TERAWIH ZAMAN SALAF


عبد الرزاق عن داود بن قيس وغيره عن محمد بن يوسف عن السائب بن يزيد : أن عمر جمع الناس في رمضان على أبي بن كعب ، على تميم الداري ، على إحدى وعشرين ركعة ، يقروون بالمئين  وينصرفون عند فروع الفجر 

Abdul Razzaq daripada Daud bin Qais dan selainnya daripada Muhammad bin Yusuf daripada Sa`ib bin Yazid bahawa Sayydidina Umar r.a. menghimpunkan orang ramai di dalam bulan Ramadhan mengikut Ubay bin Ka’ab dan Tamim ad-Dari dengan sembahyang sebanyak dua puluh satu raka’at, mereka membaca sebanyak dua ratus ayat dan selesai ketika ketika hampir menjelang fajar”. (Musannaf Abdul Razzak j.4 hal. 240)

عن يزيد بن خصيفة عن السائب بن يزيد قال كانوا يقومون على عهد عمر بن الخطاب رضى الله عنها في شهر رمضان بعشرين ركعة قال وكانوا يقرؤن بالمئين وكانوا يتوكؤن على عصيهم في عهد عثمان بن عفان رضى الله عنه من شدة القيام

Daripada Yazid bin Khusaifah daripada Sa`ib bin Yazid katanya: “Mereka (sahabat) sembahyang (tarawih) di zaman Umar bin al-Khattab r.a. di bulan Ramadhan sebanyak dua puluh raka’at”. Dia (Sa`ib) berkata lagi, “Mereka membaca dua ratus ayat dan mereka menopang di atas tongkat mereka di zaman Uthman bin ‘Affan r.a. kerana lama berdiri”. (Al-Firyabi  Kitab as-Siyam J.1 hal. 167, Sunan Kubra al-Baihaqi j.2 hal. 496)

عبد الرزاق عن الاسلمي عن الحارث بن عبد الرحمن ابن أبي ذباب عن السائب بن يزيد قال : كنا ننصرف من القيام على   عهد عمر وقد دنا فروع الفجر ، وكان القيام على عهد عمر ثلاثة وعشرين ركعة.

Abdul Razzaq daripada al-Aslami daripada Harith bin Abdul Rahman Ibnu Abi Zibab daripada Sa`ib bin Yazid katanya: “Kami selesai daripada sembahyang di zaman Umar ketika mana hampir subuh, sembahyang (tarawih) di zaman Umar r.a. adalah dua puluh tiga raka’at”. (Musannaf Abdul Razzak j. 4 hal. 261)

حدثنا وكيع عن مالك بن أنس عن يحيى بن سعيد أن عمر بن الخطاب أمر رجلا يصلي بهم عشرين ركعة.

“Waki’ telah meriwayatkan kepada kami daripada Malik bin Anas daripada Yahya bin Said bahawa Umar bin Al-Khattab memerintahkan seseorang supaya mengimamkan orang ramai sebanyak dua puluh raka’at”. (Musannaf Ibnu Abi Syaibah j. 2 hal. 285)

Imam Niimwi juga mengatakan athar ini adalah mursal yang kuat di samping beliau menyebutkan Yahya bin Said tidak sempat dengan Umar r.a.. (Lihat Aathar as-Sunan hal. 253 cet. Multan)

Di antara penyaksian tabi’en tentang perkara ini ialah:

حدثنا ابن نمير عن عبد الملك عن عطاء قال أدركت الناس وهم يصلون ثلاثا وعشرين ركعة بالوتر.

Ibnu Numair telah meriwayatkan kepada kami daripada Abdul Malik daripada ‘Atha’ bin Abi Rabah katanya: “Aku sempat dengan orang ramai (sahabat-sahabat dan tabi’en) dan mereka bersembahyang sebanyak dua puluh tiga raka’at bersama dengan witir”. (Musannaf Ibnu Abi Syaibah j. 2 hal. 285, Qiyam Ramadhan Ibnu Nasr al-Marwazi j. 1 hal. 21)

‘Atha’ sempat dengan zaman Sayyidina Uthman r.a. dan ini menunjukkan sembahyang tarawih dikerjakan pada zaman tersebut sebanyak dua puluh raka’at.

