendapatkan semerbak bau harum surga pada diri Fatimah’.

Suatu hari Siti Fatimah sudah masuk di kamarnya, sudah di dalam selimutnya, mau  tidur.  Rasulullah mengetuk pintu kamarnya, kemudian Rasulullah masuk dan Siti Fatimah bangun, kata Rasulullah ‘jangan, tetaplah kamu di tempat tidurmu’.

Kemudian beliau bersabda ‘putriku Fatimah, kamu jangan tidur sebelum mengkhatamkan Al-Quran.  Kamu jangan tidur sebelum menjadikan seluruh nabi memberikan syafaat untukmu. Kamu jangan tidur sebelum merelakan atau memberi kerelaan kepada seluruh kaum mukminin-mukminat di dunia ini. Dan terakhir wahai putriku Fatimah jangan kamu tidur sebelum kamu Umrah dan Haji’.

Permintaan yang sulit semua. Sebelum tidur khatam Al-Quran. Sebelum tidur menjadikan seluruh Nabi memberikan syafaat.  Sebelum tidur merelakan kaum mukminin-mukminat. Sebelum tidur Umrah dan Haji.

Siti Fatimah terkejut mendapatkan perintah ini. Sebelum sempat Fatimah berkata, Rasulullah shalat  dua rakaat di kamar Siti Fatimah. Siti Fatimah duduk menanti selesai shalat ayahnya untuk menanyakan tentang perintah tadi.

Setelah Rasulullah salam, Siti Fatimah berkata, ‘ayahku, siapa yang mampu sebelum tidur khatam Al-Quran, menjadikan para Nabi memberi syafaat, merelakan seluruh kaum mukminin-mukminat, dan melaksanakan Umrah dan Haji?’

Rasulullah tersenyum kemudian beliau bersabda, ‘bukan begitu putriku, bukankah engkau kalau membaca Qulhuwallahu Ahad (Surah Al-Ikhlas) sebanyak 3x dihitung seperti khatam Al-Quran. Kedua, bershalawatlah kepadaku dan seluruh para nabi, nanti kami semua siap memberi syafaat. Ketiga, doakan kaum mukminin-mukminat; Astaghfirullah lil mukminina wal mukminat, supaya semua kaum mukminin-mukminat rela kepadamu. Ke empat, Umrah dan Haji yang kumaksud ialah membaca; Subhanallah, walhamdulillah, wa Laa Ilaha Illallah, wa Allahu Akbar, maka pahalanya seperti kamu melakukan Umrah dan Haji’.

Jadi inilah amalan yang diajarkan Rasulullah kepada putrinya Fatimah. Dan mari kita amalkan dan ajarkan kepada anak-anak kita:


1.     Membaca  Qulhuwallahu Ahad (Al-Ikhlas) 3 x.

2.     Shalawat kepada para Nabi (Allahumma Shalli ala Muhammad wa Ali Muhammad wa Alal Anbiya-i wal Mursalin).

3.     Mendoakan kaum Muslimin (Astaghfirullah lil mukminina wal mukminat).

4.     Kemudian membaca (Subhanallah, wa-Alhamdulillah wa Laa ilaa ha Illallah wa-Allahu Akbar).

Marilah kita mulai praktikkan dan ajarkan kepada anak-anak kita.

.

.

.

Saya melakukan carian untuk mengenal pasti sumber riwayat ini. Saya tidak menemuinya dalam kitab-kitab hadis yang muktabar.

Lalu saya menemui video-video ceramah orang SYIAH yang membacakan riwayat di atas. Saya turut menemuinya dalam kitab Mafatih Al-Jinan, oleh 'Abbas al-Qumiy.

الثامن عشر : أيضاً روي في خلاصة الأذكار عن الزهراء صلوات الله عليها قالت : دخل عليّ رسول الله صلى‌الله‌عليه‌وآله وقد افترشت فراشي للنوم ، فقال لي : يا فاطمة لاتنامي إِلاّ وقد عملت أربعة : ختمت القرآن ، وجعلت الأنبياء شفعاءك ، وأرضيت المؤمنين عن نفسك ، وحججت واعتمرت ، قال هذا وأخذ في الصلاة فصبرت حتى أتمّ صلاته ، قلت يا رسول الله صلى‌الله‌عليه‌وآله أمرت بأربعة لا أقدر عليها في هذا الحال فتبسم صلى‌الله‌عليه‌وآله وقال : إذا قرأت (قل هو الله أحد) ثلاث مرات ، فكأنك ختمت القرآن ، وإذا صلّيت عليّ وعلى الأنبياء قبلي كنّا شفعاءك يوم القيامة ، وإذا استغفرت للمؤمنين رضوا كلهم عنك ، وإذا قلت : سُبْحانَ الله وَالحَمْدُ لله وَلا إلهَ إِلاّ الله وَالله أَكْبَرُ ، فقد حججت واعتمرت [١].

http://ar.lib.eshia.ir/10505/1/860


Siapakah 'Abbas al-Qummiy ini?

