KRITIKAN - ARCHIVE
Ahmad Lutfi Abu Faqeh
12 September 2022 ·
Kitab القبورية في اليمن karangan Ahmad Hasan al-Mua'llimi sebuah pengkafiran yang nyata dan terorisme secara terbuka
Oleh : Habib Abdullah Abdul Qadir Al-Habshee (terjemahan dari asal)
1- Pada tarikh 2 /Zulhijjah/1444 yang lalu,
sebelum hari raya Aidiladha tersebar iklan berkenaan akan diadakan satu daurah bagi sebuah buku yang merupakan ringkasan bagi kitab yang berjudul القبورية في اليمن tulisan Ahmad bin Hasan al-Mua'llim. Buku tersebut telah diringkaskan oleh salah seorang salafi Malaysia iaitu Dr Profesor Basri Ibrahim al-azhari. Begitulah beliau menisbahkan dirinya kepada menara ilmu bagi ulama Asya'irah. Saya tidak tahu apa tujuannya beliau melakukan penisbahan seperti ini,kerana fikrah Salafiyyah dalam banyak isu penting dalam akidah sangat bertentangan dengan pegangan akidah Asya'irah yang menjadi dasar pegangan Azhar Syarif dan tokoh-tokoh ulamanya. Namun begitulah beliau telah menisbahkan dirinya. Barangkali supaya dapat melariskan projek bukunya dikalangan masyarakat Malaysia yang bermazhab Shafi'i dan berakidah Asy'ari.
2- Apapun, ketika melihat iklan tersebut, saya berazam untuk hadir kesana supaya dapat mendengar dan melihat sendiri apa yang mereka akan sebut dan bentangkan. Mereka telah menetapkan tiga orang dari kalangan tokoh mereka untuk mensyarahkan buku ini dan diantara mereka Dr Ibrahim orang yang bertanggungjawab meringkaskan kitab asal. Saya berniat untuk berbahas dengan mereka khususnya Dr Ibrahim. Ini kerana saya tahu benar isi kitab asal dan segala tuduhan, penyelewengan, pembohongan, pengkafiran secara terang-terangan serta terosime terbuka yang sedikit pun tidak disembunyikan oleh pengarang bahkan dia menyebutnya secara terbuka dan terang-terangan
3-Saya menghadiri daurah tersebut bersama beberapa orang tempatan. Saya duduk dengan penuh sabar menahan telinga pengkafiran dihalakan kepada ulama negara saya,mazhab dan tariqah saya, guru-guru saya. Mereka dituduh secara dusta dan fitnah dengan dengan syirik,kufur,sembah kubur dan segala macam bentuk kejian yang buruk
4- Saya merasa begitu hairan bagaimana ia boleh berlaku di Kuala Lumpur bandar bermazhab Shafi'i Asy'ari Sunni? Bagaimana boleh dibenarkan tanpa ada sebarang pemantauan dan tindakan, fikrah Daesh Al-Qaeda disebarkan , dibuat seminar dan syarahan yang sarat dengan mensyirikkan dan membid'ahkan orang ramai.
5- Sebabnya adalah semua tuduhan yang mereka lemparkan kepada orang Hadramaut dan ulamanya boleh dikatakan 95% tanpa ragu-ragu ada di Malaysia juga ,namun mereka tidak menyentuh Malaysia tetapi pergi jauh ke Hadramaut sedangkan apa yang mereka bantah itu berlaku juga di Malaysia. Adakah mereka mempunyai agenda tertentu. Pembaca yang bijak boleh membuat kesimpulan sendiri
6- Selepas pembentang pertama selesai menjelaskan bahagian pertama dari buku ringkasan yang menjadi tanggungjawabnya ,saya mahu berbahas dengannya tetapi pihak urusetia menolak dengan alasan daurah ini bukan untuk berbahas ,hanya dibenarkan mengajukan soalan sahaja.
