IMAM AHMAD MENGHENTIKAN FITNAH MUKTAZILAH
Baru-baru ini Ustaz Adli Mohd Saad hafizahullah menceritakan tentang riwayat yg membuktikan bahwa Imam Ahmad tidak gagal dalam melawan akidah sesat Ilmu Kalam Muktazilah sebagaimana yg didakwa oleh seorang penceramah ilmu kalam baru-baru ini.
Malah sebenarnya Imam Ahmad lah yg telah berjaya memberhentikan fitnah Mehnah ("Qur'an adalah makhluk") bila dia berjaya mengalahkan hujah sesat tokoh Muktazilah dihadapan Khalifah ketika itu, dan malah Khalifah juga telah bertaubat dari akidah Ilmu Kalam Muktazilah setelah debat Imam Ahmad tersebut. Dan telah hilang dan lemah pengaruh Muktazilah setelah kemenangan Imam Ahmad berhujah mengalahkan nya.
Imam Az-Zahabi meriwayatkan kisahnya dari Al Muhtadi Billah Muhammad bin Al -Watsiq, anak kepada khalifah Al -Watsiq dalam kitabnya Siyaru A’laamin Nubalaa’ juz XI :312.
Berkata Al Muhtadi Billah Muhammad bin Al Watsiq: “Dahulu ayahku (Khalifah Al-Watsiq) bila hendak membunuh seseorang, ia mengajak kami menyaksikannya. Suatu saat dihadapkan kepadanya (Khalifah) seorang lelaki tua yang disemir rambutnya dalam keadaan terikat”. (Orang tua ini adalah Abu Abdillah Ahmad bin Hambal Rahimahullah).
Ayahku berkata: “Izinkan Abu Abdillah (Ibnu Abi Duad, kuniyahnya sama dengan Imam Ahmad) beserta para sahabatnya untuk masuk”. Yang dimaksudkan adalah Ibnu Abi Duad. Perawi berkata: “Maka masuklah orang tua itu (Imam Ahmad)”. Lelaki tua itu mengucapkan pada Khalifah Watsiq: “Assalamu’alaika Yaa Amiral Mukminin”. Beliau (Al Watsiq) menjawab: “Laa Sallamallahu ‘Alaika.” (semoga Allah tidak memberikan keselamatan atas kamu).
Lelaki tua itu membalas: “Sungguh hina cara kamu memberikan salam. Padahal Allah Ta’ala berfirman (yang bererti):
“Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah (dengan yang serupa).” (An Nisaa’ : 86)
Ayahku pun membalas salamnya: “Waalaikasalam!” balasnya, kemudian berkata kepada Ibnu Abi Duad: “Tanyalah kepadanya!”
Lelaki tua itu berkata: “Wahai Amirul Mukminin, saya dalam keadaan terikat seperti ini, saya mengerjakan solat dalam penjara dengan bertayamum, saya tidak diberi air. Lepaskanlah dahulu ikatan saya ini dan berilah saya air agar saya dapat bersuci dan mengerjakan solat setelah itu tanyalah apa yang ingin ditanyakan padaku.”
Lalu ayahku memerintahkan para pengawal agar melepas ikatannya dan memberinya air. Imam Ahmad berwudhu lalu mengerjakan solat. Kemudian ayahku berkata kepada Ibnu Abi Duad: “Tanyalah kepadanya!”
Ibnu Abi Duad berkata: “ Lelaki itu (Imam Ahmad) pandai berkata-kata.”
Maka ayahku berkata: “Ajaklah ia berbicara.”
Ibnu Abi Duad bertanya: “Apakah pendapatmu mengenai Al Qur’an?”
Lelaki tua itu (Imam Ahmad) menjawab: “Dia tidak bersikap adil terhadapku. Aku yang seharusnya bertanya.”
Ayahku (Al Watsiq) berkata: “Tanyalah kepada Ibnu Abi Duad.”
Lelaki tua itu bertanya: “Apakah pendapatmu mengenai Al Qur’an?”
Ibnu Abi Duad menjawab: “Al Qur’an itu makhluk (bukan kalam Allah)!”
Lelaki tua itu (Imam Ahmad) bertanya lagi: “Apakah ucapan itu adalah sesuatu yang sudah diketahui oleh Rasulullah ﷺ, Abu Bakar, Umar dan Al Khulafa’ Ar Rasyidun yang lain atau belum?”
