SIDANG KALAM YANG JAHAT

(Imam Abu Nasr al Sijzi, Al Dzahabi dan Abu al Hasan al Asy'ari VS Sidang Kalam


Boleh berbeza pandangan tetapi jangan jadi jahat.

Saya dapati berlaku pemalingan dan tahrif pada maksud-maksud ucapan yang dikemukakan oleh Imam Abu Nasr al Sijzi. Beliau sangat jelas menukil kesepakatan a'immah salaf bahawa :

أن الله سبحانه بذاته فوق العرش وعلمه بكل مكان

"Bahawasanya Allah Subhanahu dengan Dzatnya berada di atas 'Arasy dan ilmu-Nya pada segenap tempat"

Teks penuhnya :

Kata Imam Abu Nasr al Sijzi :

أَئِمَّتنَا كسفيان الثَّوْريّ وَمَالك وَحَمَّاد بن سَلمَة وَحَمَّاد بن زيد وسُفْيَان بن عُيَيْنَة والفضيل وَابْن الْمُبَارك وَأحمد وَإِسْحَاق متفقون على أَن الله سُبْحَانَهُ بِذَاتِهِ فَوق الْعَرْش وَعلمه بِكُل مَكَان وَأَنه ينزل إِلَى السَّمَاء الدُّنْيَا وَأَنه بغضب ويرضى وَيتَكَلَّم بماشاء

"Para Imam kami seperti Sufyan al Tsauri, Malik, Hammad bin Salamah, Hammad bin Zaid, Sufyan bin 'Uyainah, Fudhail, Ibnu al Mubarak, Ahmad dan Ishaq sepakat bahawasanya Allah Subhanahu dengan Dzatnya berada di atas 'Arasy dan ilmu-Nya pada segala tempat, dan bahawasanya Dia turun ke langit dunia, Dia murka dan redha dan berbicara apa sahaja yang Dia kehendaki"

Penggunaan kalimat بذاته adalah sebagai taukid bahawa Allah swt secara hakiki memang benar² berada di atas 'Arasy-Nya sekaligus sebagai bantahan terhadap pengingkaran puak Jahmiyyah yang menafikannya.

Dengan maksud ini jugalah kalimah بذاته digunakan oleh guru kepada Abu Nasr al Sijzi yakni Imam Yahya bin Ammar al Sijistani. Kata beliau :


 لَا نقُول كَمَا قَالَت الْجَهْمِية إِنَّه تَعَالَى مدَاخِل للأمكنة وممازج بِكُل شَيْء وَلَا نعلم أَيْن هُوَ بل نقُول هُوَ بِذَاتِهِ على الْعَرْش وَعلمه مُحِيط بِكُل شَيْء وَعلمه وسَمعه وبصره وَقدرته مدركة لكل شَيْء

وَذَلِكَ معنى قَوْله {وَهُوَ مَعكُمْ أَيْن مَا كُنْتُم} فَهَذَا الَّذِي قُلْنَاهُ هُوَ كَمَا قَالَ الله وَقَالَهُ رَسُوله

"Kami tidak mengatakan sebagaimana yang dikatakan oleh golongan Jahmiyyah bahawa Dia masuk ke berbagai tempat, bercampur dengan segala sesuatu dan kami tidak tahu di mana Dia? Bahkan kami mengatakan Dia dengan Dzatnya di atas 'Arasy, sedangkan ilmu-Nya meliputi segala sesuatu. Ilmu-Nya, mendengar-Nya, melihat-Nya dan kekuasaan-Nya mencapai segala sesuatu. Itulah makna firman Allah :

وَهُوَ مَعَكُمْ اَيْنَ مَا كُنْتُمْۗ وَاللّٰهُ بِمَا تَعْمَلُوْنَ بَصِيْرٌۗ

"Dan Dia bersama kamu di mana saja kamu berada. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan" (Surah al Hadid : 4)

Sedangkan Dia dengan Dzatnya di atas 'Arasy sebagaimana yang dikatakan oleh Allah swt dan sebagaimana yang disabdakan Rasul-Nya."