7- Dipertengahan majlis, dengan penuh ihtiram pihak urusetia telah menyediakan kepada saya kemudahan untuk berkomunikasi dengan salah seorang pembentang secara maya. Saya mula mengajukan beberapa persoalan. Soalan pertama telah memberatkan mereka kerana ia telah menghancurkan asas kitab asal. Pembentang menggelabah dan tidak memberikan jawapan yang memuaskan.
8- Soalan saya seperti berikut,ia berdasarkan laras dan metode Salafiyyah
" Bagi menukilkan sesebuah khabar, disyaratkan perawinya seorang yang boleh dipercayai ingatan dan keperibadiannya dan seseorang itu tidak dihukum sebagai boleh dipercayai melainkan dengan pengiktirafan dari ahli jarh dan ta'dil. Banyak kisah tentang ahli Hadramaut yang Sheikh Ahmad Mua'llim nukilkan didalam kitabnya. Kisah-kisah itu menjadi asas kepada tuduhan kufur,syirik dan bida'h yang ia lemparkan terhadap mereka. Persoalannya,adakah Sheikh Mua'llim seorang yang boleh dipercayai? Begitulah soalan yang saya kemukakan kepada mereka. Kemudian saya susuli dengan keterangan bahawa Sheikh Mua'llim bukan orang yang thiqah menurut kacamata guru-gurunya yang utama dari kalangan masyaikh Salafiyyah di Yaman iaitu Muhaddith Salafi Sheikh Muqbil bin Hadi al-Wadaie yang digelar oleh Salafi sebagai محدث اليمن
9- Saya telah sebut kepada pembentang itu tiga teks keterangan dari Sheikh Muqbil al-Wadaie yang dipetik dari kitab
اعلام الأجيال بكلام الإمام الوداعي في الرجال
Didalam kitab ini Sheikh Muqbil telah menggurkan Sheikh Hasan dari senarai boleh dipercayai dengan menjarahnya serta menyifatkannya sebagai seorang yang mempunyai pelbagai muka, oportunis,lebih mengutamakan kepentingan peribadi berbanding akidah dan pegangan. Sheikh Muqbil menuntut supaya dia bertaubat serta kembali kepada Allah.
10- Pembentang tadi terkejut dan menggelabah bila mendengar teks-teks keterangan yang saya bawa apatah lagi ia merupakan perkataan Sheikh mereka sendiri lalu dia tidak mampu menjawabnya ditambah pula aku telah menyebutnya bersama mukasurat dan cetakan sekali. Dia hanya boleh berkata ,ini adalah urusan peribadi antara dua guru tiada kaitan dengan jarh ta'dil
11- Kemudian datang pembentang kedua , dia menyampaikan syarahan bahagian kedua buku,kami berbahas dalam bentuk mengajukan soalan. 7 minit sahaja yang dibenarkan kepada saya . Pembentang kedua menyatakan Dr Ibrahim yang meringkaskan kitab akan datang nanti. Saya pun menunggu kedatangannya. Malangnya saya diberitahu Dr akan datang selepas Maghrib dan saya pula sudah ada urusan yang disusun selepas Maghrib. Saya pelik, sejak dari pagi saya sudah berada disitu menunggu beliau, saya jangka beliau akan datang tepat pada waktu yang ditetapkan selepas Asar sejam setengah sebelum Maghrib tetapi beliau tidak hadir . Mungkin berita kedatangan beberapa orang 'penyibuk' dari kalangan pelajar ilmu dari Hadramaut turut serta dalam majlis untuk berbahas , disebabkan itulah beliau tarik hand break berundur kebelakang
12- Saya merasa begitu kesal, semua masyarakat awam di Malaysia tidak mengetahui hakikat siapa dia Ahmad Hasan al-Mua'llim. Barangkali yang membuat pembentangan bahkan yang meringkaskan kitab sendiri tidak kenal Sheikh Hasan al-Mua'llim
* Mereka tidak tahu yang Sheikh Hasan salah seorang tulang belakang gerakan ekstrimis Juhaiman dan perancangnya