Ibnu Abi Duad menjawab: ”Belum.”
Lelaki itu berkata: “Maha Suci Allah, sesuatu (masalah agama) yang tidak diketahui Nabi, namun kamu mengetahuinya?!”
Ibnu Abi Duad menjadi malu. Lalu ia berkata: “Beri aku kesempatan lagi!” (yakni, bertanya lah lagi dengan soalan lain)
Lelaki tua itu berkata lagi: “Pertanyaannya tetap sama.”
Ibnu Abi Duad menjawab: “Ya, mereka telah mengetahuinya.”
Lelaki tua itu bertanya lagi: “Mereka mengetahuinya, namun tidak mendakwahkannya kepada manusia?”
Ibnu Abi Duad menjawab: “Benar”.
Lelaki tua itu bertanya lagi: “Apakah yang cukup bagi mereka lakukan tidak cukup bagimu?”
Lelaki tua itu berkata lagi : “Suatu perkara yang TIDAK didakwahkan oleh Rasulullah ﷺ, tidak pula Abu Bakar, Umar, Utsman dan Ali radhiallahu anhum, NAMUN kamu mendakwahkannya kepada umat manusia??? Tidak boleh tidak kamu mesti berkata: ”Mereka (Para Sahabat) mengetahuinya atau mereka tidak mengetahuinya”. Jika kamu katakan : ”Mereka mengetahuinya! Namun mereka tidak menyuarakannya, maka cukuplah bagi kita semua apa yang telah cukup bagi mereka, iaitu tidak menyuarakannya!! Jika kamu katakan: ”Mereka tidak mengetahuinya! Tetapi sayalah yang mengetahuinya! Maka sungguh celaka kamu ini!! Rasulullah ﷺ dan para khulafa-ur Rasyidin radhiallahu anhum tidak mengetahuinya sementara kamu dan sahabat-sahabat kamu mengetahuinya!!”
Al Muhtadi berkata: ”Aku lihat ayahku langsung berdiri dan masuk ke dalam taman, ia tertawa sambil menutup wajahnya dengan bajunya dan berkata: ”Benar juga, tidak boleh tidak, kita harus mengatakan: ”Mereka mengetahuinya atau mereka tidak mengetahuinya”. Jika kita katakan: ”Mereka mengetahuinya! Namun mereka tidak menyuarakannya, maka cukuplah bagi kita semua apa yang telah cukup bagi mereka, iaitu tidak menyuarakannya! Jika kita katakan: “Mereka TIDAK mengetahuinya! Kamulah yang mengetahuinya, maka sungguh celaka kita ini!! Rasulullah ﷺ dan para Khulafa-ur Rasyidin radhiallahuanhum tidak mengetahuinya sementara kamu dan sahabat kamu mengetahuinya?!”
Kemudian ayahku berkata: ”Hai Ahmad!”
“Laabaika!“, Jawabnya. (Imam Ahmad bin Hambal)
“Bukan kamu yang saya maksudkan,tapi Ahmad bin Abi Duad!”, sahut ayahku.
Maka Ibnu Abi Duad pun segera mendatanginya, ayahku berkata: ”Berilah Syaikh ini nafkah dan keluarkanlah dari negeri kita!” (yakni bebaskan Imam Ahmad).
[Dalam riwayat as Siyaar: ”Beliau lalu menyuruh orang membuka ikatan lelaki tua itu dan memberikan kepadanya 400 dinar, lalu membenarkannya pulang. Semenjak itu Ibnu Abi Duad dipandang sebelah mata oleh Khalifah Al Watsiq, DAN SETELAH ITU AYAHKU TIDAK PERNAH MENGUJI ORANG DENGAN keyakinan SESAT tersebut.]
Dalam riwayat lain: Al Muhtadi berkata: saya pun BERTAUBAT dari pegangan yang sesat tersebut dan saya kira semenjak saat itu ayah saya pun BERTAUBAT darinya”
(Imam Adz Dzahabi meriwayatkan kisah ini dari Al Muhtadi Billah Muhammad bin Al Wathiq, anak kepada khalifah Al Wathiq di kitabnya Siyaru A’laamin Nubalaa’ juz XI :312)
Comments
Post a Comment