عَنْ مَالِك عَنْ دَاوُدَ بْنِ الْحُصَيْنِ أَنَّهُ سَمِعَ الْأَعْرَجَ يَقُولُ مَا أَدْرَكْتُ النَّاسَ إِلَّا وَهُمْ يَلْعَنُونَ الْكَفَرَةَ فِي  رَمَضَانَ قَالَ وَكَانَ الْقَارِئُ يَقْرَأُ سُورَةَ الْبَقَرَةِ فِي ثَمَانِ رَكَعَاتٍ فَإِذَا قَامَ بِهَا فِي اثْنَتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً رَأَى النَّاسُ أَنَّهُ قَدْ خَفَّفَ

Daripada Malik daripada Daud bin al-Husain bahawa dia mendengar A’raj berkata: “Apa yang aku dapati orang ramai (sahabat dan tabi’en) ialah mereka melaknat orang-orang kafir pada bulan Ramadhan (di dalam qunut)”. Dia berkata lagi: “Qari (imam tarawih) membaca surah al-Baqarah dalam lapan raka’at. Bila mana dia (imam) mengimamkan mereka untuk raka’at ke dua belas orang ramai melihat bahawa dia telah meringankan (bacaan di dalam sembahyangnya)”. (Muwatto’ Malik Bab Apa Yang Datang Dari Nabi S.A.W. Berkenaan Qiyam Ramadhan j.1 hal. 343)

Surah al-Baqarah iaitu lebih dari 2 juz untuk 8 rakaat pertama. Rakaat seterusnya diringankan bacaan berbanding awal.

حدثنا أبو بكر قال ثنا وكيع عن سفيان عن أبي إسحاق عن عبد الله بن قيس عن شتير بن شكل أنه كان يصلي في رمضان عشرين ركعة والوتر.

Abu Bakr telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Waki’ telah meriwayatkan kepada kami daripada Sufyan daripada Abi Ishak daripada Abdullah b. Qais daripada Syutair bin Syakal bahawa ia bersembahyang (tarawih) di dalam bulan Ramadhan sebanyak dua puluh raka’at dan witir. (Musannaf Ibnu Abi Syaibah j. 2 hal. 285, As-Sunan al-Kubra jil. 2 hal. 496)

Syutair adalah seorang tabi’en yang dikatakan sempat dengan zaman jahiliyyah tapi tidak tergolong dalam golongan sahabat. (Tahzib at-Tahzib j. 4 hal. 273)

حَدَّثَنَا وَكِيعٌ ، عَنْ نَافِعِ بْنِ عُمَرَ ، قَالَ : كَانَ ابْنُ أَبِي مُلَيْكَةَ يُصَلِّي بِنَا فِي رَمَضَانَ عِشْرِينَ رَكْعَةً

Waki’ telah meriwayatkan kepada kami daripada Nafi’ bin Umar r.a. katanya: “Ibnu Abi Mulaikah mengimamkan kami pada bulan Ramadhan sebanyak dua puluh raka’at”.

حَدَّثَنَا الْفَضْلُ بْنُ دُكَيْنٍ ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ عُبَيْدٍ : أَنَّ عَلِيَّ بْنَ رَبِيعَةَ كَانَ يُصَلِّي بِهِمْ فِي رَمَضَانَ خَمْسَ تَرْوِيحَاتٍ وَيُوتِرُ بِثَلاَثٍ.

