Posts

Showing posts from May, 2025

UMMU HANI SEBAGAI 1ST LOVE NABI S.A.W.

Ada beberapa isu: (1) Sahihkah kisah itu? (2) Ulama mana dan kitab mana yang sebut sahih? (3) Keringanan menggunakan kisah tidak sahih dalam sirah. ---- (1) Sahihkah kisah itu? Apa yang tersebar? 2 kali pinangan Nabi s.a.w ditolak di zaman Jahiliyyah. Pertama, Ummu Hani' tolak sebab dah rasa Nabi s.a.w macam abang beliau sendiri sebab membesar bersama. Kedua, Abu Talib menolak sebab Ummu Hani' sudah dipinang orang lain. Kali ketiga, pula selepas Islam, Ummu Hani' menolak sebab beliau ada ramai anak. Mari kita lihat apa yang ada dalam Sahih Muslim.  عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، خَطَبَ أُمَّ هَانِئٍ، بِنْتَ أَبِي طَالِبٍ فَقَالَتْ: يَا رَسُولَ اللهِ، إِنِّي قَدْ كَبِرْتُ، وَلِي عِيَالٌ، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «خَيْرُ نِسَاءٍ رَكِبْنَ» ثُمَّ ذَكَرَ بِمِثْلِ حَدِيثِ يُونُسَ غَيْرَ أَنَّهُ قَالَ «أَحْنَاهُ عَلَى وَلَدٍ فِي صِغَرِهِ» Daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi s.a.w meminang Ummu Hani' bin...

MALAIKAT MAUT BERNAMA IZRAIL?

Image
 𝐁𝐞𝐧𝐚𝐫𝐤𝐚𝐡 𝐩𝐞𝐧𝐚𝐦𝐚𝐚𝐧 𝐀𝐳𝐫𝐚𝐞𝐥 𝐝𝐢𝐚𝐧𝐠𝐠𝐚𝐩 𝐢𝐣𝐦𝐚𝐤 𝐮𝐥𝐚𝐦𝐚? Al syariah research and development Tersebar sebuah video milik akaun Facebook bernama Izz Al-Qadiri yang bertajuk "𝐀𝐳𝐫𝐚𝐞𝐥 𝐍𝐚𝐦𝐚 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐤𝐮𝐥 𝐌𝐚𝐮𝐭 𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐮𝐦𝐛𝐞𝐫 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐑𝐢𝐰𝐚𝐲𝐚𝐭 𝐈𝐬𝐫𝐚𝐞𝐥𝐢𝐲𝐲𝐚𝐭".  Pautan video tersebut boleh dilihat di sini: https://shorturl.at/iHLWZ Prof Dr Mohd Asri Zainal Abidin (Dr MAZA) pula telah menjelas konteks penuh disini. https://www.youtube.com/watch?v=Nwr4VXRet20 . Asasnya penjelasan Dr MAZA ialah: -Perkataan Azrael tidak disebut dalam  al-Quran dan al-Sunnah nabi s.a.w (2.10) - Wajib beriman dengan malakul maut tetapi tidak wajib beriman Azrael  (2:20) - Azrael berasal dari Israeliyyat dan mungkin betul atau tidak (2:36) - Azrael datang dari riwayat beberapa salaf (5:15) - Tiada masalah nak sebut Azrael tetapi al-Quran dan al-Sunnah menyebutkan malakul maut (6:04) Izz al-Qadiri pula seolah-olah menggambark...