UND BERDUSTA ATAS NAMA IMAM ASY-SYAFI'I?

UND BERDUSTA KE ATAS NAMA IMAM ASY-SYAFI'I? ATAU KEMUNGKINAN ATAU MUNGKIN MUNGKIN. 

Marzuki Abdullah

Kata UND (Ustaz Noor Deros) : "Kemudian Imam membawa hadith Muawiyah bin al Hakam bagi menjelaskan cara mengislamkan..sorry.. memeriksa keislaman hamba wanita yang ajma'. Sedangkan dalam kisah tersebut tiada langsung disebut wanita itu ajma'. Hadith itu tak ada sebut langsung wanita itu ajma'. Saya, saya setuju.

Tapi Imam Asy-Syafi'i beristidlal dengan hadith ini untuk cerita tentang wanita hamba yang عجماء . Kita tengok lafaznya :

قال : وأحب إلىّ ألا يعتق إلا بالغة مؤمنة، فإن كانت أعجمية فوصفت الإسلام أجزأته

Terus dia bawa hadith berkenaan dengan Mua'wiyah bin al Hakam. Bila dia cerita pasal nak kaffarah kena wanita hamba tu mukminah terus bawa hadith Mu'awiyah. Sedang seperti kata Ustaz Salman cerita tadi hamba wanita tersebut tidak a'jam tidak ajma' di situ.

Tapi Imam Asy-Syafi'i beristidlal dengan hadith ni untuk menyokong pendirian dia berkenaan dengan wanita hamba yang ajma' seolah-olah di situ mereka pun macam menganggap ada perkaitan dua kisah ini yang hakikatnya kemungkinan kisah yang sama.

Tengok lafaz hadith Abu Hurairah....." Tamat ucapan UND.


PENILAIAN SEKALIGUS PEMBONGKARAN CLAIM DUSTA ATAS NAMA IMAM ASY-SYAFI'I

1- Hadith Mu'awiyah bin al Hakam ini dimasukkan oleh Imam Asy-Syafi'i dalam Bab Memerdekakan Hamba Beriman dalam Kifarat Zihar. 

2-Setelah membawakan ayat 3 surah al Mujadilah yang menyebut orang yang melakukan zihar setelah menarik kembali ucapannya dan hendak bercampur dengan isterinya maka dia hendaklah memerdekakan seorang hamba, maka Imam Asy-Syafi'i mensyaratkan hamba yang hendak dimerdekakan itu hendaklah muslim, beliau menyamakannya dengan kaffarat kes pembunuhan yang mensyaratkan hamba yang dimerdekakan hendaklah muslim.

3- Kata beliau : "Untuk itu, siapa yang memerdekakan hamba yang tidak beriman dalam kifarat zihar, itu tidak cukup dan yang bersangkutan wajib kembali memerdekakan hamba yang beriman.

4- Kata Imam Asy-Syafi'i lagi : Saya lebih suka jika hamba yang dimerdekakan baligh dan beriman. Jika hambanya orang ajam lalu dia mengaku Islam, itu sudah cukup.

5- Imam Asy-Syafi'i kemudian membawakan hadith Mu'awiyah bin al Hakam untuk menunjukkan hamba yang dimerdekakan itu hendaklah beriman,

6-Imam Asy-Syafi'i melanjutkan perbahasan walau bagaimanapun keadaan seorang hamba sahaya itu, yang penting dia hendaklah beriman, barulah dianggap sah. Selain hamba sahaya orang ajam, Imam Asy-Syafi'i turut menyebut hamba sahaya sebagai :

a) Seorang hamba wanita kecil dimerdekakan salah satu orang tuanya yang beriman, maka dia dianggap sah kerana dianggap hamba yang beriman, dalilnya jika dia mati maka dia disolatkan dan dia orang yang layak menerima pewarisan sekiranya orang tuanya mati.

b) Jika hamba yang dimerdekakan statusnya orang murtad maka hukumnya tidak sah.

c) Jika hamba sahaya lahir dalam keadaan bisu dan dia orang yang beriman, dia dapat menunjukkan keimanannya dengan isyarat serta mengerjakan solat maka dia sah jika dimerdekakan sebagai kafarat zihar.

d) Jika hamba sahaya bisu yang datang dari negeri musyrik, lalu dia mengisyaratkan keimanannya dan mengerjakan solat, maka sudah dianggap sah juga. Saya lebih suka jika hamba sahaya dapat berbicara dan menyebutkan keimanannya.

e) Apabila anak perempuan kecil ditawan bersama kedua orang tuanya yang kafir, lalu dia mula mengerti tentang Islam hanyasaja belum baligh, jika seseorang memerdekakannya untuk kifarat zihar, hukumnya tidak sah.

f) Jika anak perempuan di atas mengaku Islam setelah baligh kemudian dimerdekakan, maka hukumnya sah.

