MALAIKAT MAUT BERNAMA IZRAIL?

 𝐁𝐞𝐧𝐚𝐫𝐤𝐚𝐡 𝐩𝐞𝐧𝐚𝐦𝐚𝐚𝐧 𝐀𝐳𝐫𝐚𝐞𝐥 𝐝𝐢𝐚𝐧𝐠𝐠𝐚𝐩 𝐢𝐣𝐦𝐚𝐤 𝐮𝐥𝐚𝐦𝐚?

Al syariah research and development

Tersebar sebuah video milik akaun Facebook bernama Izz Al-Qadiri yang bertajuk "𝐀𝐳𝐫𝐚𝐞𝐥 𝐍𝐚𝐦𝐚 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐤𝐮𝐥 𝐌𝐚𝐮𝐭 𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐮𝐦𝐛𝐞𝐫 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐑𝐢𝐰𝐚𝐲𝐚𝐭 𝐈𝐬𝐫𝐚𝐞𝐥𝐢𝐲𝐲𝐚𝐭". 

Pautan video tersebut boleh dilihat di sini: https://shorturl.at/iHLWZ


Prof Dr Mohd Asri Zainal Abidin (Dr MAZA) pula telah menjelas konteks penuh disini.


https://www.youtube.com/watch?v=Nwr4VXRet20.


Asasnya penjelasan Dr MAZA ialah:

-Perkataan Azrael tidak disebut dalam  al-Quran dan al-Sunnah nabi s.a.w (2.10)

- Wajib beriman dengan malakul maut tetapi tidak wajib beriman Azrael  (2:20)

- Azrael berasal dari Israeliyyat dan mungkin betul atau tidak (2:36)

- Azrael datang dari riwayat beberapa salaf (5:15)

- Tiada masalah nak sebut Azrael tetapi al-Quran dan al-Sunnah menyebutkan malakul maut (6:04)


Izz al-Qadiri pula seolah-olah menggambarkan Dr MAZA sengaja melanggar ijmak dan dia menuduh al-Albani (W:1420H) melakukan pengkhianatan ilmiah.

Dalam artikel ini kami akan buktikan:

a)  Izz Al-Qadiri sendiri tidak jujur menukilkan pandangan ulama.

b) Nukilan ijmak al-Qadhi 'Iyadh (W:554H) di dalam kitab al-Shifa' perlu difahami dalam konteks yang betul.

c) Ulama salaf tidak bersepakat dengan penyebutan nama Azrael.

d) Ulama yang menaqal kalam al-Qadhi 'Iyadh tidak beranggapan ijmak khusus nama Azrael.

e) Ulama terkemudian sekadar menukilkan nama Azrael dalam kitab tanpa sebarang sanad yang marfu’ dan sahih. 

f) Penamaan malaikat Azrael dari Israiliyat sememangnya sah.

Perinciannya adalah seperti berikut:

1. Izz Al-Qadiri tidak jujur menukilkan pandangan ulama. Dalam video tersebut beliau menyebut 3 kitab yang menukilkan ijmak penamaan Azrael:

a) Al-Nahr al-Mad oleh Abu Hayyan al-Andalusi (W:745H)

b) Al-Ba'th wa al-Nushur oleh al-Baihaqi (W:458H)

c) Al-Shifa bi Ta'rif Huquq al-Mustafa oleh al-Qadhi 'Iyadh (W:544H)


Hasil penelitian dibuat pada kitab (a) dan (b), kami dapati tiada nukilan ijmak. Di dalam al-Nahr al-Mad, Abu Hayyan al-Andalusi sekadar menukilkan nama Azrael pada tafsiran ayat al-Quran, namun tiada nukilan ijmak (al-Nahr al-Mad 490/4, RUJUKAN 1). 

Manakala al-Baihaqi dalam al-Ba'th wa al-Nushur, sudah lah tiada langsung perkataan ijmak, bahkan tiada langsung nama Azrael, sebaliknya nama malakul maut ملك ‌الموت.

