TAUHID TIGA VS HARUS SUJUD KEPADA MAKHLUK
Tauhid Tiga diperangi sungguh-sungguh sehinggakan video tazkirah Imam al-Masjid al-Haram yang mengandungi penekanan berkaitan Tauhid Tiga dibuang daripada pelbagai platform media sosial, sedangkan beliau adalah tetamu kehormat yang dipanggil untuk memberi tazkirah di sebuah masjid yang berstatus Masjid Negeri. Alih-alih, hari ini tular pasal hukum HARUS sujud kepada makhluk jika bukan dengan niat menyembah sebagaimana menyembah Allah SWT! Tuan-tuan dan puan-puan nampak tak? Di sisi sebahagian orang, memang Tauhid Tiga (terutamanya Tauhid Uluhiyyah) perlu diperangi terlebih dahulu, barulah pintu akan terbuka luas untuk membolehkan amalan (baca: bid’ah) dilakukan secara giat di kuburan. Itu pun ada orang marah dan melenting jika dipanggil Quburi. *** Memang isu sujud ada dua komponen utama iaitu melibatkan iktikad dan perbuatan. Oleh sebab itu, majoriti ulama telah memberikan hukum berdasarkan kepada pendetilan kepada dua komponen utama ini: 1. Jika sujud kepada makhluk (seperti syaikh d...