Posts

Showing posts from December, 2025

MODUS OPERANDI AHLI BIDAAH DALAM MENJAWAB KRITIKAN SALAFĪ MENGENAI PENGAMALAN HADIS ḌA‘ĪF DAN PALSU DALAM AMALAN-AMALAN MEREKA

Image
1. Mula-mula, mereka menggunakan kaedah “Hadis ḍa‘īf boleh digunakan dalam faḍā’il al-a‘māl” dan menukilkan ittifak ulama mengenainya, biasanya daripada kalam Imam al-Nawawī. Contohnya: وقد اتفق العلماء على جواز العمل بالحديث الضعيف في فضائل الأعمال. “Telah bersepakat ulama pada keharusan mengamalkan hadis ḍa‘īf dalam faḍā’il al-a‘māl." 2. Kemudian, jika dinyatakan bahawa hadis yang digunakan oleh mereka bukan ḍa‘īf biasa, tetapi terlampau lemah, seperti terdapat dua tiga rawi majhūl atau seorang rawi yang dituduh berdusta, mereka akan mengatakan ulama membolehkan mengamalkan hadis ḍa‘īf selagi tidak palsu. Antara kata-kata ulama yang akan dibawakan ialah kata-kata Imam al-Nawawī: ويجوز عند أهل الحديث وغيرهم التساهل في الأسانيد ورواية ما سوى الموضوع من الضعيف والعمل به من غير بيان ضعفه في غير صفات الله تعالى والأحكام كالحلال والحرام وغيرهما وذلك كالقصص، وفضائل الأعمال، والمواعظ وغيرها مما لا تعلق له بالعقائد والأحكام، والله أعلم. “Dan harus di sisi ahli hadis dan selain mereka be...

[Hadis Daif Bukan Hadis Palsu? Suatu Perbincangan]

Image
Ada orang berkongsi kepada saya tulisan ringkas ini. Secara dasarnya saya seronok jika ada orang cuma mendalami ilmu hadis. Bagus untuk orang yang bukan bidang hadis cuba menjadi pandai dalam ilmu hadis. Cuma menjadi "pandai" berbeza dengan "memandai-mandai". "Mengambil tahu" juga berbeza dengan "palatao". Jelas dari kuliah ringkas beliau ada maklumat yang dikongsikan ini tidak tepat walaupun gaya penulisannya begitu confident. Kuliah ringkas beliau memberi maksud tidak ada kaitan langsung antara hadis daif dan palsu. Ini adalah kekeliruan. Di zaman ini, golongan yang tidak mendalami ilmu hadis akan terjebak dalam salah satu isu ini: 1. Mengatakan semua hadis daif adalah palsu. Ini salah. Atau 2. Mengatakan tidak ada kaitan langsung antara hadis daif dan palsu. Ini juga kesimpulan yang tidak cermat. Saya huraikan seperti berikut: 1. Hadis palsu adalah salah satu bahagian dari hadis daif. Ibn al-Solah berkata: اعلم أن الحديث الموضوع شر الأحاديث ال...