(Rujuk : Kitab al 'Uluww li al Dzahabi)


Al Dzahabi berpendapat dalam masalah istiwa ini bahkan di dalam memahami sifat-sifat Allah yang lain maknanya adalah jelas, nas syarak asalnya memang difahami secara zahir, secara hakiki bukannya majaz. Oleh sebab itu, sebenarnya penerangan Allah dan Rasul-Nya sudah memadai menurut beliau sehingga tidak lagi berhajat kepada penambahan بذاته

Apakah Imam al Dzahabi menolak bahawa Allah swt berada di atas 'Arasy-Nya? Tentulah tidak. Perhatikan bagaimana beliau menegaskan bahawa masalah istiwa ini merupakan ijmak yang telah dicapai para ulama Ahlus Sunnah kaum muslimin.

 أَبُو الْعَبَّاس السراج قَالَ سَمِعت قُتَيْبَة بن سعيد يَقُول هَذَا قَول الْأَئِمَّة فِي الْإِسْلَام وَالسّنة وَالْجَمَاعَة نَعْرِف رَبنَا فِي السَّمَاء السَّابِعَة على عَرْشه كَمَا قَالَ جلّ جَلَاله {الرَّحْمَن على الْعَرْش اسْتَوَى}

 وَكَذَا نقل مُوسَى بن هَارُون عَن قُتَيْبَة أَنه قَالَ نَعْرِف رَبنَا فِي السَّمَاء السَّابِعَة على عَرْشه

فَهَذَا قُتَيْبَة فِي إِمَامَته وَصدقه قد نقل الْإِجْمَاع على الْمَسْأَلَة وَقد لَقِي مَالِكًا وَاللَّيْث وَحَمَّاد بن زيد والكبار... 


Abu 'Abbas al Sarraj berkata : Aku telah mendengar Qutaybah bin Sa'id berkata : "Inilah perkataan para imam dalam Islam dan Sunnah dan Jama'ah - kami mengenal Rabb kami berada di langit yang ketujuh di atas 'Arasy-Nya sebagaimana firman-Nya jalla jalalahu - Tuhan yang Pemurah istiwa' di atas 'Arasy"

Kata al Dzahabi : Demikian juga Musa bin Harun menukil dari Qutaybah - bahawasanya dia berkata : "Kami mengenal Rabb kami berada di langit ketujuh di atas 'Arasy-Nya"

Kata al Dzahabi lagi : Qutaybah ini dengan keimamamnya dan soduqnya telah menukil ijmak dalam masalah istiwa' ini, beliau telah berjumpa Malik, al Laith, Hammad bin Zaid dan para kibar ulama yang lain. 

قَالَ إِسْحَاق بن رَاهَوَيْه قَالَ الله تَعَالَى {الرَّحْمَنُ على الْعَرْش اسْتَوَى} إِجْمَاع أهل الْعلم أَنه فَوق الْعَرْش اسْتَوَى وَيعلم كل شَيْء فِي أَسْفَل الأَرْض السَّابِعَة

 اسْمَع وَيحك إِلَى هَذَا الإِمَام كَيفَ نقل الْإِجْمَاع على هَذِه الْمَسْأَلَة كَمَا نَقله فِي زَمَانه قُتَيْبَة الْمَذْكُور

Telah berkata Ishaq bin Rahawaih, Allah berfirman : "Tuhan yang Maha Pemurah istiwa' atas 'Arasy" - ijmak ahli ilmu bahawasanya Dia berada di atas 'Arasy beristiwa' dan ilmu-Nya meliputi segala sesuatu sampai-sampai di bawah bumi ketujuh yang terdalam sekalipun"

Kata al Dzahabi - Dengarkanlah perhatikan - bagaimana imam ini menyampaikan ijmak dalam masalah ini, sebagaimana yang disampaikan pada zamannya oleh Qutaybah yang disebutkan tadi.

