Posts

Showing posts from June, 2024

BAHAYA BERTERUSAN MELAKUKAN DOSA

 *Bahaya berterusan melakukan dosa.* Allah memang maha menerima taubat. Yang perlu dirisaukan bukanlah sama ada taubat kita nanti diterima atau tidak. Ini kerana taubat, Insya-Allah, pasti akan diterima jika seseorang benar-benar bertaubat. Yang perlu benar-benar dirisaukan ialah terkuncinya hati kita daripada bertaubat kerana terlalu banyak dosa yang mengotori hati kita. عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : Abu Hurairah radiallahu 'anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda" " إِنَّ الْعَبْدَ إِذَا أَخْطَأَ خَطِيئَةً نُكِتَتْ فِي قَلْبِهِ نُكْتَةٌ سَوْدَاءُ ، Sesungguhnya apabila seorang hamba melakukan satu dosa, akan ada pada hatinya satu titik hitam. فَإِذَا هُوَ نَزَعَ وَاسْتَغْفَرَ وَتَابَ سُقِلَ قَلْبُهُ ، Apabila dia membuangnya, memohon keampunan dan bertaubat, maka bersihlah hatinya. وَإِنْ عَادَ زِيدَ فِيهَا حَتَّى تَعْلُوَ قَلْبَهُ : Seandainya dia kembali (melakukan maksiat), maka

PENGAJIAN MANHAJ AHLI SUNNAH DALAM URUSAN AKIDAH

Pengajian manhaj ahlis sunnah dalam urusan aqidah bermula dengan penetapan sumber ilmu (dalil) yang benar, diikuti dengan penetapan kefahaman yang benar(istidlal) Apakah sumber maklumat (dalil) mengenai akidah yang boleh diterima?  Jawapannya : Jawapannya hanya melalui wahyu, sama ada dari al-quran atau dari sunnah nabi SAW.  Bagaimanakah dapat dipastikan kefahaman terhadap dalil itu benar?  Jawapan : Kefahaman yang benar dapat dipastikan apabila generasi yang Allah SWT turunkan al-quran kepada mereka dan nabi SAW berbicara dengan mereka iaitu generasi sahabat Rasulullah SAW sepakat dalam memahami makna tersebut, inilah yang disebut ijma’ sahabat atau ijma’ salaf. Allah SWT tidak mewafatkan Nabi-Nya kecuali setelah semua maklumat agama diturunkan dan semua maklumat tersebut di fahami.  Ringkasnya : Sumber ilmu atau dalil dalam urusan aqidah hanya tiga :  1- Al-quran  2- As- Sunnah 3- Ijma’ Salafus Soleh  Tiga dalil di atas adalah maksum dan terpelihara kesahihannya.  Terdapat 3 lagi da