BACAAN SELEPAS WITIR

Kenapa baca 'Subhanal Malikil Quddus' selepas witir?

Tadi, kali pertama saya imamkan solat terawih untuk tahun ini.

Jadi selepas witir tadi saya membaca zikir tersebut 3 kali dengan kuat.

سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ

'Subhanal Malikil Quddus'

Sudah pasti ini berbeza dengan amalan kebiasaan masyarakat yang akan berzikir 'Ya Lathif Ya Lathif' selepas witir.

Zikir yang sunnah selepas witir sebagaimana yang diajar oleh Nabi s.a.w ialah 'Subhanal Malikil Quddus' sebanyak 3 kali. Marilah kita hidupkan sunnah ini kerana kita semua mencintai Nabi s.a.w, dan antara bukti cinta ialah menghidupkan sunnah baginda. Zikir yang diajar oleh Nabi s.a.w perlu lebih diutamakan berbanding zikir-zikir lain yang kita baca yang bukan diajar oleh Nabi s.a.w.


*SUNNAH YANG DILUPAKAN: ZIKIR SELEPAS WITIR*

عَنْ أُبَىِّ بْنِ كَعْبٍ، قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَقْرَأُ فِي الْوِتْرِ بِـ { سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الأَعْلَى } وَ { قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ } وَ { قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ } فَإِذَا سَلَّمَ قَالَ " سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ " . ثَلاَثَ مَرَّاتٍ .

Daripada Ubay bin Ka'ab radiallahu 'anhu: Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam akan membaca dalam solat witir surah Al-A'la, Al-Kafirun dan Al-Ikhlas. Selepas memberi salam baginda akan menyebutkan: 'Subhanal Malikil Quddus' (Maha Suci Tuhan Yang Maha Menguasai dan Maha Suci) sebanyak tiga kali.

[Sunan an-Nasaie, Kitab Qiyam al-Lail wa Tathowwu' an-Nahar,hadis no: 1729].


Dalam riwayat lain, daripada Abdul Rahman bin Abza radiallahu 'anhu:

ثَلاَثًا يَرْفَعُ بِهَا صَوْتَهُ .

Baginda sallallahu 'alaihi wa sallam membacanya tiga kali dan menguatkan suaranya. [Sunan an-Nasaie, Kitab Qiyam al-Lail wa Tathowwu' an-Nahar, no: 1752]


Dalam riwayat lain:

يَمُدُّ صَوْتَهُ فِي الثَّالِثَةِ ثُمَّ يَرْفَعُ

Baginda memanjangkan suaranya dan meninggikan suaranya pada bacaan kali yang ketiga. [Sunan an-Nasaie, Kitab Qiyam al-Lail wa Tathowwu' an-Nahar, no: 1753]


Imam an-Nawawi berkata:

يستحب أن يقول بعد الوتر ثلاث مرات " سبحان الملك القدوس "

Disunatkan untuk menyebut selepas witir sebanyak tiga kali 'Subhanal Malikil Quddus'.

[Al-Majmu' Syarah Al-Muhazzab, jilid 3, m/s 508]

#MMMR

Comments

Popular posts from this blog

DOSA DAN ANCAMAN TIDAK MELURUSKAN SAF

IMAM AL GHAZALI KEMBALI KE MAZHAB SALAF (english)

TEMPAT KEDIAMAN IBLIS DI BUMI : BILIK AIR