KENDURI ARWAH. MAKAN-MAKAN SEMPENA KEMATIAN

apa yg dikemukakan ini semuanya berdasarkan hadis Nabi saw, kata2 sahabat dan tabi'en dan pandangan ULAMA2 DI DALAM MAZHAB AS-SYAFIE berdasarkan rujukan kitab2 yg dikemukakan.

Pesanan Nabi s.a.w. bila berlaku kematian:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ جَعْفَرٍ قَالَ لَمَّا جَاءَ نَعْيُ جَعْفَرٍ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اصْنَعُوا لِأَهْلِ جَعْفَرٍ طَعَامًا فَإِنَّهُ قَدْ جَاءَهُمْ مَا يَشْغَلُهُمْ

Daripada ‘Abdullah bin Ja’far katanya: Bila tiba berita kematian Ja’far bin Abi Talib, Nabi s.a.w. bersabda: “Buatlah kpd keluarga Ja’far makanan kerana telah berlaku kepadanya suatu yg menyibukkan mereka”. (Sunan Abu Daud Bab Buat Makan Kepada Keluarga Simati, Sunan Ibnu Majah Bab Hadith Yang Datang Tentang Makanan Yang Dihantarkan Kepada Keluarga Simati, Musnad Ahmad Hadith Abdullah bin Ja’far)

Imam at-Tirmizi mengkomentarkan hadith tersebut slps mengemukakannya dgn katanya:

قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ وَقَدْ كَانَ بَعْضُ أَهْلِ الْعِلْمِ يَسْتَحِبُّ أَنْ يُوَجَّهَ إِلَى أَهْلِ الْمَيِّتِ شَيْءٌ لِشُغْلِهِمْ بِالْمُصِيبَةِ وَهُوَ قَوْلُ الشَّافِعِيِّ

Abu ‘Isa (Imam Tirmizi) berkata: Ini adalah hadith hasan sahih. Sebahagian ahli ilmu menganggap sunat dibawakan kepada keluarga simati sesuatu kerana kesibukan mereka dengan musibah dan ia adalah pendapat as-Syafie. (Sunan at-Tirmizi Bab Hadith Yg Dtg Berkenaan Makanan Utk Keluarga Simati)

Di sini terdapat petikan kata2 Imam as-Syafie oleh Imam at-Tirmizi. Begitu juga yg terdapat di dalam kitab beliau sendiri:

وَأَكْرَهُ الْمَأْتَمَ وَهِيَ الْجَمَاعَةُ وَإِنْ لم يَكُنْ لهم بُكَاءٌ فإن ذلك يُجَدِّدُ الْحُزْنَ وَيُكَلِّفُ الْمُؤْنَةَ

Saya tidak suka perhimpunan (selepas kematian) walaupun tiada tangisan. Kerana perbuatan itu memperbaharui kesedihan dan membebankan dr segi makan.

Sebaliknya Imam berkata:

وَأُحِبُّ لِجِيرَانِ الْمَيِّتِ أو ذِي قَرَابَتِهِ أَنْ يَعْمَلُوا لِأَهْلِ الْمَيِّتِ في يَوْمِ يَمُوتُ وَلَيْلَتِهِ طَعَامًا يُشْبِعُهُمْ فإن ذلك سُنَّةٌ وَذِكْرٌ كَرِيمٌ وهو من فِعْلِ أَهْلِ الْخَيْرِ قَبْلَنَا وَبَعْدَنَا لِأَنَّهُ لَمَّا جاء نَعْيُ جَعْفَرٍ قال رسول اللَّهِ صلى اللَّهُ عليه وسلم اجْعَلُوا لِآلِ جَعْفَرٍ طَعَامًا فإنه قد جَاءَهُمْ أَمْرٌ يَشْغَلُهُمْ

Saya suka jiran simati atau kerabatnya menyediakan makanan yg mengenyangkan kpd keluarga simati pd hari dan malam kematiannya. Kerana ia adalah sunnah dan ingatan yg baik. Ia adalah perbuatan orang2 baik sebelum kita dan selepas kita. Kerana riwayat bila tiba berita kematian Ja’far bin Abi Talib, Nabi s.a.w. bersabda: “Buatlah kpd keluarga Ja’far makanan kerana telah berlaku kepadanya suatu yg menyibukkan mereka”. (as-Syafie al-Umm 1/278)

Di dalam kitab2 fiqh mazhab as-Syafie jg menyebutkan perkara sama seperti:

وَيُسَنُّ أَنْ يَقِفَ جَمَاعَةٌ بَعْدَ دَفْنِهِ عِنْدَ قَبْرِهِ سَاعَةً يَسْأَلُونَ لَهُ التَّثْبِيتَ

.وَلِجِيرَانِ أَهْلِهِ تَهْيِئَةُ طَعَامٍ يُشْبِعُهُمْ يَوْمَهُمْ وَلَيْلَتَهُمْ، وَيُلَحُّ عَلَيْهِمْ فِي الْأَكْلِ

Disunatkan satu jemaah berdiri selepas dikebumikan dekat kuburnya seketika meminta berdoa supaya diberikan keteguhan kpdnya (mayat). Dan jiran keluarga simati menyediakan makanan yg mengenyangkan mereka pd hari dan malam tersebut dan memaksa mereka supaya makan. (Minhaj at-Tholibin)

Begitu juga yg terdapat di dalam kitab2 fiqh mana2 mazhab ttg amalan sunat yg sepatutnya dilakukan slps kematian ialah membantu keluarga simati antaranya dgn menyediakan makanan utk mrk bukan mrk sediakan makanan kpd org ramai.

