PENGAJIAN MANHAJ AHLI SUNNAH DALAM URUSAN AKIDAH

Pengajian manhaj ahlis sunnah dalam urusan aqidah bermula dengan penetapan sumber ilmu (dalil) yang benar, diikuti dengan penetapan kefahaman yang benar(istidlal)

Apakah sumber maklumat (dalil) mengenai akidah yang boleh diterima? 

Jawapannya : Jawapannya hanya melalui wahyu, sama ada dari al-quran atau dari sunnah nabi SAW. 

Bagaimanakah dapat dipastikan kefahaman terhadap dalil itu benar? 

Jawapan : Kefahaman yang benar dapat dipastikan apabila generasi yang Allah SWT turunkan al-quran kepada mereka dan nabi SAW berbicara dengan mereka iaitu generasi sahabat Rasulullah SAW sepakat dalam memahami makna tersebut, inilah yang disebut ijma’ sahabat atau ijma’ salaf. Allah SWT tidak mewafatkan Nabi-Nya kecuali setelah semua maklumat agama diturunkan dan semua maklumat tersebut di fahami. 

Ringkasnya : Sumber ilmu atau dalil dalam urusan aqidah hanya tiga : 

1- Al-quran 

2- As- Sunnah

3- Ijma’ Salafus Soleh 

Tiga dalil di atas adalah maksum dan terpelihara kesahihannya. 

Terdapat 3 lagi dalil sokongan digunakan untuk memahami tiga dalil di atas dan mengukuhkannya. 

Dalil-dali ini hendaklah selari dengan dalil-dalil di atas, kerana tiga dalil sokongan ini tidak maksum dan tidak terpelihara kesahihannya, boleh jadi betul, boleh jadi salah kerana sumbernya dari usaha manusia, bukan wahyu. 

3 dalil tersebut adalah : 

1- Aqal

2- Pancaindera (Hissi)

3- Fitrah

Comments

Popular posts from this blog

DOSA DAN ANCAMAN TIDAK MELURUSKAN SAF

IMAM AL GHAZALI KEMBALI KE MAZHAB SALAF (english)

TEMPAT KEDIAMAN IBLIS DI BUMI : BILIK AIR