Persoalannya, mengapa Izz al-Qadiri hanya tunjuk teks dari al-Qadhi ‘Iyadh tetapi dua untuk dua rujukan di atas?  Apakah kerana dia hanya “copy and paste” laman-laman web anti salafi?

Jika ternyata benar tiada nukilan ijmak dalam kedua-dua rujukan, maka tuduhan khianat ilmiah akan kembali kepada Izz al-Qadiri. 

2.  Dakwaan al-Qadhi ‘Iyadh menukilkan ijmak penamaan Azrael di dalam kitab al-Shifa' perlu dinilai semula. Terdapat dua kebarangkalian perkataan ijmak dalam teks ini iaitu sama ada ia memang merujuk kepada penamaan Azrael ataupun sebenarnya merujuk kepada fasal hukum mencela nabi dan malaikat (‌‌(فصل وحكم من سب سائر أنبياء الله تعالى وملائكته)) (Al-Shifa ms 870, RUJUKAN 2).

3. Kami lebih memilih kebarangkalian kedua kerana kajian riwayat-riwayat salaf sebelum al-Qadhi ‘Iyadh ternyata tidak menunjukkan ijmak. Apabila merujuk kepada Tafsir al-Tabari, riwayat yang sahih mendapati sejumlah ulama salaf tidak menyebutkan Azrael sebaliknya cukup dengan panggilan malakul maut.

a) Ibn Abbas (W:68H) (9/290) (9/291) (9/292)

b) Ibrahim al-Nakha’i (W:96H) (9/292)

c) Mujahid (W:104H) (9/293)

d) Qatadah (W:118H) (9/291) (11/604)

Jumlah ini lebih ramai berbanding yang menyebutkan nama Azrael iaitu Ash’ath (al-Azamah, 3/908) dan al-Junaid Ibn Muhammad (W:298H) (Hilyah al-Awliya (10/284). 

4. Terdapat 3 riwayat yang disandarkan kepada Nabi s.a.w yang menyebut nama Azrael. Kesemuanya tidak sahih (RUJUKAN 3). Riwayat-riwayat lain yang tidak sampai ke nabi s.a.w pula kesemuanya bermasalah samada terputus, tidak jelas, ataupun perawinya tersangat lemah serta palsu. 

Terdapat dalam sanad-sanadnya perawi bermasalah seperti Juwaybir, Muhammad Ibn Ibrahim Ibn al-'Ala,  Abu Huzaifah dan Ali Ibn Hasan. (RUJUKAN 4a,b,c,d,e,f).

5. Ulama-ulama yang mensyarahkan kalam al-Qadhi 'Iyadh dalam kitab al-Shifa' seperti al-Mulla Ali al-Qari (W:1014H) dan Shihab al-Din al-Khafaji (W:1069H) juga menyatakan nama Azrael tidak disebut dalam al-Quran, apa yang disebut ialah ملك ‌الموت (Syarh al-Shifa,2/543, Nasim al-Riyadh 6/410, RUJUKAN 5). 


Ini mengisyaratkan bahawa yang dikehendaki daripada ijmak tersebut adalah beriman dengan malaikat maut dan bukan khusus nama Azrael. As-Suyuti juga ketika menaqal ijmak ini lebih fokus ke arah menyatakan keutamaan utusan malaikat atas para sahabat dan para awliya dari kalangan manusia (al-Habaik ms 255, RUJUKAN 6). 

6. Jika diterima ijmak tetap merujuk khusus kepada nama Azrael, maka kita  akan menganggap al-Qadhi Iyadh tersilap. Hal ini tidak mengaibkan dan menjadi lumrah bagi mana-mana ulama melakukan kesilapan apatah lagi kemaksuman hanya disandarkan kepada baginda sallahu ‘alaihi wassalam. 

Ini disokong dengan fakta al-Qadhi ‘Iyadh pernah salah dalam menukilkan beberapa ijmak. Di dalam tesis "Himpunan Ijmak al-Qadhi 'Iyadh di Dalam Fiqh Islam" ditulis oleh Salih bin 'Uthman bin Muhammad al-'Umari dari Universiti Ummul Qura mengumpulkan 320 ijmak oleh al-Qadhi 'Iyadh, namun 6 daripadanya salah (RUJUKAN 7).  