Kerana itu terdapat kecaman dr ulama ttg perkara tersebut. Antara asas kepadanya ialah bbrp riwayat:

عَنْ جَرِيرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ الْبَجَلِيِّ قَالَ كُنَّا نَعُدُّ الِاجْتِمَاعَ إِلَى أَهْلِ الْمَيِّتِ وَصَنِيعَةَ الطَّعَامِ بَعْدَ دَفْنِهِ مِنْ النِّيَاحَةِ

Daripada Jarir al-Bajali katanya: “Kami menganggap berhimpun kepada keluarga simati dan penyediaan makanan selepas dikebumikan termasuk dari meratap”. (Musnad Ahmad, Ibnu Majah)

عَنْ طَلْحَةَ ، قَالَ : قَدِمَ جَرِيرٌ عَلَى عُمَرَ ، فَقَالَ : هَلْ يُنَاحُ قِبَلَكُمْ عَلَى الْمَيِّتِ ؟ قَالَ : لاَ قَالَ فَهَلْ تَجْتَمِعُ النِّسَاءُ عِنْدَكُمْ عَلَى الْمَيِّتِ وَيُطْعَمُ الطَّعَامُ ، قَالَ نَعَمْ ، فَقَالَ : تِلْكَ النِّيَاحَةُ

Daripada Talhah katanya: Jarir datang menemui Umar lalu dia berkata: apakah kalangan kamu meratapi simati? Dia jawab: tidak. Umar tanya: apakah perempuan2 berhimpun di sisi kamu ketika kematian dan dihidangkan makanan. Dia menjawab: ya! Umar berkata: itulah meratap. (Musannaf Ibnu Abi Syaibah)

عن سعيد بن جبير قال ثلاث من عمل الجاهلية النياحة والطعام على الميت وبيتوتة المرأة عند أهل الميت ليست منهم

Daripada Sa’id bin Jubair (tabi’en) katanya: “Tiga perkara termasuk amalan jahiliyyah. Meratap, makan kerana mayat (kematian), bermalam wanita di rumah keluarga simati yang bukan dari kalangan mereka (keluarga)”. (Musannaf Abd ar-Razzak)

عن أبي الْبَخْتَرِيُّ قال الطعام على الميت من أمر الجاهلية وبيتوتة المرأة عند أهل الميت من أمر الجاهلية والنياحة من امر الجاهلية

Daripada Abu al-Bakhtari (tabi’en) katanya: “Makan krn kematian adalah daripada amalan Jahiliyyah, perempuan bermalam disisi keluarga simati termasuk amalan jahiliyyah, meratap termasuk amalan jahiliyyah”. (Musannaf Ibnu Abi Syaibah)

.عَنْ قَيْسٍ ، قَالَ : أَدْرَكْت عُمَرَ بْنَ عَبْدِ الْعَزِيزِ يَمْنَعُ أَهْلَ الْمَيِّتِ الْجَمَاعَاتِ يَقُولُ يَرْزَؤونِ وَيَغْرمُونَ

Daripada Qais katanya: saya sempat dengan Umar b Ab Aziz melarang drpd perhimpunan keluarga simati dgn berkata: mereka ditimpa musibah dan mereka menanggung kesusahan”. (Musannaf Ibnu Abi Syaibah)

عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ ، قَالَ : ثَلاَثٌ مِنْ أَمْرِ الْجَاهِلِيَّةِ بَيْتُوتَةُ الْمَرْأَةِ عِنْدَ أَهْلِ الْمُصِيبَةِ لَيْسَتْ مِنْهُمْ وَالنِّيَاحَةُ وَنَحْرُ الْجَزُورِ عِنْدَ الْمُصِيبَةِ

Daripada Sa’id bin Jubair (tabi’en) katanya: “Tiga perkara amalan jahiliyyah, bermalam perempuan disisi orang yg ditimpa musibah yg bukan dr kalangan mereka, meratap dan menyembelih unta kerana musibah”. (Musannaf Ibnu Abi Syaibah)


Kerana itu di dalam kitab2 fiqh mazhab syafie terdapat larangan melakukan perbuatan tersebut. Antaranya kata-kata Ibnu Hajar al-Haitami:

