Posts

Showing posts from January, 2025

HUBUNGAN DAN DOSA

Image
Jika ada kerenggangan dalam hubungan persahabatan, ketahuilah bahawa faktor berlakunya ia adalah kerana dosa. Rasulullah SAW bersabda : ‎«مَا تَوَادَّ اثْنَانِ فِي اللَّهِ جَلَّ وَعَزَّ أَوْ فِي الْإِسْلَامِ، فَيُفَرِّقُ بَيْنَهُمَا إِلَّا بِذَنْبٍ يُحْدِثُهُ أَحَدُهُمَا Terjemahan : Tidaklah dua orang itu saling berkasih sayang kerana Allah SWT atau kerana Islam, lalu berlaku perpisahan antara mereka berdua, melainkan ia disebabkan dosa yang dilakukan oleh salah seorang dari mereka berdua. Riwayat Al-Bukhāri, Al-Adab Al-Mufrad (nombor 401) Al-Imām ‘Abdul Ra’ūf Al-Munāwi رحمه الله dalam syarahan beliau ke atas hadis di atas berkata : ‎فيكون التفريق عقوبة لذلك الذنب Terjemahan : Perpisahan itu berlaku sebagai hukuman ke atas dosa tersebut. Al-Imām Mūsā Al-Kāzim رحمه الله berkata : إذا تغير صاحبك عليك فاعلم أن ذلك من ذنب أحدثته فتب إلى الله من كل ذنب يستقيم لك وده Terjemahan : Apabila sahabat kamu berubah sikapnya dengan kamu, maka ketahuilah bahawa ia disebabkan dosa yang telah kamu lak...

AKIDAH JAHMIYAH

 Al Jahmiyah Adalah penting untuk kita tahrir istilah Al Jahmiyah di sisi ulama Al Salaf rahimahumullah dan cabang-cabangnya. Ini kerana akidah Jahmiyah telah meresap ke dalam beberapa aliran yang muncul selepasnya dan bermusuhan dengannya dalam beberapa isu lain namun dalam masa yang sama menerima sejumlah prinsip dasar Al Jahmiyah.  Al Imam Harb bin Isma'il Al Kirmani rahimahullah (w.280 H) menjelaskan bahawa akidah asasi Jahmiyah ialah:  -menganggap Al Quran adalah makhluk  -menyangka Allah ta'ala tidak berbicara dengan Musa 'alaihis salam -juga bahawa Allah itu tidak sebenar-benarnya berbicara dan berkata-kata -tidak dapat dilihat -tidak diketahui bagiNya tempat -tiada bagiNya Arasy -tiada Kursi Kemudian ada beberapa aliran yang dihukum sebagai Jahmiyah juga iaitu:  1- Al Waqifah: mereka yang mengatakan Al Quran Kalam Allah sahaja tanpa menjazamkannya sebagai ‘bukan makhluk’ 2- Al Lafziyah: yang mengatakan Al Quran bukan makhluk tetapi lafaznya adalah makhlu...