Bahkan al Dzahabi ketika membahaskan tentang Ibnu Abi Zaid al Qarawani yang turut membawakan perkataan بذاته menyatakan maksud beliau dan para ulama lain ketika mengemukakan lafaz ini adalah untuk menjelaskan bahawa Allah swt benar-benar dengan Dzatnya berada di atas 'Arasy. Ilmu-Nya meliputi segala sesuatu.

Kata al Dzahabi :

وَإِنَّمَا أَرَادَ ابْن أبي زيد وَغَيره التَّفْرِقَة بَين كَونه تَعَالَى مَعنا وَبَين كَونه تَعَالَى فَوق الْعَرْش فَهُوَ كَمَا قَالَ ومعنا بِالْعلمِ وَأَنه على الْعَرْش كَمَا أعلمنَا حَيْثُ يَقُول {الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْش اسْتَوَى} وَقد تلفظ بِالْكَلِمَةِ الْمَذْكُورَة جمَاعَة من الْعلمَاء كَمَا قدمْنَاهُ

"Sebaliknya, Ibn Abi Zayd dan yang lain ingin membezakan antara keberadaan-Nya dengan kita dan keberadaan-Nya di atas Arasy, sebagaimana Dia telah berfirman bahawa Dia bersama kita dengan ilmu, dan Dia berada di atas 'Arasy sebagaimana yang mereka ketahui  di mana Allah telah berfirman : Tuhan yang Maha Pemurah istiwa' atas 'Arasy, dan perkataan ( بذاته) yang disebutkan di atas telah diucapkan oleh sekumpulan ulama sebagaimana yang telah kami sampaikan.

Jadi, al Dzahabi biarpun beliau lebih suka kita berpada pada nas kerana apa yang telah ditunjukkan oleh wahyu sudah pun mencukupi kita, namun beliau sendiri tidaklah menolak bahawa Allah swt istiwa di atas Arasy-Nya dengan maksud hakiki bukan majaz dan bukan pula beliau menafikan keberadaan-Nya di Arasy seperti puak mua'thil al Jahmiyyah. Bahkan beliau jelas di dalam kitabnya menolak aqidah Allah bukan di luar alam, bukan di dalam alam seperti anutan Asya'irah. 

Penggunaan lafaz بذاته adalah sebagai taukid sebagaimana para ulama salaf juga menggunakan lafaz بائن utk menunjukkan al Khaaliq dan makhluk itu terpisah bukannya bercantum. Perhatikan riwayat Ibnu Abi Hatim al Razi di bawah ini :


Kata Ibnu Abi Hatim al Razi :

سَأَلت أبي وَأَبا زرْعَة رحمهمَا الله تَعَالَى عَن مَذْهَب أهل السّنة فِي أصُول الدّين وَمَا أدْركَا عَلَيْهِ الْعلمَاء فِي جَمِيع الْأَمْصَار وَمَا يعتقدان من ذَلِك فَقَالَا أدركنا الْعلمَاء فِي جَمِيع الْأَمْصَار حجازا وعراقا ومصرا وشاماً ويمناً فَكَانَ من مَذْهَبهم أَن الله تبَارك وَتَعَالَى على عَرْشه بَائِن من خلقه كَمَا وصف نَفسه بِلَا كَيفَ أحَاط بِكُل شَيْء علما

"Aku telah bertanya kepada ayahku dan Abu Zur'ah(رحمهما الله) tentang mazhab Ahlus Sunnah dlm masalah Usuluddin dan pendapat para ulama yang mereka ketahui di semua kota serta apa yang keduanya yakini(berpegang dengannya)? Maka keduanya berkata :"Kami mengetahui para ulama di semua kota, Hijaz, Iraq, Mesir, Syam dan Yaman - dan mazhab mereka adalah bahawa Allah di atas 'Arasy-Nya, terpisah dari para makhluk-Nya sebagaimana Dia menyifati diri-Nya tanpa bagaimana (بلا كيف) dan ilmu-Nya meliputi segala sesuatu"

