MAKAN SAHUR KETIKA AZAN?
Tiada teks hadith seumpama ini. Apa yang ada setakat yang saya cari ialah hadith :
إذا سمع أحدكم النداء والإناء في يده فلا يضعه حتى يقضي حاجته منه
Apabila kamu mendengar azan sedangkan gelas/bejana berada ditangannya maka hendaklah dia jangan meletakkannya sehingga selesai hajatnya.
(Sunan Abi Daud - 2350)
Dikeluarkan juga oleh Ahmad didalam Musnadnya (9434) dan ( 10629), at-Tabrani didalam tafsirnya ( 3015), ad- Daruqutni didalam Sunannya ( 2182) al-Hakim didalam al-Mustadrak ( 1/203) dan al- Baihaqi didalam Sunan al- Kubra ( 4/218) daripada jalur Hammad bin Salamah.
Mungkin penterjemah salah didalam terjemahan daripada bekas berisi air kepada pinggan.
Hakikatnya sahur di zaman Rasulullah sangat ringkas, bukan macam zaman kita yang penuh dengan lauk pauk, nasi dsb.
Dalam hadith lain Rasulullah menyebut:
لا يمنعن أحدكم أذان بلال من سحوره فإنه يؤذن أو قال ليرجع قائمكم وينتبه نائمكم وليس الفرج ان يقول هكذا
Janganlah kamu menegah salah seorang dikalangan kamu sahurnya dengan azannya Bilal kerana beliau azan bagi menyedarkan kamu daripada qiam kamu ataupun untuk mengejutkan kamu daripada tidur kamu. Bukanlah fajar yang dimaksudkan dengannya
(Abu Daud -2347)
Hadith ini sanadnya sahih.
Dikeluarkan juga oleh Bukhari didalam Sahihnya ( 261), ( 5298), (7247), Muslim ( 1093), Ibnu Majah DLL.
Dalam hadith lain :
لا يمنعن من سحوركم أذان بلال ولا بياض الأفق الذي هكذا حتى يستطير
Janganlah sahur kamu menegah dengan (mendengarnya) azan Bilal dan juga cahaya putih daripada ufuk hinggalah cahaya itu terang menyinar
(Abi Daud -2346)
Hadith ini sahih dan sanadnya bertaraf Hasan.
Dikeluarkan juga oleh Muslim (1094), Tirmizi (715), an- Nasaie didalam Sunan al- Kubra ( 2492)
Pada zaman Rasulullah azan untuk subuh dikumandangkan sebanyak 2 kali. Kali pertama azannya Bilal bagi membangunkan orang untuk sahur dan bersiap solat subuh.
Azan kedua dikumandangkan oleh Abdullah bin Umi Makhtum yang menandakan masuknya waktu subuh.
Jarak antara azan pertama dengan azan kedua lebih kurang 50 ayat.
Di negara kita azan sekali sahaja, cuma di sebahagian tempat, mereka tukarkan azan pertama dengan bacaan tarhim.
Jadi hadis tentang "apabila salah seorang dikalangan kamu mendengar azan" itu ialah dalam konteks azan Bilal. Bukannya azan Abdullah bin Umi Makhtum.
Kalau zaman kita, bila dah dengar azan, memang perlu berhenti makan atau minum kerana sudah masuknya waktu subuh/fajar sadiq. Ini kerana azan kita mengikuti azannya Abdullah bin Umi Makhtum.
Wallahualam.
Comments
Post a Comment