FITNAH TERHADAP SHEIKH HUSSAIN YEE

[FITNAH TERHADAP SHEIKH HUSSAIN YEE OLEH PAGE AHLUSUNNAH WALJAMAAH KELANTAN]

Firdaus Wong Wai Hung
3 Ogos 2017

Seorang individu menghubungi kami melalui 'Private Message' di Page kami bertanyakan adakah betul dakwaan dari page 'Ahlusunnah Waljamaah Kelantan' (ASWAJA Kelantan) ini. Maka kami mengambil langkah menghubungi Sheikh Hussain Yee sendiri bagi mendapatkan kepastian. Apa jua berita yang kami terima kami akan siasat sebelum dikongsikan.

1. Gambar yang digunakan oleh ASWAJA Kelantan ini merupakan gambar 3 tahun lepas semasa pengebumian ayah kepada salah seorang jemaah Al-Khaadem iaitu Amiruddin yang berdiri di sebelah kiri Sheikh Hussain Yee di dalam gambar. FITNAH dari ASWAJA Kelantan.

2. Pada tarikh yang disebut oleh ASWAJA Kelantan, Sheikh Hussain Yee tiada di Melaka tetapi berada di pejabatnya sepanjang pagi dan berkuliah pada sebelah malam. Jelas ianya adalah fitnah dari pihak ASWAJA Kelantan.

3. Sheikh Hussain Yee bukannya baru memeluk Islam tetapi beliau telah memeluk Islam lebih dari 40 tahun. Barangkali ada di kalangan admin ASWAJA Kelantan yang lebih muallaf dari Sheikh Hussain Yee dari segi usia Islamnya.

4. Seruan oleh ASWAJA Kelantan agar Non Muslim yang ingin memeluk Islam untuk memeluk Islam sebagaimana yang dibawa oleh Nabi Sallalahu Alaihi Wa Salam. Alhamdulilah, beribu individu telah memeluk Islam melalui usaha dakwah Sheikh Hussain Yee di seluruh dunia. Apa pula usaha ASWAJA Kelantan dalam berdakwah kepada Non Muslim selain dari menyebarkan fitnah terhadap sesama Muslim?

Hanya dengan menggunakan nama Ahlusunnah Waljamaah tetapi akhlak buruk mengfitnah itu sudah tentunya bukan akhlak ajaran Ahlul Sunnah yang sebenar.

Kami tidak akan bercakap bagi pihak Sheikh Hussain Yee tetapi barangkali beliau akan mengfailkan saman malu terhadap para Admin page ASWAJA Kelantan yang berniat buruk merosakkan imej beliau. Akhir kalam, jemaah mendoakan agar Allah membinasakan mereka yang suka mengfitnah dan semoga doa jemaah dimakbulkan.. Allahuma Ameen.

Admin





3 Ogos 2017 · Sitiawan, Negeri Perak ·


FITNAH OLEH ASWAJA KELANTAN (PAGE : Ahlussunnah Waljamaah Kelantan)
Saya dapati pihak ASWAJA KELANTAN dengan niat buruk telah mengambil gambar Syaikh Hussein Yee Yang boleh jadi diambil dari page saya.

Ternyata gambar ITU saya upload pada tahun 2013.

Manakala ASWAJA KELANTAN membuat pendusta bahawa pada 3/8/2017 berlaku kekecohan Yang diketuai oleh Sheikh Hussein Yee.

Inilah bukti terang yg menunjukkan mereka langsung tiada amanah dalam menaqal ilmu, malah mereka membuat pendustaan.

Mohon share status ini agar masyarakat sedar Akan pendustaan kelompok ASWAJA KELANTAN ini dan sekutu sekutunya.

Semoga Allah memberi kita petunjuk Dan menjauhkan Kita dari pendustaan manusia yg gemar berdusta.





Comments

Popular posts from this blog

ALLAH DIATAS LANGIT DAN BERTEMPAT DILANGIT?

AKIDAH IMAM Abu Uthman al-Sobuni

MALAIKAT MAUT BERNAMA IZRAIL?