MAKSUD AL-QURAN "MUHDAS" (BARU)
MAKSUD AL-QURAN "MUHDAS" (BARU) DAN BANTAHAN KEPADA JAHMIYYAH/MUKTAZILAH AHLI KALAM.
Keraguan yang dibawa sidang Kalam adalah sama dengan keraguan yang dibawa salaf mereka iaitu Jahmiyyah dan Muktazilah. Maka janganlah terpedaya dengan keraguan yang mereka cuba datangkan terhadap kenyataan Imam Ibnu Uthaimin rahimahullah. Maksudnya keraguan mereka itu hanyalah keraguan bersifat "Kitar Semula" dan "Putar Semula".
Mereka ini sudah terbiasa menyelewengkan Kalamullah, jadi apa sangat kalau menyelewengkan kalam hamba Allah Ibnu Uthaimin rahimahullah, ia sangat kacang bagi mereka.
Keraguan ini telah pun dibantah oleh seluruh ulama Ahli Sunnah zaman berzaman, antaranya Imam Ahli Sunnah wal Jamaah Imam Ahmad bin Hanbal (241H) dan Imam Abu Muzaffar Al-Sam'ani (489H).
Kata Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah:
ثم إن الجهمي ادَّعى أمرا آخر، فقال: أنا أجد آية قي كتاب الله تدل على أن القرآن مخلوق!
" Kemudian si Jahmi mendakwa perkara lain, katanya: " Kami dapati ada dalam Kitabullah yang menunjukkan bahawa Al-Quran itu makhluk!" lalu mereka membawa ayat 2 Surah Al-Anbiya' ini (yakni: tertumpu kepada lafaz "Muhdas": "Baru")
Jawapan Imam Ahmad (diringkaskan)
إنما هو محدث إلى النبي ﷺ , لأن النبي ﷺ كان لا يعلم فعلَّمه الله تعالى، فلما علّمه الله تعالى كان ذلك محدثا إلى النبي ﷺ .
" Hanyasanya ia (Al-Quran) itu baru kepada Nabi ﷺ, kerana Nabi ﷺ tidak mengetahui lalu Allah Taala mengajarkannya, maka setelah Allah Taala ajarkannya maka hal tersebut adalah baru kepada Nabi ﷺ."
[ Al-Raddu 'ala Al-Zanadiqah wal Jahmiyyah hal 242-247 ]
Lihat apa tafsirnya menurut Syeikhul Mufassirin Imam Abu Jaafar Al-Tabari rahimahullah (wft:310H):
يحدث الله من تنزيل شيء من هذا القرآن للناس، ويذكرهم به ويعظهم إلا استمعوه، وهم يلعبون لاهية قلوبهم
" Allah mengadakan berupa penurunan sesuatu (pengajaran) daripada Al-Quran ini untuk manusia, mengingatkan mereka dengannya, dan memberi pengajaran kepada mereka melainkan mereka telah pun mendengarnya namun mereka tetap mempermain-mainkannya kerana lalainya hati-hati mereka". [ Jaami' Al-Bayan ]
Jelas difahami oleh sesiapa pun yang baru itu adalah penurunan Al-Quran sebagai peringatan kepada manusia, bukan Al-Quran itu sendiri baru (makhluk) sebagaimana dakwaan si Jahmi dan Muktazili.
Kata Imam Abu Muzaffar Al-Sam'ani rahimahullah (wft:489H):
قَوْله تَعَالَى: ﴿مَا يَأْتِيهم من ذكر من رَبهم مُحدث﴾ اسْتدلَّ الْمُعْتَزلَة بِهَذَا على أَن الْقُرْآن مَخْلُوق، وَقَالُوا: كل مُحدث مَخْلُوق، وَالْجَوَاب عَنهُ: أَن معنى قَوْله: ﴿مُحدث﴾ أَي: مُحدث تَنْزِيله، ذكره الْأَزْهَرِي وَغَيره، وَيُقَال: أنزل فِي زمَان بعد زمَان، قَالَ الْحسن الْبَصْرِيّ: كلما جدد لَهُم ذكرا استمروا على جهلهم، وَذكر النقاش فِي تَفْسِيره: أَن الذّكر الْمُحدث هَاهُنَا مَا ذكره النَّبِي، وَبَينه من السّنَن والمواعظ والدلائل سوى مَا فِي الْقُرْآن، وأضافه إِلَى الرب؛ لِأَنَّهُ قَالَه بِأَمْر الرب تَعَالَى
Muktazilah telah berdalil dengan ayat ini untuk mendakwa bahawa Al-Quran itu makhluk, mereka mengatakan: Setiap yang Muhdas (baru) itu makhluk.
Jawapan untuk mereka:
Makna firmanNya: (Muhdas) maksudnya baru dari sudut penurunannya, disebutkan oleh Al-Azhari dan selainnya. Dikatakan: Ia turun pada waktu tertentu setelah waktu tertentu. Kata Al-Hasan Al-Basri: Setiap kali peringatan (Al-Quran) itu diperbaharui kepada mereka, mereka berterusan dalam kejahilan mereka, disebutkan oleh An-Naqqash dalam tafsirnya: Peringatan (Al-Quran) baru di sini adalah apa yang disebutkan oleh Nabi ﷺ , apa yang dijelaskannya daripada Sunan, nasihat pengajaran, dalil-dalil yang selain daripada apa yang terkandung dalam Al-Quran, dan disandarkannya kepada Rabb kerana baginda mengucapkannya dengan perintah Al-Rabb Taala. [ Rujuk Tafsir Al-Sam'ani ]
Wallahualam.
Saya berdoa kepada Allah, Ya Allah jika mereka benar-benar inginkan kebenaran berikanlah mereka petunjuk kebenaran, jika mereka hanya ingin memfitnah, mempermain-mainkan ayat-ayatMu dan menguji hamba-hambaMu maka campakkanlah kegerunan dalam hati-hati mereka, pecah belahkan urusan mereka dan kami hanya serahkan urusan dan nasib mereka kepadaMu.
MFAZ.
Ustaz Muhammad Fashan Ahmad Ziyadi
Comments
Post a Comment