BID'AH KHURAFAT DALAM AGAMA ITU BAHAYA & SESAT

  Bid‘ah ialah perbuatan atau kepercayaan yang direka dalam agama tanpa dalil, lalu dianggap sebagai ibadah atau jalan mendekatkan diri kepada Allah.

➡️ Maksudnya: ditambah dalam agama sesuatu yang tidak dibuat oleh Nabi ﷺ.


Dalil Jelas Nabi ﷺ

> “Setiap perkara yang diada-adakan dalam urusan agama ini adalah tertolak.” (HR. Muslim)


📌 2. Kenapa bid‘ah bahaya dalam agama?


Kerana bid‘ah:

  • menambah hukum baru
  • merubah cara ibadah
  • menyamakan rekaan manusia dengan syariat Allah
  • seolah memberi ajaran yang lebih baik daripada ajaran Nabi ﷺ


▶️ Bahkan ulama kata: “Bid‘ah lebih bahaya daripada maksiat biasa.”


📌 3. Apa itu Khurafat?


Khurafat ialah kepercayaan tahyul, bomoh, dan kepercayaan selain Allah yang tidak berdasarkan wahyu seperti:


  • mempercayai roh orang mati boleh kembali
  • mempercayai azimat bawa berkat
  • mempercayai tempat keramat boleh memberi rezeki
  • minta tolong jin
  • tangkal pelaris
  • mandi tolak bala
  • ritual pelik yang bukan Islam


Ini semua bukan sekadar salah, tetapi boleh membawa kepada SYIRIK.


📌 4. Kesalahan Khurafat


Perkara khurafat akan membawa kepada:

  • syirik
  • percaya makhluk berkuasa selain Allah
  • memuja kubur
  • minta bantuan selain Allah


Allah berfirman:

> “Sesungguhnya syirik adalah kezaliman yang besar.”

(Surah Luqman: 13)


📌 5. Islam wajib ikut Nabi


Allah perintahkan kita beragama hanya ikut Rasulullah ﷺ, bukan ikut adat atau rekaan manusia.

Allah berfirman:

> “Apa yang dibawa oleh Rasul maka ambillah, apa yang dilarangnya maka tinggalkanlah.”

(Surah al-Hashr: 7)


📌 6. Bid‘ah bukan sekadar salah — tertolak


Apa saja amalan agama yang Nabi tidak buat maka ia tidak diterima Allah.


> “Barangsiapa mengada-adakan dalam urusan kami ini apa yang bukan daripadanya, maka ia tertolak.” (HR. Bukhari & Muslim)


Maknanya: solat, doa, zikir, amalan — kalau cara baru, ia tertolak.


Mmay

Comments

Popular posts from this blog

ALLAH DIATAS LANGIT DAN BERTEMPAT DILANGIT?

MALAIKAT MAUT BERNAMA IZRAIL?

AKIDAH JAHMIYAH