Maka dengan ini jelaslah bahawa makna ucapan oleh Imam Abu Nasr al Sijzi adalah selaras dan selari dengan ucapan para a'immah salaf seperti Imam Qutaybah bin Sa'id, Ishaq bin Rahawaih, Abu Hatim al Razi, Abu Zur'ah al Razi dan lain-lain yang mengisbatkan Allah swt di atas 'Arasy-Nya secara hakiki atau dengan Dzat-Nya. Jika tidak begitu apa guna diikuti dengan lafaz : وَعلمه مُحِيط بِكُل شَيْء (dan ilmu-Nya meliputi segala sesuatu) 

atau وَيعلم كل شَيْء فِي أَسْفَل الأَرْض السَّابِعَة ?

Jadi lafaz بذاته  adalah taukid seperti juga lafaz بائن dlm menjelaskan persoalan dan duduk masalahnya. Para ulama salaf menggunakan kalimat ini setelah puak ahli bid'ah mendatangkan kesamaran dan melontarkan syuhbat mereka ke tengah masyarakat. Atas alasan yang sama juga para ulama salaf menggunakan perkataan غير مخلوق dan بلا كيف ketika menghadapi dan menjawab ahli bid'ah di zaman mereka.

Akhir sekali mari kita tengok bagaimana aqidah Imam Abu al Hasan al Asy'ari dlm masalah istiwa' ini. Kata beliau dlm kitabnya al Ibanah an Usul al Diyanah :

"Semua ayat-ayat ini menunjukkan bahawa Allah swt tidak berada di dalam makhluk-Nya dan makhluk-Nya juga tidak berada di dalam Dzat-Nya, Dia yang Maha Suci istiwa' di atas 'Arasy dengan tanpa ditanya kaifiyyat. Maha Tinggi Allah atas apa yang dikatakan orang-orang zalim dan ingkar dengan ketinggian yang sebesar-besarnya. Mereka tidak menetapkan terhadap Allah sifat yang HAKIKI dan tidak mewajibkan menyebut Allah dengan keWahdaniah-Nya (terpisah dari makhluk) . Semua perkataan mereka bermakna ta'thil dan semua sifat yang mereka tetapkan menunjukkan penafian sifat. Padahal sebagaimana yang mereka katakan : mereka ingin mensucikan Allah dan menafikan penyerupaan makhluk terhadap Allah. Kita berlindung kepada Allah dari pensucian yang mengandung penafian dan penolakan sifat Allah swt"

Beliau juga berkata : "Kita melihat semua kaum muslimin mengangkat tangan mereka ke arah langit ketika mereka berdoa. Ini membuktikan bahawa Allah beristiwa' di atas Arasy-Nya yang berada di atas langit. Kalau sekiranya Allah tidak berada di atas Arasy-Nya, tentulah mereka tidak akan mengangkat tangan ke arah Arasy sebagaimana mereka tidak akan merendahkan tangan mereka mengarah ke bumi ketika berdoa"

Di akhir bab perbahasan Istiwa' ini beliau membawakan hadith jariah dan menutupnya dengan komentar :

وهذا يدل على أن الله عز وجل على عرشه فوق السماء

"Dan ini menunjukkan bahawasanya Allah azza wa  jalla berada di atas 'Arasy-Nya di atas langit"









https://www.facebook.com/search/top/?q=%20SIDANG%20KALAM%20YANG%20JAHAT.

Marzuki Abdullah

Comments

Popular posts from this blog

ALLAH DIATAS LANGIT DAN BERTEMPAT DILANGIT?

AKIDAH IMAM Abu Uthman al-Sobuni

MALAIKAT MAUT BERNAMA IZRAIL?