7..Izz Al-Qadiri memberikan nama-nama kitab yang menyebut nama Azrael. Malangnya kitab-kitab tersebut tiada sebarang sanad yang marfu’ dan sahih tetapi sekadar menyebutkan nama Azrael. 

Ketiadaan sanad yang shahih ini  diakui oleh Ibnu Kathir (W:774H) (al-Bidayah wa al-Nihayah 1/106, RUJUKAN 8 ), Ibn Hajar al-Asqalani (W:852H) (al-Imtina’ ms 108, RUJUKAN 9) dan al-Suyuti (W:991H) (Syarh Sunan al-Nasa’i, 3/424-RUJUKAN 10).

Begitu juga dengan ulama-ulama semasa berakidah Asha'irah seperti Ahli Jawatankuasa Fatwa Mesir; Sheikh Ahmed Mamdouh (https://shorturl.at/gjmQT ), bekas Mufti Besar Mesir; Sheikh Ali Jum’ah (https://shorturl.at/dglwG ), Jurucakap Kementerian Waqaf Mesir; Sheikh Khalid al-Jundi (https://shorturl.at/nyNX7) juga berpandangan yang sama.

8. Kaitan penamaan malaikat Azrael dari Israiliyat adalah benar. Ibnu Hajar al-Asqalani menaqal pandangan para ulama yang mengatakan perkataan Azrael diambil dari bahasa Yahudi samada dari Aramaic atau Hebrew (al-Imtina’ ms 108-109, RUJUKAN 11). 

Namun perkaitan jelas antara nama dan fungsi malaikat tersebut memerlukan kajian lebih mendalam. Kami secara peribadi menemui perkaitan antara riwayat Muqatil dengan 1st Chronicles 21:16. Namun perbahasan lengkap memerlukan ruang yang lain. 

9. Kajian mangkuk-mangkuk jampi Yahudi (incantation bowls) sekitar kurun 7 masihi menemui ukiran nama malaikat Asriel (אסריאל) dengan fungsi yang berbeza (Aramaic Bowl Spells ms 138 & 142-RUJUKAN 12).

Besar kemungkinan selepas kedatangan Islam,berlaku interpolasi  antara huruf hebrew iaitu samek (s) bertukar menjadi zayin (z) sehinggakan Asriel ( אסריאל) menjadi Azrail (עֲזַרְאֵל). Kemudiannya fungsi malaikat ini berubah selepas kedatangan Islam.(Angels in Islam,ms 63 pdf- RUJUKAN 13). 

10. Dalam keghairahan Izz al-Qadiri mengkritik Dr Maza sebenarnya mengungkapkan kecurangan dia dalam menukil sumber. Juga dia terjatuh dalam falasi orang jerami (Straw Man Fallacy) yakni membantah hujah yang dibikin sendiri. Bagaimana Dr Maza digambarkan menolak ijmak sedangkan beliau tidak klaim demikian? Bahkan ijmak itu sendiri tidak berlaku?

10.Dr Maza sendiri tidak bermasalah dengan sesiapa yang meyakini nama Azrael asalkan tidak beranggapan ia termasuk dalam kewajiban yang perlu diimani. Ini juga disebutkan oleh Ustaz Azhar Idrus pada tahun 2018 (RUJUKAN 14).

11.Akhir kata, kita dituntut menyakini adanya malaikat maut. Yang wajib diimani adalah kewujudannya dan fungsinya mencabut nyawa. Silakanlah sesiapa yang ingin menamakannya sebagai Azrael tetapi jangan anggap kufur atau melanggar ijmak bagi yang menafikannya.





















Comments

Popular posts from this blog

AKIDAH IMAM Abu Uthman al-Sobuni

ALLAH DIATAS LANGIT DAN BERTEMPAT DILANGIT?

KAJIAN TENTANG MAKNA HADIS JIKA KALIAN TIDAK BERBUAT DOSA ALLAH AKAN HILANGKAN KALIAN