Fadhal bin Dukain telah meriwayatkan kepada kami daripada Sa’id bin ‘Ubaid bahawa ‘Ali bin Rabi’ah mengimamkan orang ramai dalam bulan Ramadhan sebanyak lima tarwihah (rehat selepas setiap empat raka’at sembahyang tarawih berjumlah dua puluh raka’at) dan mengerjakan witir sebanyak tiga raka’at”. (Musannaf Ibnu Abi Syaibah j. 2 hal. 285)

An-Niimwi menyebutkan kedua-dua riwayat tersebut di dalam Aathar as-Sunan dan mengatakan sanad kedua-duanya adalah sahih. (Aathar as-Sunan hal. 254 cet. Multan)

وَأَخْبَرَنَا أَبُو زَكَرِيَّا بْنُ أَبِى إِسْحَاقَ أَخْبَرَنَا أَبُو عَبْدِ اللَّهِ : مُحَمَّدُ بْنُ يَعْقُوبَ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ الْوَهَّابِ أَخْبَرَنَا جَعْفَرُ بْنُ عَوْنٍ أَخْبَرَنَا أَبُو الْخَصِيبِ قَالَ : كَانَ يَؤُمُّنَا سُوَيْدُ بْنُ غَفَلَةَ فِى رَمَضَانَ فَيُصَلِّى خَمْسَ تَرْوِيحَاتٍ عِشْرِينَ رَكْعَةً.

Abu Zakaria bin Abi Ishak telah menceritakan kepada kami, katanya: Abu Abdillah iaitu Muhammad bin Ya’kub telah menceritakan kepada kami, katanya: Muhammad bin Abdul Wahhab telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Ja’far bin ‘Aun telah menceritakan kepada kami, katanya: Abu al-Khasib telah menceritakan kepada kami, katanya: “Suwaid bin Ghafalah mengimamkan kami di dalam bulan Ramadhan lalu beliau bersembahyang sebanyak lima tarwihah (lima rehat) iaitu dua puluh raka’at. (Sunan Kubra al-Baihaqi j. 2 hal. 496)

An-Nimwi menyatakan sanadnya adalah hasan. (Aathar as-Sunan hal. 253 cet. Multan)

Beberapa riwayat di atas menunjukkan tarawih zaman salaf dengan pembacaan al-quran yg panjang dgn waktu yg lama.

Di negara kita banyak masjid terutama msjd² bandar spt di Kelantan praktik tarawih dgn khatam 30 juz.

Sy mula jd imam tarawih 30 juz tahun 1987 umur 14 thn di sebuah surau di wakaf mek Zainab. Thn ke2 jd imam di msjd bt 8 jln kuala krai. Msjd tu kira yg mula² buat dlm lingkungan daerah² sekitarnya hgga jd tumpuan pd thn itu. Budaya khatam 30 juz diterima balik oleh msyrkt daerah sekitarnya hgga thn berikutnya msjd² sekitar spt ketereh, perol pun gunakan khidmat imam tarawih 30 juz. 

Soal ada imam² yg baca laju hgga xtau apa yg dibaca. Ada tp segelintir shj. Biasanya kalu jenis baca mcm tu thn dpn org tak amik dah. Biasanya yg mcm ni tak melalui tapisan madrasah utk dipilih sbg imam.

Kalu tmpt sy belajar dulu di madrasah al-quran Kubang Bujuk mmg utk dipilih utk dihantar sbg imam tarawih akan melalui tapisan ketat.

Blh lihat contoh imam² yg dipilih di masjid² terutamanya di Kelantan. Blh pegi spt msjd Kubang kerian, telipot, kg sireh dll

Tahun akhir sy di Pakistan di Jami'ah tmpt sy belajar trdpt bbrp jemaah solat tarawih krn msg² para hafiz nak mengemaskan hafalan mrk.

Jemaah di kwsn kelas dgn imam jemputan buta membaca 3 juz 1 mlm. Msg² berebut utk solat dgnnya. Sy alhamdulillah dpt solat berimamkan beliau. Sy dpt tgk dgn mata sendiri gambaran dlm riwayat ttg tarawih zaman salaf. Ada yg solat dgn bertongkat pd tongkat terketar² tp semangat. Ada yg menyandar ke dinding.

Malu kita yg muda dgn mereka.

Fb ustaz ahmad nasim

Comments

Popular posts from this blog

DOSA DAN ANCAMAN TIDAK MELURUSKAN SAF

IMAM AL GHAZALI KEMBALI KE MAZHAB SALAF (english)

TEMPAT KEDIAMAN IBLIS DI BUMI : BILIK AIR