TEMPAT KEDIAMAN IBLIS DI BUMI : BILIK AIR

 Hadith tentang Iblis meminta tempat tinggal daripada Allah s.w.t lalu diberi bilik air/tandas sebagai tempat tinggalnya bukanlah hadith sahih. 

Malah hadith ini TIDAK DITEMUI di dalam Sahih al-Bukhari seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak dan tidak juga ditemui di dalam kitab-kitab hadith muktabar yang lain. Tetapi hadith yang mirip dengannya diriwayatkan oleh At-Tabarani di dalam al-Mu'jam al-Kabir, no.7837.

Hadith tersebut daripada Abu Umamah bahawa Nabi s.a.w bersabda :

‎إِنَّ إِبْلِيسَ لَمَّا أُنْزِلَ إِلَى الْأَرْضِ قَالَ: يَا رَبِّ أَنْزَلْتَنِي إِلَى الْأَرْضِ، وَجَعَلْتَنِي رَجِيمًا أَوْ كَمَا ذَكَرَ فَاجْعَلْ لِي بَيْتًا، قَالَ: الْحَمَّامُ.

"Sesungguhnya Iblis ketika diturunkan ke bumi, dia berkata "Ya Tuhanku! Engkau telah menurunkanku ke dunia dan menjadikan aku terkutuk, maka dimanakah tempat kediamanku?" maka Allah Subhanahu wa Ta'ala menjawab : "Bilik air."

Hadith ini sangat munkar, sebagaimana disebutkan oleh Syeikh Al-Albani di dalam Silsilah adh-Dha'ifah no. 6054. Al-Iraqi dalam Takhrij al-Ihya 3/42 menyebutkan sanadnya sangat lemah.

والله أعلمُ بالـصـواب

Firdaus lee

Comments

Popular posts from this blog

DOSA DAN ANCAMAN TIDAK MELURUSKAN SAF

IMAM AL GHAZALI KEMBALI KE MAZHAB SALAF (english)