DOSA DAN ANCAMAN TIDAK MELURUSKAN SAF

Hakikatnya saf terputus seperti sebelah saf wanita ini, boleh mendapatkan dosa dan ancaman lagi.

Sepertimana daripada hadith nabi Sallallahu Alaihi Wasallam  : 

لتسون صفوفكم أو ليخالفن الله بين وجوهكم" متفق عليه.

Luruskan saf-saf kamu ataupun Allah SWT akan memecah belahkan wajah-wajah diantara kamu 

(Muttafaqun Alaih)


ألا تصفون كما تصف الملائكة عند ربها، قلنا: كيف تصف الملائكة عند ربها؟ فقال يتمون الأول ويتراصون في الصف" رواه مسلم وغيره

Adakah kamu tahu bagaimana lurusnya saf-saf para malaikat di sisi TuhanNya?

Kami bertanya: Bagaimana lurusnya saf-saf para malaikat di sisi TuhanNya?

Rasulullah menjawab : Mereka akan menyempurnakan ( memenuhkan) saf-saf yang awal dan kemudian menyatukan didalam saf. 

(HR Muslim)


Bahkan lurusnya saf adalah salah satu tanda kesempurnaan solat.

Bahkan, Khalifah Saidina Umar Al-Khattab tidak memulakan solat sehingga barisan atau saf yang didirikan tidak lurus dan sempurna;

مَا رَأَيْت أَحَدًا كَانَ أَشَدَّ تَعَاهُدًا لِلصَّفِّ مِنْ عُمَرَ أَنْ كَانَ يَسْتَقْبِلَ الْقِبْلَةَ حَتَّى إذَا قُلْنَا قَدْ كَبَّرَ الْتَفَتَ فَنَظَرَ إلَى الْمَنَاكِبِ وَالْأَقْدَامِ وَإِنْ كَانَ يَبْعَثُ رِجَالًا يَطْرُدُونَ النَّاسَ حَتَّى يُلْحِقُوهُمْ بِالصُّفُوفِ

Maksud: “Aku tidak pernah melihat seseorang yang begitu besar perhatiannya terhadap saf malainkan Saidina Umar ibn Al Khattab. Ketika kami semua telah menghadap kiblat dan mula untuk bertakbir, beliau masih menoleh ke belakang dan melihat bahu-bahu dan kaki-kaki kami. Terkadang beliau mengutus seseorang untuk menertibkan jemaah hingga mereka semua saling menempel dalam saf solat”.

(Rujuk kitab Al-Musannaf karangan Ibn Abi Syaibah, jld. 1 m/s 369)


Alangkah ruginya, kerana berpenat lelah untuk pergi ke masjid tetapi mendapat dosa akibat terputusnya saf dengan sengaja.

Berbeza hukumnya kalau tidak sengaja.

Mohon selepas ini dibetulkan saf sepertimana saf-saf lelaki jikalau ingin berjemaah di masjid. 

Kalau tidak, lebih afdhal bagi wanita untuk solat di rumah. Boleh solat ikut kelompok masing-masing di rumah masing-masing.

Huzaifah hadis




Comments

Popular posts from this blog

IMAM AL GHAZALI KEMBALI KE MAZHAB SALAF (english)

TEMPAT KEDIAMAN IBLIS DI BUMI : BILIK AIR