وَمَا اُعْتِيدَ مِنْ جَعْلِ أَهْلِ الْمَيِّتِ طَعَامًا لِيَدْعُوا النَّاسَ عَلَيْهِ بِدْعَةٌ مَكْرُوهَةٌ كَإِجَابَتِهِمْ لِذَلِكَ لِمَا صَحَّ عَنْ جَرِيرٍ كُنَّا نَعُدُّ الِاجْتِمَاعَ إلَى أَهْلِ الْمَيِّتِ وَصُنْعَهُمْ الطَّعَامَ بَعْدَ دَفْنِهِ مِنْ النِّيَاحَةِ وَوَجْهُ عَدِّهِ مِنْ النِّيَاحَةِ مَا فِيهِ مِنْ شِدَّةِ الِاهْتِمَامِ بِأَمْرِ الْحُزْنِ

Kebiasaan keluarga simati menyediakan makanan untuk menyeru orang ramai supaya datang memakannya merupakan bid’ah yang tidak disukai (dilarang) sebagaimana orang yang menyahut jemputan tersebut. Ia berdasarkan riwayat yang sahih daripada Jarir iaitu: “Kami menganggap berhimpun kepada keluarga simati dan mereka menyediakan makanan selepas ditanam termasuk di dalam meratap”. (Musnad Ahmad) Sudut keserupaannya dengan ratapan ialah kesungguhan kearah kesedihan. (Ibnu Hajar al-Haithami Tuhfah al-Muhtaj Fasal Pengkebumian Jenazah Dan Urusan Seterusnya)


Syeikh Zakariyya al-Ansari:

( وَيُكْرَهُ لِأَهْلِهِ ) أَيْ الْمَيِّتِ ( طَعَامٌ ) أَيْ صُنْعُ طَعَامٍ ( يَجْمَعُونَ عَلَيْهِ النَّاسَ )

Dilarang kepada keluarganya (iaitu simati) makanan (iaitu membuat makan) yang berhimpun orang ramai kepadanya. (Asna al-Mathalib)


Di dalam kitab yang lain beliau berkata:

وَأَمَّا تَهْيِئَةُ أَهْلِهِ طَعَامًا لِلنَّاسِ فَبِدْعَةٌ مَذْمُومَةٌ ذَكَرَهُ فِي الرَّوْضَةِ قَالَ فِي الْمَجْمُوعِ وَيُسْتَدَلُّ لَهُ بِقَوْلِ جَرِيرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ كُنَّا نَعُدُّ الِاجْتِمَاعَ إلَى أَهْلِ الْمَيِّتِ وَصُنْعَهُمْ الطَّعَامَ بَعْدَ دَفْنِهِ مِنْ النِّيَاحَةِ رَوَاهُ أَحْمَدُ وَابْنُ مَاجَهْ بِإِسْنَادٍ صَحِيحٍ

Adapun keluarga simati menyediakan makanan kepada orang ramai maka ia adalah bid’ah yang dicela. Ini disebutkan olehnya (Nawawi) di dalam ar-Raudhah. Dia berkata di dalam al-Majmu’: “Dijadikan dalil untuknya dengan kata-kata Jarir bin Abdullah ‘kami menganggap berhimpun kepada keluarga mayat dan menyediakan makanan untuk mereka (orang yang berhimpun) selepas dikebumikan termasuk daripada meratap. Riwayat Ahmad, Ibnu Majah dgn sanad sahih. (Syarah al-Bahjah al-Wardiyyah)


Dan kata-kata Imam Abu Bakar ad-Dimyathi:

ويكره لأهل الميت الجلوس للتعزية وصنع طعام يجمعون الناس عليه لما روى أحمد عن جرير بن عبد الله البجلي قال كنا نعد الاجتماع إلى أهل الميت وصنعهم الطعام بعد دفنه من النياحة ويستحب لجيران أهل الميت ولو أجانب ومعارفهم وإن لم يكونوا جيرانا وأقاربه الأباعد وإن كانوا بغير بلد الميت أن يصنعوا لأهله طعاما يكفيهم يوما وليلة وأن يلحوا عليهم في الأكل

Dan dilarang kepada keluarga simati duduk untuk takziah dan menyediakan makanan yang orang ramai berhimpun kepadanya kerana riwayat daripada Jarir bin Abdillah al-Bajali katanya: “Kami menganggap berhimpun kepada keluarga simati dan mereka menyediakan makanan selepas ditanam termasuk di dalam meratap”. Disunatkan kepada jiran keluarga simati walaupun orang asing, kenalan mereka walaupun bukan jiran dan keluarga-keluarganya yang jauh walaupun mereka dari negeri bukan negeri simati untuk membuat makanan kepada keluarga si mati makanan yang mencukupi untuk mereka sehari semalam dan memaksa mereka untuk makan”. (Abu Bakr ad-Dimyathi I’aanah at-Thalibin jil. 2 hal. 146)

Ustaz ahmad nasim

Comments

Popular posts from this blog

ALLAH DIATAS LANGIT DAN BERTEMPAT DILANGIT?

MALAIKAT MAUT BERNAMA IZRAIL?

AKIDAH JAHMIYAH