Posts

Showing posts from April, 2024

DOA PERJALANAN JAUH

 DOA YG SAHIH UTK SELAMAT DLM PERJALANAN, YG DIAJARKAN OLEH  NABI -صلى الله عليه وسلم- KETIKA HENDAK MEMULAKAN PERJALANAN YG JAUH َاللهُ  أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ Allah Maha Besar! Allah Maha Besar! Allah Maha Besar! سُبْحَانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا، وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ، وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ، Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan [kenderaan] ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya - dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali! اللهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِي سَفَرِنَا هَذَا الْبِرَّ وَالتَّقْوَى، وَمِنَ الْعَمَلِ مَا تَرْضَى، Ya Allah! Kami memohon kepada-Mu di dalam perjalanan kami ini, kebaikan dan ketaqwaan, dan dari amal apa yang Engaku redhai اللهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا سَفَرَنَا هَذَا، وَاطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ،  Ya Allah! Ringankanlah ke atas kami perjalanan kami ini, dan pendekkanlah terhadap kami jaraknya, اللهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَرِ، وَالْخَلِيفَةُ فِي الْأَهْلِ، Ya Allah! Engka

TEMPAT KEDIAMAN IBLIS DI BUMI : BILIK AIR

 Hadith tentang Iblis meminta tempat tinggal daripada Allah s.w.t lalu diberi bilik air/tandas sebagai tempat tinggalnya bukanlah hadith sahih.  Malah hadith ini TIDAK DITEMUI di dalam Sahih al-Bukhari seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak dan tidak juga ditemui di dalam kitab-kitab hadith muktabar yang lain. Tetapi hadith yang mirip dengannya diriwayatkan oleh At-Tabarani di dalam al-Mu'jam al-Kabir, no.7837. Hadith tersebut daripada Abu Umamah bahawa Nabi s.a.w bersabda : ‎إِنَّ إِبْلِيسَ لَمَّا أُنْزِلَ إِلَى الْأَرْضِ قَالَ: يَا رَبِّ أَنْزَلْتَنِي إِلَى الْأَرْضِ، وَجَعَلْتَنِي رَجِيمًا أَوْ كَمَا ذَكَرَ فَاجْعَلْ لِي بَيْتًا، قَالَ: الْحَمَّامُ. "Sesungguhnya Iblis ketika diturunkan ke bumi, dia berkata "Ya Tuhanku! Engkau telah menurunkanku ke dunia dan menjadikan aku terkutuk, maka dimanakah tempat kediamanku?" maka Allah Subhanahu wa Ta'ala menjawab : "Bilik air." Hadith ini sangat munkar, sebagaimana disebutkan oleh Syeikh Al-Albani di da

Doa nabi musa ketika susah

Meminta kebaikan dari Allah Ketika sedang berada dalam kesusahan, Nabi Musa alaihisalam pun berdoa; رَبِّ إِنّي لِما أَنزَلتَ إِلَيَّ مِن خَيرٍ فَقيرٌ  “Ya Tuhanku sesungguhnya aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku”. (Al-Qasas: 24) Berkat doa yang dibaca ini, Allah memberikan kepada Nabi Musa alaihisalam isteri, pekerjaan, harta benda dan keluarga. Semoga Allah mengampuni kita dan memberikan rezeki yang diberkati yang dapat memenuhi segala keperluan kita!

ADAKAH WUJUD ILMU KEBAL DALAM ISLAM?

Image
Pada tahun 79 hijrah, ada seorang pengamal ilmu kebal. Beliau seorang yang zuhud, banyak berzikir dan beribadat, namun akhirnya dinodai syaitan kerana mendakwa diri sebagai Nabi.  Orang tersebut bernama al-Harith al-Dimashqi. Beliau hidup pada zaman Khalifah Abd al-Malik bin Marwan.  Kata Ibn Kathir dalam al-Bidayah wa al-Nihayah: . فلما انتهوا به إلى عبد الملك أمر بصلبه على خشبة، وأمر رجلا فطعنه بحربة، فانثنت في ضلع من أضلاعه ، فقال له عبد الملك: ويحك، أذكرت اسم الله حين طعنته؟ فقال: نسيت. فقال: ويحك، سم الله، ثم اطعنه. قال: فذكر اسم الله ثم طعنه فأنفذه، وقد كان عبد الملك حبسه قبل صلبه، وأمر رجالا من أهل العلم والفقه أن يعظوه ويعلموه أن هذا الذي به من الشيطان، فأبى أن يقبل منهم، فصلبه بعد ذلك، وهذا من تمام العدل والدين  . TERJEMAHAN: Tatkala mereka [tentera] berjaya menangkap al-Harith dan membawa mengadap Khalifah Abd al-Malik bin Marwan, Khalifah memerintahkan agar al-Harith disalib atas potongan kayu.  Khalifah juga mengarahkan seorang lelaki untuk merejam dengan tombak. Namun tomb