BIDAAH KENDURI ARWAH

 Ustaz Adli Mohd Saad

BERIKUT ADALAH JAWAPAN MUFTI SYAFIE MEKAH (GURU KPD PENGARANG KITAB NIHAYAH AZ-ZAIN) BERKENAAN BIDAAH KENDURI DAN MAJLIS BERSEMPENA KEMATIAN

Berkata Al-Allamah Abu Bakr; Uthman bin Muhammad Syatta Ad-Dimyati Al-Bakri, pengarang kitab Hasyiah Ei’aanah At-Tholibin:

Dan saya telah meninjau kepada soalan yang diangkat kepada dua mufti Mekah Al-Musyarrafah, pada makanan yang dibuat oleh ahli keluarga si mati. Jawapan daripada mereka untuk itu (salinan kedua-duanya).

Apakah pendapat mufti-mufti di Negeri Haram, semoga Allah kekalkan manfaat mereka untuk sekalian makhluk sepanjang hari-hari berlalu, mengenai kebiasaan khas pada sesebuah negeri dan bagi sesiapa yang di dalamnya dari orang-orang tertentu, bahawa seseorang itu apabila dia berpindah ke negeri pembalasan, dan hadir kenalan-kenalannya dan jiran-jirannya majlis takziah, telah berjalan kebiasaan bahawa mereka akan menunggu makanan, dan dari kerana penguasaan rasa malu pada keluarga si mati, mereka (yakni keluarga si mati) akan menanggung tanggungan yang sempurna, mereka (yakni keluarga si mati) akan menyiapkan untuk mereka (yakni kenalan dan jiran) makanan yang berbilang, dan mereka akan menghadirkannya kepada mereka (yakni kenalan dan jiran) dengan kepayahan yang bersangatan. Maka, jika ketua pemerintah mahu –dengan sebab kelembutan terhadap rakyat dan belas terhadap ahli keluarga yang dia miliki– menghalang perkara ini secara keseluruhan, agar mereka kembali kepada berpegang dengan Sunnah yang agung, yang dijejak dari Sebaik-baik Makhluk, yang menjaga ke atasnya Tuhannya solat dan salam, di mana dia telah bersabda: ((Buatkanlah kalian untuk keluarga Jaafar makanan)), (adakah) dia akan diberi ganjaran di atas halangannya apa yang dinyatakan? Berikanlah faedah jawapan dengan apa yang dinukilkan dan yang bariskan.


(Jawapan 1)

(Segala puji milik Allah hanya Dia) dan berselawat Allah dan Dia memberikan salam ke atas Penghulu kita; Muhammad, juga ke atas ahli keluarga Baginda, dan para sahabat Baginda, serta orang-orang yang menyusuri jalan mereka sesudah Baginda. Ya Allah! Aku memohon Dikau hidayah kepada yang tepat. Benar; apa yang dilakukan oleh orang ramai yang berupa perhimpunan di sisi keluarga si mati dan membuat makanan, termasuk dari bidaah-bidaah yang mungkar, yang akan diberi ganjaran di atas menghalangnya (pemerintah) yang memegang urusan, semoga Allah tetapkan dengannya tiang-tiang Agama dan Dia bantu dengannya Islam dan Umat Islam.

Telah berkata Al-Allamah Ahmad bin Hajar di dalam (Tuhfah Al-Muhtaj li Syarhika Al-Minhaj): “Dan di sunatkan untuk jiran tetangga keluarganya -iaitu si mati- menyiapkan makanan yang akan mengenyangkan mereka untuk sehari semalam mereka, kerana khabar yang sahih. ((Buatkanlah untuk keluarga Jaafar makanan, kerana telah datang kepada mereka apa yang menyibukkan mereka)). Serta mendesak mereka (yakni keluarga si mati) untuk makan secara mandub, kerana mereka (yakni keluarga si mati) barangkali akan meninggalkannya (yakni makanan) kerana malu, atau kerana semata-mata terkejut. Diharamkan penyediaan (makanan) untuk wanita-wanita meratap kerana ia adalah membantu kepada maksiat. Apa yang dibiasakan yang berupa membuat ahli keluarga si mati makanan untuk mereka ajak orang ramai kepadanya, adalah bidaah yang dibenci – sama seperti sahutan mereka terhadap (jemputan) itu. Kerana apa yang sahih daripada Jarir -رضي الله عنه-: ((Kami dahulu mengira berhimpun kepada ahli keluarga si mati dan pembuatan mereka makanan selepas pengebumiannya adalah dari perbuatan meratap)). Bentuk pengiraannya termasuk dari ratapan adalah melampau mengambil berat dengan urusan kesedihan yang ada padanya. Dari kerana itu dibenci perhimpunan ahli keluarga si mati untuk tujuan takziah, bahkan seharusnya mereka bersurai pada keperluan-keperluan mereka. Sesiapa yang terjumpa mereka, dia akan mengucap takziah kepada mereka”. -tamat nukilan-.

Di dalam hasyiah Al-Allamah Al-Jamal terhadap Syarah Al-Minhaj: “Dan termasuk dari bidaah-bidaah mungkar yang dibenci perlakuannya: Apa yang dilakukan oleh orang ramai dari pengasingan diri, perhimpunan dan empat puluh (hari), bahkan kesemua itu adalah haram jika ia adalah dari harta yang disekat, atau dari mayat yang padanya ada hutang, atau tersusun di atasnya pemudaratan, atau selain itu”. -tamat nukilan-.

