DOA YANG DILARANG

 [[Jenis-jenis Doa yang dilarang]]

Di dalam hadith yang sahih baginda Nabi ﷺ pernah bersabda;

لاَ يَزَالُ يُسْتَجَابُ لِلْعَبْدِ مَا لَمْ يَدْعُ بِإِثْمٍ أَوْ قَطِيْعَةِ رَحِمٍ ومَا لَمْ يَسْتَعْجِلْ

“...Akan selalu dikabulkan doa bagi seorang hamba selagi dia tidak berdoa untuk sesuatu dosa atau memutuskan tali silaturahim, dan selagi dia tidak gopoh..." [HR. Muslim]


Para ulama menyebutkan beberapa jenis dan bentuk doa yang dilarang kepada kita iaitu;

1. Doa yang mengandungi syirik atau memohon kepada selain Allah. Walaupun dengan menyebut "Ya, Muhammad, Ya Jibril atau meminta kepada wali-wali dan sebagainya. Hanya kepada Allah kita boleh berdoa.

2. Doa memohon perkara haram atau dilarang seperti memutuskan silaturahim, meminta sesuatu yang berdosa seperti zina, arak, judi, meminta nombor ekor dan sepertinya. 

3. Berdoa keampunan untuk orang kafir (kecuali untuk memohon hidayah kepadanya) atau berdoa untuk manfaat kekufuran dan kemenangan mereka.

4. Melampaui batas dalam berdoa seperti meminta menjadi ultraman, batman atau superman atau sesuatu yang menyalahi sunnatullah dan tidak bermanfaat atau meminta sesuatu yang menyebabkan fitnah dan kezaliman pada pihak lain.


إنه سيكون في هذه الأمة قوم يعتدون في الطهور والدعاء


5. Doa-doa yang menyalahi adab, uslub yang buruk dan menyalahi kaedah yang diajar syarak seperti berdoa dengan suara kuat, berdoa mengangkat tangan ketika khutbah Jumaat, berdoa ketika sedang membuang najis, doa tanpa memuji Allah dan seumpamanya.

6. Berdoa dengan gopoh, mahu memaksa Allah dan mengugut-ugut Tuhan (jika tidak dapat akan berbuat jahat) serta meminta dengan penuh sangka buruk kepada Allah.

7. Berdoa dengan hati yang lalai, tidak yakin, bosan dan tidak bersungguh-sungguh.


فَأَخَذْنَاهُمْ بِالْبَأْسَاءِ وَالضَّرَّاءِ لَعَلَّهُمْ يَتَضَرَّعُونَ


Emran ahmad

Comments

Popular posts from this blog

DOSA DAN ANCAMAN TIDAK MELURUSKAN SAF

IMAM AL GHAZALI KEMBALI KE MAZHAB SALAF (english)

TEMPAT KEDIAMAN IBLIS DI BUMI : BILIK AIR