Jadi bagaimana UND boleh membuat kesimpulan bahawa wanita hamba sahaya yang ditampar oleh Muawiyah bin al Hakam itu ialah seorang yang ajam atau seorang yang bisu? Padahal Imam Asy-Syafi'i telah mengemukakan pelbagai contoh keadaan seorang hamba sahaya bukan hanya orang ajam sahaja? Keadaannya boleh jadi dia seorang budak yang masih kecil, hamba yang murtad, hamba yang lahir dalam keadaan bisu, hamba bisu yang datang dari negeri musyrik, hamba sahaya yang belum baligh dan lain-lain. Point terpenting yang ingin disampaikan oleh Imam Asy-Syafi'i ialah hamba sahaya yang dimerdekakan tersebut mestilah orang yang beriman, barulah hukum kafarat ziharnya menjadi sah.

Maka perkataan UND : " Tapi Imam Asy-Syafi'i beristidlal dengan hadith ini untuk cerita tentang wanita hamba yang عجماء"


Saya kata :


1- Perkataan Imam Asy-Syafi'i :

 وأحب إلىّ ألا يعتق إلا بالغة مؤمنة، فإن كانت أعجمية فوصفت الإسلام أجزأته

Perkataan أعجمية di dalam teks imam di atas adalah merujuk kepada orang 'ajam(non-arab) bukannya orang yang bisu عجماء

2- Imam Asy-Syafi'i beristidlal dengan hadith ini untuk menunjukkan bahawa hamba sahaya yang hendak dimerdekakan hendaklah hamba yang beriman barulah hukum kafaratnya menjadi sah bukan untuk cerita tentang wanita hamba yang عجماء atau menganggap wanita hamba sahaya yang ditampar Mu'awiyah adalah hamba yang bisu! Atau menganggap kisah Mua'wiyah bin al Hakam dan kisah lelaki Ansar riwayat Ubaidillah sebagai sebuah kisah yang sama!

3- Kata UND lagi : "seolah-olah di situ mereka pun macam menganggap ada perkaitan dua kisah ini yang hakikatnya kemungkinan kisah yang sama"

Lihatlah betapa jauhnya kedustaan yang mahu dipakaikan kepada Imam Asy-Syafi'i(rhm). Kenapa tidak turut mengatakan hamba sahaya yang dibawa oleh Mua'wiyah bin al Hakam itu mungkin seorang budak yang dimerdekakan oleh salah seorang orang tuanya yang muslim, atau hamba sahaya yang murtad, atau hamba sahaya yang bisu sejak lahir, hamba sahaya bisu yang datang dari negeri musyrik atau hamba sahaya yang belum baligh kerana semuanya dikemukakan oleh Imam Asy-Syafi'i juga? Kenapa tidak buat kesimpulan bahawa Imam Asy-Syafi'i beristidlal dengan hadith Mu'awiyah untuk cerita tentang semua ni?

Sambung UND : Tengok lafaz Hadith Abu Hurairah....

Saya kata : Hadith Abu Hurairah tersebut tidak pun dimasukkan oleh Imam Asy-Syafi'i dlm perbahasan tersebut. 

Akhirnya beberapa rangkap Syair untuk tatapan UND


إذا ما الأصل ألفي غير زاك فما تزكو مدى الدهر الفروع

سارت مشرقة وسرت مغربا

شتان بين مشرق ومغرب

و كم من عائب قولا صحيحا و آفته من الفهم السقيم


Apabila akarnya tidak kuat, maka cabangnya pun akan demikianlah sepanjang masa

Dia berjalan ke timur dan aku berjalan ke barat

Aduhai alangkah jauhnya timur dan barat

Berapa banyak orang yang mencela ucapan yang benar, sebabnya kerana pemahaman yang buruk



Comments

Popular posts from this blog

ALLAH DIATAS LANGIT DAN BERTEMPAT DILANGIT?

AKIDAH IMAM Abu Uthman al-Sobuni

MALAIKAT MAUT BERNAMA IZRAIL?