BAHAYA BERTERUSAN MELAKUKAN DOSA

 *Bahaya berterusan melakukan dosa.*

Allah memang maha menerima taubat. Yang perlu dirisaukan bukanlah sama ada taubat kita nanti diterima atau tidak. Ini kerana taubat, Insya-Allah, pasti akan diterima jika seseorang benar-benar bertaubat.

Yang perlu benar-benar dirisaukan ialah terkuncinya hati kita daripada bertaubat kerana terlalu banyak dosa yang mengotori hati kita.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ :

Abu Hurairah radiallahu 'anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda"

" إِنَّ الْعَبْدَ إِذَا أَخْطَأَ خَطِيئَةً نُكِتَتْ فِي قَلْبِهِ نُكْتَةٌ سَوْدَاءُ ،

Sesungguhnya apabila seorang hamba melakukan satu dosa, akan ada pada hatinya satu titik hitam.

فَإِذَا هُوَ نَزَعَ وَاسْتَغْفَرَ وَتَابَ سُقِلَ قَلْبُهُ ،

Apabila dia membuangnya, memohon keampunan dan bertaubat, maka bersihlah hatinya.

وَإِنْ عَادَ زِيدَ فِيهَا حَتَّى تَعْلُوَ قَلْبَهُ :

Seandainya dia kembali (melakukan maksiat), maka bertambahlah (titik hitam) padanya sehingga ia menutupi hatinya.

وَهُوَ الرَّانُ الَّذِي ذَكَرَ اللَّهُ

Itulah ar-Ran yang Allah sebutkan:

كَلَّا بَلْ رَانَ عَلَى قُلُوبِهِمْ مَا كَانُوا يَكْسِبُونَ سورة المطففين آية 14 " .

Sekali-kali tidak [demikian], sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu telah menutupi hati mereka. (al-Muthaffifin : 14)

(Sunan at-Tirmizi, Kitab Tafsir al-Quran, Surah al-Muthaffifin, hadis no: 3654, Imam at-Tirmizi berkata: Hadis Hasan Sahih)

Dalam Tuhfatul Ahwazi disebutkan:

هذه الآية مذكورة في حق الكفار لكن ذكرها صلى الله عليه وسلم تخويفا للمؤمنين كي يحترزوا عن كثرة الذنب

Ayat ini berkaitan dengan orang kafir. Akan tetapi Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam menyebutkannya untuk memberi amaran kepada orang beriman agar berhati-hati daripada melakukan banyak dosa.

كي لا تسود قلوبهم كما اسودت قلوب الكفار ولذا قيل المعاصي بريد الكفر

Supaya hati-hati mereka tidak menjadi hitam sebagaimana hitamnya hati-hati orang kafir. Oleh kerana itu ada disebutkan: Maksiat itu membawa kepada kekufuran.

~~~~~~~

Janganlah tertipu dengan janji syaitan untuk menangguhkan taubat dan meneruskan dosa. Segeralah bertaubat sebelum dosa berterusan menutupi hati kita.

#MMMR

Buku yang bagus berkaitan hal ini ialah Ad-Daa' wa Ad-Dawaa' karangan Ibnu Qayyim. Dapatkan edisi terjemahan di sini 👉🏻👉🏻 https://s.shopee.com.my/1VdcLVBMRn

Comments

Popular posts from this blog

DOSA DAN ANCAMAN TIDAK MELURUSKAN SAF

TEMPAT KEDIAMAN IBLIS DI BUMI : BILIK AIR

MAKAN SAHUR KETIKA AZAN?