Sesungguhnya telah bersabda Rasulullah -صلى الله عليه وسلم- kepada Bilal bin Al-Harth -رضي الله عنه-: ((Wahai Bilal! Sesiapa yang menghidupkan satu sunnah dari Sunnahku yang telah dimatikan sesudahku, adalah untuknya dari ganjaran seumpama sesiapa yang beramal dengannya, tidak mengurangkan dari ganjaran-ganjaran mereka sedikit pun. Sesiapa yang mengadakan satu bidaah kesesatan yang tidak diredhai oleh Allah dan Rasul-Nya, adalah untuknya seumpama sesiapa yang beramal dengannya, tidak mengurangkan dari dosa-dosa mereka sedikit pun)). Dan telah bersabda Baginda -صلى الله عليه وسلم-: ((Sesungguhnya kebaikan ini adalah khazanah-khazanah simpanan. Untuk khazanah-khazanah simpanan berkenaan ada anak-anak kunci. Maka berbahagialah untuk seorang hamba yang dijadikan dia oleh Allah sebagai anak kunci untuk kebaikan dan pengunci untuk keburukan. Kecelakaanlah untuk seorang hamba yang dijadikan dia oleh Allah sebagai anak kunci kejahatan dan pengunci untuk kebaikan)).

Dan tiada syak bahawa menghalang orang ramai dari bidaah yang mungkar ini padanya ada penghidupan untuk Sunnah, pematian untuk Bidaah, pembukaan untuk banyak dari pintu-pintu kebaikan, penguncian bagi banyak pintu-pintu keburukan. Kerana orang ramai akan menanggung tanggungan yang banyak, yang akan membawa kepada perbuatan itu menjadi diharamkan. Allah -سبحانه وتعالى- lebih mengetahui. 

Telah menulisnya, orang yang mengharap dari Tuhannya keampunan: Ahmad bin Zaini Dahlan – Mufti As-Syaafieyyah di Mekah Al-Mahmiyyah – Semoga Allah mengampunkan untuknya, untuk dua ibu bapanya, guru-gurunya dan seluruh Umat Islam.


(Jawapan 2)

(Segala puji milik Allah) dari Yang Memanjangkan Alam Semesta saya meminta dipanjangkan taufik dan bantuan. Benar; Akan diberi ganjaran (pemerintah) yang memegang urusan – semoga Allah menggandakan untuknya ganjaran, dan membantunya dengan bantuannya – kerana menghalang mereka (yakni orang ramai) dari perkara-perkara itu, yang ia termasuk dari bidaah-bidaah yang keji di sisi Jumhur (Para Ulama). Dia (yakni Ibnu Abdidin) berkata di dalam (Radd Al-Muhtar tahta Qaul Ad-Durr Al-Mukhtar) apa yang nasnya: “Dia berkata di dalam Al-Fath: Dan digalakkan untuk jiran-jiran ahli keluarga si mati, dan kaum kerabatnya yang jauh, menyiapkan makanan untuk mereka yang akan mengenyangkan mereka sehari semalam mereka, kerana sabda Baginda -صلى الله عليه وسلم-: ((Buatkanlah kalian untuk keluarga Jaafar makanan, kerana telah datang kepada mereka apa yang menyibukkan mereka)). Dihasankan ia oleh At-Tirmidzi dan disahihkan ia oleh Al-Hakim. Kerana ia adalah kebaikan dan kemakrufan, serta didesak mereka (yakni keluarga si mati) untuk makan, kerana kesedihan akan menghalang mereka dari itu, lalu mereka akan menjadi lemah ketika itu. Dia berkata juga: Dan dibenci sambutan tetamu yang berupa (menghidangkan) makanan oleh ahli keluarga si mati, kerana ia (yakni menjamu makanan) disyariatkan dalam kegembiraan, dan ia adalah bidaah. Telah meriwayatkan Imam Ahmad dan Ibnu Majah dengan sandaran yang sahih, daripada Jarir bin Abdillah, beliau berkata: ((Kami dahulu mengira berhimpun pada ahli keluarga orang yang mati dan pembuatan mereka makanan termasuk dari meratap))”. -tamat nukilan-. Di dalam Al-Bazzaziah: “Dibenci pembuatan makanan pada hari pertama, ketiga, sesudah seminggu, dan pemindahan makanan ke kubur pada musim-musim tertentu” -sehingga akhirnya-. Sempurna (nukilan)nya di dalamnya (yakni di dalam kitab Al-Fatawa Al-Bazzaziyah), sesiapa yang mahu maka hendaklah dia merujuk(nya). Dan Allah -سبحانه وتعالى- lebih mengetahui.

Telah menulisnya khadam Syariah dan Minhaj: Abdur Rahman bin Abdullah Siraj, Al-Hanafi, Mufti Mekah Al-Mukarramah – Semoga menjadi Allah untuk mereka berdua memuji, berselawat dan memberi kesejahteraan.

Telah menjawab dengan yang setara dua jawapan ini, Mufti Pimpinan Ulama Maliki, dan Mufti Pimpinan Ulama Hanbali.



Comments

Popular posts from this blog

ALLAH DIATAS LANGIT DAN BERTEMPAT DILANGIT?

AKIDAH IMAM Abu Uthman al-Sobuni

MALAIKAT MAUT BERNAMA IZRAIL?