Beliau merupakan seorang tokoh Syiah. Di bawah adalah sedikit maklumat beliau:

Abbas bin Muhammad Ridha al-Qummi (Bahasa Arab:عباس بن محمد رضا القمي) (lahir 1294 H/1877 - meninggal 1359 H/1940) terkenal dengan Syaikh Abbas al-Qummi (الشيخ عباس القمي) dan juga Muhaddits Qummi (المحدث القمي), seorang ulama Syiah abad 14 H. Ia adalah seorang muhaddits (ahli hadis), sejarawan dan khatib yang ulung. Kitab-kitab seperti Mafatih al-Jinan, Safinah al-Bihar dan Muntaha al-Amal adalah karangan-karangan utamanya. Muhaddits Qummi meninggal di Najaf pada tahun 1359 H/1940 dan dimakamkan di Haram Ali bin Abi Thalib as. [ http://id.wikishia.net/view/Syaikh_Abbas_al-Qummi ]

Dalam Mafatih al-Jinan, beliau menukilkan riwayat ini daripada Khulasah al-Adzkar susunan Al-Kashaniy [rujuk biografi beliau di sini http://en.wikishia.net/view/Mulla_Muhsin_Fayd_Kashani

Oleh itu, tidak boleh kita menyebarkan riwayat di atas kecuali untuk menyatakan kepalsuannya. Antara tanda kepalsuan sesuatu riwayat ialah apabila ia tidak wujud dalam kitab-kitab hadis muktabar.

Di dalam Durratun Nasihin pula, ia dikatakan nasihat Nabi s.a.w kepada 'Aisyah. Akan tetapi tetap jua ia palsu. Tidak wujud dalam mana-mana kitab hadis yang muktabar. [Rujuk Durratun Nasihin, m.s 105]

Cukuplah dengan zikir sebelum tidur yang banyak dalam kitab-kitab hadis muktabar. Bahkan terdapat hadis sahih zikir tidur yang Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam ajarkan kepada Fatimah radiallahu 'anha.

قَالَ حَدَّثَنَا عَلِيٌّ، أَنَّ فَاطِمَةَ، عَلَيْهَا السَّلاَمُ شَكَتْ مَا تَلْقَى مِنْ أَثَرِ الرَّحَا، 

'Ali radiallahu 'anhu menceritakan bahawa Fatimah radiallahu 'anha mengadu tentang kesakitan yang disebabkan kerja menggiling.

فَأَتَى النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم سَبْىٌ، فَانْطَلَقَتْ فَلَمْ تَجِدْهُ، فَوَجَدَتْ عَائِشَةَ، فَأَخْبَرَتْهَا،

Beberapa orang tawanan perang telah dibawa kepada Nabi sallallahu 'alaihi wasallam. Fatimah pun pergi untuk menemui baginda tetapi tidak dapat berjumpa baginda. Sebaliknya dia berjumpa dengan 'Aisyah radiallahu 'anha. Dia pun menceritakan hal itu kepada 'Aisyah.

 فَلَمَّا جَاءَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم أَخْبَرَتْهُ عَائِشَةُ بِمَجِيءِ فَاطِمَةَ، فَجَاءَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم إِلَيْنَا، 

Apabila baginda sallallahu 'alaihi wa sallam tiba, 'Aisyah menceritakan tentang kedatangan Fatimah kepada baginda. Lalu Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam pun datang kepada kami.

وَقَدْ أَخَذْنَا مَضَاجِعَنَا، فَذَهَبْتُ لأَقُومَ فَقَالَ ‏"‏ عَلَى مَكَانِكُمَا ‏"‏‏.‏ فَقَعَدَ بَيْنَنَا حَتَّى وَجَدْتُ بَرْدَ قَدَمَيْهِ عَلَى صَدْرِي 

Ketika itu kami sudah mahu tidur. Aku hampir mahu bangun tetapi baginda berkata: Tetap sahaja di tempat kamu. Baginda duduk di antara kami sehingga aku dapat merasai kesejukan kakinya di atas dada ku.

وَقَالَ ‏"‏ أَلاَ أُعَلِّمُكُمَا خَيْرًا مِمَّا سَأَلْتُمَانِي إِذَا أَخَذْتُمَا مَضَاجِعَكُمَا تُكَبِّرَا أَرْبَعًا وَثَلاَثِينَ، وَتُسَبِّحَا ثَلاَثًا وَثَلاَثِينَ، وَتَحْمَدَا ثَلاَثَةً وَثَلاَثِينَ، فَهْوَ خَيْرٌ لَكُمَا مِنْ خَادِمٍ ‏"‏‏.‏

Baginda berkata: Mahukah jika aku ajarkan kamu berdua apa yang lebih baik daripada yang kamu berdua minta. Apabila kamu mahu tidur, bertakbirlah 34 kali, tasbih 33 kali dan tahmid 33 kali. Itu lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang pembantu.

[Sahih al-Bukhari, Kitab Fadhail Ashab an-Nabiy, no: 3705].

Wallahua'lam.

#MMMR

Comments

Popular posts from this blog

AKIDAH IMAM Abu Uthman al-Sobuni

MALAIKAT MAUT BERNAMA IZRAIL?

ALLAH DIATAS LANGIT DAN BERTEMPAT DILANGIT?