ASHA'IRAH ALERGIK KALIMAH فوق atau جهة العلو

Asha'irah sangat alergik pada kalimah فوق atau جهة العلو kerana ia membawa konotasi jisim atau jirim.

Sehinggakan Sheikh Muhammad bin Ibrahim al-Mallali [898H], murid Imam al-Sanusi [895H] berkata TIDAK BOLEH untuk mengatakan Allah di atas arasy:
.
قوله: "أو يكون في جهة للجرم" هذا أيضاً من أنواع المماثلة المستحيلة، وهي كونه تعالى في جهة للجرم، فلا يقال: إن الله تعالى فوق العرش ... لأن ذلك كله من صفات الأجرام
.
"Kata Imam al-Sanusi: "Ataupun Dia berada pada arah berjirim". [Kata al-Mallali]: Ini juga dari cabang-cabang keserupaan yang mustahil, yakni Allah Ta'ala berada pada arah berjirim. Maka tidak boleh kata: Sesungguhnya Allah Ta'ala di atas arasy ... kerana itu semua dari sifat-sifat jirim" [1]
________________

Maka jelas disini lafaz فوق atau جهة العلو jika ditanggung maknanya secara hakiki/zahir, akan membawa lawazim jisim dan jirim.

Sebenarnya, TIADA MASALAH pun jika menyebut lafaz فوق atau جهة العلو sekiranya bermaksud terpisah, tidak meliputi atau tidak bersentuhan dengan makhluk.

Ini digunakan oleh Imam Abu al-Hasan al-Ash'ari [324H], dinukilkan oleh Imam al-Qurtubi [671H] di dalam kitab al-Asna:
.
وهو أن الله سبحانه مستو على عرشه وأنه فوق الأشياء وأنه بائن منها بمعنى أنها لا تحله ولا يحلها ولا يمسها
.
"Dan Dialah Maha Suci Allah itu beristiwa di atas arasy-Nya dan Allah di atas segala makhluk, terpisah dari makhluk dengan makna makhluk tidak meliputi-Nya, dan Allah juga tidak meliputi dan bersentuhan dengan makhluk." [2]
________________

Inilah makna فوق disisi Imam al-Ash'ari, yakni di atas segala makhluk, tidak meliputi dan bersentuhan dengannya.

Namun apabila Imam Ibn Abd al-Bar [463H] menukilkan pandangan Imam al-Ash'ari, beliau dilabel mujassim, walhal ia adalah pendapat Imam al-Ash'ari.

Imam al-Qurtubi di dalam kitab al-Asna menyebut:
.
وقال أبو الحسن في آخر الفصل بعد كلام كثير مع المعتزلة وعلى الآيات ومما يدل على أن الله فوق الأشياء
.
"Telah berkata Abu al-Hasan [al-Ash’ari] pada fasal terakhir selepas banyak berhujah bersama Muktazilah melalui ayat-ayat al-Quran yang menunjukkan bahawa Allah di atas segala makhluk." [3]
________________

وأنه مستو على عرشه كما أخبر في كتابه عن نفسه: أن المسلمين يشيرون بالدعاء إلى السماء وإلى جهة العلو ولا يشيرون إلى جهة الأرض وهذا إجماع منهم

"Bahawasanya Allah beristiwa di atas arasy-Nya sebagaimana dikhabarkan melalui kitab-Nya mengenai diri-Nya: Bahawa orang Islam mengarahkan doa ke arah langit dan juga pada arah yang tinggi, mereka tidak pula mengarahkan pada arah bumi, dan inilah ijma dari mereka." [4]
________________

قلت: هذا كلام الشيخ أبي الحسن وهو الذي نقله أبو عمر واحتج به غير واحد من العلماء أن الله فوق عرشه كما ذكرنا

"Aku [al-Qurtubi] berkata: Inilah kalam Sheikh Abu al-Hasan [al-Ash’ari] yang dinukilkan oleh Abu ‘Umar [Ibn Abd al-Bar] dan dijadikan hujah juga oleh ramai ulama bahawa Allah di atas arasy-Nya sebagaima telah kami sebutkan." [5]
________________

وإنما حملني على ذكر هذا لأن كثيراً من الأصوليين وجهلة المتفقهين يتأول على أبي عمر أنه حشوي قاعد ومجسم ظاهر

"Akan tetapi aku menyebut kalam ini kerana ramai ulama usul dan golongan jahil yang baru belajar fiqh melabel Abu ‘Umar [Ibn Abd al-Bar] bahawa beliau adalah hashwiy dan kepala pengat mujassim." [6]
________________

حتى أن بعض أشياخي أخبرني عمن لقيه أنه كان يقول ينبغي أن تقطع تلك الأوراق من كتبه أو تطمس

"Sehinggakan sebahagian guru-guruku memberitahuku dari orang yang ditemui bahawa hendaklah mengoyak atau dihapuskan lembaran kitab-kitab Ibn Abd al-Bar." [7]
________________

وهذا كلام فيه تحامل لا يصدر مثله إلا عن تجاهل بما قالته قبله العلماء وسطرته في كتبه الأئمة الفضلاء

"Kenyataan ini prejudis, tidak diungkapkan oleh sesiapun melainkan yang jahil akan apa yang telah diungkapkan dan direkodkan oleh ulama sebelumnya di dalam kitab." [8]
________________

Ini jelas kepelikan Asha'irah dek penyakit alergik kalimah فوق. Tidak sedar bahawa itu juga digunakan oleh pengasas mereka.

Kata orang putih: "Throwing stones at one's own home". Nak kritik pandangan orang, tidak sedar rupanya pandangan itu dari pengasas mereka juga.
Wallahualam

Setia Alam

14 Julai 2023 ·


[1] Sharh Um al-Barahin li Ibrahim al-Mallali, ms.67, Cetakan Dar al-Kotob al-Ilmiyah.

[2] Al-Asna li al-Qurtubi, ms.169-170, Cetakan al-Maktabah al-'Asriyyah.

[3-8] Ibidem.


Comments

Popular posts from this blog

ALLAH DIATAS LANGIT DAN BERTEMPAT DILANGIT?

AKIDAH IMAM Abu Uthman al-Sobuni

MALAIKAT MAUT BERNAMA IZRAIL?