QIYAM RAMADHAN 8 RAKAAT?

JAWAPAN KEPADA GOLONGAN YG MENAFIKAN SOLAT QIYAM RAMADHAN JIKA JUMLAHNYA HANYA 8 RAKAAT


Solat Qiyam Ramadhan adalah solat sunat yg dilakukan dalam waktu di antara sesudah solat Isyak sehingga Fajar ..

Perbuatan Nabi -صلى الله عليه وسلم- sgt jelas tentang cara perlaksanaan Qiyam Ramadhan ..

عَنْ أَبِي سَلَمَةَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ ، أَنَّهُ سَأَلَ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا : كَيْفَ كَانَتْ صَلَاةُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي رَمَضَانَ ؟ قَالَتْ : مَا كَانَ يَزِيدُ فِي رَمَضَانَ وَلَا غَيْرِهِ عَلَى إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً، يُصَلِّي أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ فَلَا تَسْأَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ، ثُمَّ يُصَلِّي أَرْبَعًا فَلَا تَسْأَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ، ثُمَّ يُصَلِّي ثَلَاثًا، فَقُلْتُ : يَا رَسُولَ اللَّهِ، تَنَامُ قَبْلَ أَنْ تُوتِرَ ؟ قَالَ : " تَنَامُ عَيْنِي وَلَا يَنَامُ قَلْبِي ".

Daripada Salamah bin Abdir Rahman, bahawa dia bertanya [kepada] Aisyah -رضي الله عنها-: Bagaimanakah dahulu solat Rasulullah -صلى الله عليه وسلم- di dalam Ramadhan? Beliau berkata: Tidak pernah Baginda menambah di dalam Ramadhan dan tidak juga selainnya [yakni Ramadhan] melebihi sebelas rakaat. Baginda akan solat empat [rakaat], janganlah engkau tanyakan tentang keelokannya dan kepanjangannya. Kemudian Baginda akan solat empat [rakaat], janganlah engkau tanyakan tentang keelokannya dan kepanjangannya. Kemudian Baginda akan solat tiga [rakaat]. Lalu aku [yakni Aisyah] berkata: Wahai Rasulallah! Engkau tidur sebelum engkau melakukan witir [yakni Solat Malam]? Baginda bersabda: *" Tidur mataku namun tidak tidur hatiku "*
[Sahih Al-Bukhari no. 3569]

PERHATIAN:
Anda tidak perlu risau berkenaan sesiapa yg cuba untuk tidak mengesahkan solat tarawih anda, kerana yg anda sebenarnya sedang lakukan adalah Qiyam Ramadhan, dan ia adalah nama yg diberikan oleh Nabi -صلى الله عليه وسلم- di dalam hadith:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : " مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ ".
Daripada Abi Hurairah, bahawa Rasulallah -صلى الله عليه وسلم- bersabda: " Sesiapa yang mendirikan/qiyam Ramadhan, kerana beriman dan mengharapkan ganjaran (pada Allah), diampunkan untuknya apa yang telah lalu dari dosa-dosanya ".
[Sahih Al-Bukhari no. 37 & Sahih Muslim no. 759]

والله أعلم


Comments

Popular posts from this blog

DOSA DAN ANCAMAN TIDAK MELURUSKAN SAF

IMAM AL GHAZALI KEMBALI KE MAZHAB SALAF (english)

TEMPAT KEDIAMAN IBLIS DI BUMI : BILIK AIR