* Mereka tidak tahu semua buku-buku Jahmiyan yang menjadi pencetus kepada fikrah jihadi ekstrim adalah dari acuan Ahmad Hasan al-Mua'llim
* Mereka tidak tahu yang Ahmad Hasan al-Mua'llim tangan kanan kepada Juhaiman dan salah seorang penasihat kepadanya
* Mereka tidak tahu bahawa Sheikh Hasan telah dipenjarakan di Saudi selama tujuh tahun dengan persetujuan masyaikh Salafi disana Sheikh Bin Baz, Soleh Uthaimin, Al-Jazairi dan tokoh-tokoh ulama mereka pada zaman itu
* Mereka tidak tahu yang Sheikh Hasan mendokong ideologi takfiri jihadi ekstrim Sayyid Qutb. Boleh dilihat dalam banyak bahagian kitab ini beliau banyak memuji Sayyid Qutb serta menukilkan darinya sebagai asas dan dasar kitab القبورية في اليمن
* Mereka tidak tahu bahawa anaknya Ibrahim bin Ahmad bin Hasan telah ditangkap di Jordan pada tahun 2017 bersama kelompok kumpulan yang beraliran Daesh saat mereka merancang untuk melaksanakan beberapa misi. Selepas diselidiki dapatan menunjukkan Ibrahim datang atas dorongan dan persetujuan dari bapanya
* Mereka tidak tahu bahawa selepas keluar buku al-Quburiyyah dengan segala fikrah takfir dan tasyrik nya gerakan Ansar Sunnah cabangan al-Qaeda telah menjadikannya sebagai hujah bagi siri-siri pengeboman kubur-kubur dan kubah-kubah membakar mayat selepas dibongkar dari kubur serta melakukan siri-siri penculikan. Barangkali Sheikh Ahmad tidak mengetahui kesan yang dicetuskan oleh kitabnya tetapi itulah yang telah terjadi dan akan terus terjadi,setiap kali bara mereka terpadam akan berhembus lagi angin yang menyalakannya.
13- Mungkin ada yang bertanya, mana dalil kamu bagi semua tuduhan-tuduhan yang merbahaya ini?
Aku jawab : Ini bukan tuduhan..Cukup saya nukilkan catatan yang tertera didalam buku-buku mereka sendiri yang ditulis dengan tangan mereka sendiri. Kamu boleh ambil catatan berikut bersama mukasurat dan versi cetakan. Saya akan lampirkan gambarnya didalam sebaran ini. Boleh tengok sendiri untuk kepastian
(Kemudian Habib telah membawa teks-teks sebagai rujukan bagi dakwaan -dakwaan terhadap Ahmad Hasan al-Mua'llim boleh rujuk didalam post beliau https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=900473894246113&id=100028505329882)
Akhirnya..
Sebenarnya saya tidak mahu menulis tentang isu ini tetapi oleh kerana selepas saya dijanjikan akan ada tindakan susulan ,namun malangnya apa yang saya lihat isu ini diambil mudah dan bersikap dingin dalam menanganinya.
Sikap tidak ambil peduli dengan tuduhan-tuduhan mengkafirkan dan mensyirikkan ulama-ulama besar umat ini dari kalangan ahli Yaman khususnya Hadramaut menjadi loceng amaran datangnya malapetaka besar yang menghampiri bumi Malaysia dan penduduknya iaitu apabila tersebar buku seperti ini dikalangan masyarakat awam yang mengandungi elemen ideologi terorisme yang membahayakan. Wajib isu ini dijelaskan sebagai melaksanakan tanggungjawab menyampaikan kebenaran
14- Wahai penduduk Malaysia, berhati-hati dengan beban yang dibawa oleh buku ini yang sangat merbahaya. Lembaran-lembarannya membawa ideologi Daesh dan al-Qaeda , mengkafirkan, membid'ahkan dan banyak lagi. Jangan sampai berlaku dinegara ini apa yang telah berlaku di negara-negara Arab
وقد أعذر من أنذر
" Sesungguhnya orang yang telah memberi amaran dimaafkan dari hukuman "
Comments
Post a Comment