HUBUNGAN DAN DOSA
Jika ada kerenggangan dalam hubungan persahabatan, ketahuilah bahawa faktor berlakunya ia adalah kerana dosa.
Rasulullah SAW bersabda :
«مَا تَوَادَّ اثْنَانِ فِي اللَّهِ جَلَّ وَعَزَّ أَوْ فِي الْإِسْلَامِ، فَيُفَرِّقُ بَيْنَهُمَا إِلَّا بِذَنْبٍ يُحْدِثُهُ أَحَدُهُمَا
Terjemahan : Tidaklah dua orang itu saling berkasih sayang kerana Allah SWT atau kerana Islam, lalu berlaku perpisahan antara mereka berdua, melainkan ia disebabkan dosa yang dilakukan oleh salah seorang dari mereka berdua.
Riwayat Al-Bukhāri, Al-Adab Al-Mufrad (nombor 401)
Al-Imām ‘Abdul Ra’ūf Al-Munāwi رحمه الله dalam syarahan beliau ke atas hadis di atas berkata :
فيكون التفريق عقوبة لذلك الذنب
Terjemahan : Perpisahan itu berlaku sebagai hukuman ke atas dosa tersebut.
Al-Imām Mūsā Al-Kāzim رحمه الله berkata :
إذا تغير صاحبك عليك فاعلم أن ذلك من ذنب أحدثته فتب إلى الله من كل ذنب يستقيم لك وده
Terjemahan : Apabila sahabat kamu berubah sikapnya dengan kamu, maka ketahuilah bahawa ia disebabkan dosa yang telah kamu lakukan. Justeru bertaubatlah kepada Allah dari setiap dosa, nescaya kasih sayangnya terhadap dirimu akan berterusan.
Al-Imām Al-Muzani رحمه الله berkata :
إذا وجدت من إخوانك جفاء فتب إلى الله فإنك أحدثت ذنبا وإذا وجدت منهم زيادة ود فذلك لطاعة أحدثتها فاشكر الله تعالى
Terjemahan : Sekiranya kamu mendapati perasaan tidak suka/menjauh dari saudara-saudaramu (terhadapmu), maka bertaubatlah kepada Allah. Kerana sesungguhnya kamu telah melakukan dosa. Sekiranya kamu mendapati mereka bertambah rasa sayang terhadapmu, maka yang demikian itu adalah disebabkan ketaatan yang telah kamu lakukan. Maka bersyukurlah kepada Allah SWT.
Rujuk Faidh Al-Qadīr, Al-Munāwi (5/437)

Comments
Post a Comment