ADAKAH WUJUD ILMU KEBAL DALAM ISLAM?

Pada tahun 79 hijrah, ada seorang pengamal ilmu kebal. Beliau seorang yang zuhud, banyak berzikir dan beribadat, namun akhirnya dinodai syaitan kerana mendakwa diri sebagai Nabi. 

Orang tersebut bernama al-Harith al-Dimashqi. Beliau hidup pada zaman Khalifah Abd al-Malik bin Marwan. 

Kata Ibn Kathir dalam al-Bidayah wa al-Nihayah:

.

فلما انتهوا به إلى عبد الملك أمر بصلبه على خشبة، وأمر رجلا فطعنه بحربة، فانثنت في ضلع من أضلاعه ، فقال له عبد الملك: ويحك، أذكرت اسم الله حين طعنته؟ فقال: نسيت. فقال: ويحك، سم الله، ثم اطعنه. قال: فذكر اسم الله ثم طعنه فأنفذه، وقد كان عبد الملك حبسه قبل صلبه، وأمر رجالا من أهل العلم والفقه أن يعظوه ويعلموه أن هذا الذي به من الشيطان، فأبى أن يقبل منهم، فصلبه بعد ذلك، وهذا من تمام العدل والدين 

.

TERJEMAHAN:

Tatkala mereka [tentera] berjaya menangkap al-Harith dan membawa mengadap Khalifah Abd al-Malik bin Marwan, Khalifah memerintahkan agar al-Harith disalib atas potongan kayu. 

Khalifah juga mengarahkan seorang lelaki untuk merejam dengan tombak. Namun tombak itu sumbing apabila terkena tulang rusuknya. 

Kata Abd al-Malik bin Marwan:

"Apalah kau ni! Adakah kau sudah menyebut bismillah ketika hendak merejamnya?"

Jawab lelaki:

"Aku terlupa."

Kata Abd al-Malik bin Marwan:

"Apalah kau ni! Bacalah bismillah. Lepastu barulah kau rejam dia."

Lelaki itu membaca bismillah lalu berjaya merejamnya. 

Khalifah Abd al-Malik bin Marwan memenjarakan al-Harith sebelum disalib. Khalifah memerintahkan para ilmuan dan ahli fiqh untuk menasihati dan memberitahu al-Harith bahawa apa yang diamalkannya ini adalah dari syaitan, namun al-Harith menolak dan mengabaikannya. 

Beliau disalib selepas itu, dan inilah sebaik-sebaik kesudahan pada sudut keadilan dan agama.

====

Pengajaran Dari Kisah Ini:

1. Tiada ilmu kebal dalam agama Islam.

2. Jangan sangka jika seseorang itu kebal, lalu dianggap ia adalah karamah. Lihatlah amalannya.

3. Seseorang yang banyak beramal dengan amalan yang tidak sabit dari Nabi s.a.w, maka pendampingnya syaitan.

4. Ayat al-Quran juga boleh menjadi jampi sihir jika dibaca dan diamalkan untuk tujuan yang tidak betul:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10218337853749135&id=1575790355

Wallahualam.



Comments

Popular posts from this blog

DOSA DAN ANCAMAN TIDAK MELURUSKAN SAF

IMAM AL GHAZALI KEMBALI KE MAZHAB SALAF (english)

TEMPAT KEDIAMAN IBLIS DI BUMI : BILIK AIR