DUDUK QURFUSO'

 APAKAH ITU DUDUK QURFUSO?



حَدَّثَنَا حَفْصُ بْنُ عُمَرَ، وَمُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ، قَالاَ حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ حَسَّانَ الْعَنْبَرِيُّ، قَالَ حَدَّثَتْنِي جَدَّتَاىَ، صَفِيَّةُ وَدُحَيْبَةُ ابْنَتَا عُلَيْبَةَ - قَالَ مُوسَى بِنْتُ حَرْمَلَةَ - وَكَانَتَا رَبِيبَتَىْ قَيْلَةَ بِنْتِ مَخْرَمَةَ وَكَانَتْ جَدَّةَ أَبِيهِمَا أَنَّهَا أَخْبَرَتْهُمَا أَنَّهَا، رَأَتِ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم وَهُوَ قَاعِدٌ الْقُرْفُصَاءَ فَلَمَّا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم الْمُخْتَشِعَ - وَقَالَ مُوسَى الْمُتَخَشِّعَ فِي الْجِلْسَةِ - أُرْعِدْتُ مِنَ الْفَرَقِ 


Daripada Qaylah binti Makhramah bahawa dia melihat Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam sedang duduk dalam keadaan qurfuso'. Apabila aku melihat baginda sedang duduk dalam keadaan khusyuk begitu, aku mengeletar ketakutan.

[Sunan Abi Daud, Kitab al-Adab, Bab Fi Julus ar-Rajul, hadis no: 4847]


Shaikh Al-Albani menyatakan ia hasan, Al-Arnaouth pula berkata Isnadnya hasan.


Duduk al-Qurfuso adalah duduk dengan menegakkan kedua kaki lalu kedua lutut dirapatkan ke dada, manakala kedua belah tangan memaut kedua belah kaki. [Rujuk Awnul Ma'bud].


Maka duduk ini dibenarkan kerana ia sabit dari perbuatan nabi saw. Namun terdapat hadis yang melarang duduk sebegini ketika khutbah solat jumaat. Namun sebahagian ulama menilainya daif. Sebahagian ulama mengatakan jika ia sahih sekalipun maka ia bertujuan supaya aurat tidak terbuka ketika duduk atau tertidur kerana terlalu selesa. 

-ADMIN-

Page Dr. Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith



Comments

Popular posts from this blog

DOSA DAN ANCAMAN TIDAK MELURUSKAN SAF

IMAM AL GHAZALI KEMBALI KE MAZHAB SALAF (english)

TEMPAT KEDIAMAN IBLIS DI BUMI : BILIK AIR