Posts

Showing posts from September, 2025

MAKSUD IKHLAS

Apa Maksud Ikhlas Sebenarnya? Kita selalu dengar orang sebut tentang ikhlas—tapi apa sebenarnya maksud ikhlas? Apa maksudnya bila kita kata “buat sesuatu kerana Allah semata-mata”? Maksud Ikhlas dari Sudut Bahasa Dalam bahasa Arab, perkataan ikhlas datang dari akar kata khalāṣ, yang bermaksud bersih, tulen, atau suci. Bila orang Arab kata sesuatu itu “khāliṣ”, maksudnya benda itu dah disaring, dah jernih, dan dah tak bercampur dengan apa-apa yang mengotorinya. Ibn Fāris, seorang ulama bahasa Arab, kata maksud asal ikhlas adalah: “membersihkan dan menyucikan sesuatu daripada segala kekotoran.” Jadi, bila kita kata seseorang itu “mengikhlaskan agamanya kepada Allah”, maksudnya dia betul-betul serahkan seluruh hidup dan ibadahnya hanya untuk Allah. Tak ada niat tersembunyi. Tak ada riyak. Tak harapkan pujian. Hanya mengharapkan reda Allah. Orang yang mukhlis ialah orang yang benar-benar mengesakan Allah dengan niat yang bersih. Manakala orang yang mukhlas pula ialah orang yang Allah sendi...