AKIDAH IMAM Abu Uthman al-Sobuni

  Pada 2016, ada seorang ustaz gelarkan Abu Uthman al-Sobuni sebagai mujassim.  Dalam podcast terbaru,  Dr Umar pula menyatakan bahawa Abu Uthman al-Sobuni berakidah Asyairah.


Terima kasih Dr Umar kerana menyebut nama al-Sobuni. Karya beliau Aqidah al-Salaf wa Ashab al-Hadith sangat baik. Kaliber beliau pada zamannya sehinggakan tokoh-tokoh Asyairah jugak duduk di majlisnya. Inilah sepatutnya berlaku di negara kita. Dr Umar juga kata kita kena lihat apa pandangannya sendiri dalam kitab beliau.  Mari kita lihat nukilan-nukilan menarik daripada kitab beliau.


Al-Sobuni berkata:


فيقولون: إنه خلق آدم بيديه، كما نص سبحانه عليه في قوله عز من قائل: {قَالَ يَا إِبْلِيسُ مَا مَنَعَكَ أَنْ تَسْجُدَ لِمَا خَلَقْتُ بِيَدَيَّ} [ص:٧٥]، ولا يحرفون الكلم عن مواضعه بحمل اليدين على النعمتين أو القوتين، تحريف المعتزلة الجهمية أهلكهم الله


Maksudnya: Mereka (ahli hadis) berkata: Sesungguhnya Dia menciptakan Adam dengan dua tangan-Nya seperti mana yang Dia mahasuci-Nya naskan dalam firman-Nya:


Allah berfirman: " Hai lblis! Apa yang menghalangmu daripada turut sujud kepada (Adam) yang Aku telah ciptakan dengan dua tangan-Ku?


Mereka tidak menyelewengkan kata-kata dari kedudukannya dengan menjadikan makna dua tangan itu dengan dua nikmat atau 2 kekuatan seperti penyelewengan Muktazilah dan Jahmiyyah moga Allah binasakan mereka.


Jelas di sini al-Sobuni tidak bersetuju dengan takwilan sifat tangan dengan makna kuasa atau kudrat..


Mungkin ada sebahagian pihak cuba mendakwa kebarangkalian al-Sobuni berpegang kepada tafwidh mutlak iaitu menyerahkan makna perkataan yad kepada Allah.


Saya berpandangan bahawa kebarangkalian ini agak jauh. Ini kerana al-Sobuni menjelaskan:


وكذلك يقولون في جميع الصفات التي نزل بذكرها القرآن، ووردت بها الأخبار الصحاح من السمع، والبصر، والعين، والوجه، والعلم، والقوة، والقدرة، والعزة، والعظمة، والإرادة، والمشيئة، والقول، والكلام، والرضا، والسخط، والحب والبغض، والفرح، والضحك وغيرها، من غير تشبيه لشيء من ذلك بصفات المربوبين المخلوقين، بل ينتهون فيها إلى ما قاله الله تعالى، وقاله رسوله صلى الله عليه وسلم من غير زيادة عليه، ولا إضافة إليه، ولا تكييف له، ولا تشبيه، ولا تحريف، ولا تبديل، ولا تغيير، ولا إزالة للفظ الخبر عما تعرفه العرب وتضعه عليه بتأويل منكر يستنكر، ويجرونه على الظاهر، ويكلون علمه إلى الله تعالى، ويقرون بأن تأويله لا يعلمه إلا الله


Maksudnya: Begitu juga mereka (ahli hadis) berkata pada setiap sifat yang al-Quran sebutkan dan hadis-hadis sahih bawakan daripada sifat mendengar, melihat, mata, wajah, ilmu, kekuatan, kudrat, kemuliaan, keagungan, kemahuan, kehendak, berkata, kalam, reda, murka, sayang, benci, gembira, ketawa dan sifat selainnya tanpa menyamakan setiap daripadanya dengan sifat makhluk. Bahkan mereka berhenti dalam perkara ini di mana yang Allah taala firmankan dan apa yang Rasul-Nya sabdakan tanpa membagaimanakan, menyamakan, menyeleweng, menggantikan, menukar, menghilangkan lafaz khabar tersebut daripada apa yang diketahui oleh orang Arab dan meletakkan takwil pelik yang diingkari, mereka melalukannya dengan zahirnya, menyerahkan ilmunya kepada Allah dan mengakui bahawa takwilannya tidak ada siapa yang mengetahuinya melainkan Allah...


Cuba lihat sifat mendengar, melihat dan kalam yang digandingkan dengan sifat tangan. Jika sifat tangan itu tidak ada makna atau dilarang untuk diterjemahkan, maka sifat mendengar, melihat dan kalam juga tidak ada maknanya dan tidak boleh diterjemahkan kerana kesemuanya adalah sifat Allah yang interaksi ahli hadis terhadapnya adalah sama di sisi al-Sobuni. Adakah Asyairah di Malaysia menolak terjemahan sifat mendengar, berkata dan melihat Allah? Kita lihat ramai asatizah Asyairah menetapkan makna bagi sifat mendengar, melihat dan kalam.


Atau adakah Asatizah Asyairah boleh menerima penetapan makna bagi sifat tangan Allah yang tidak sama dengan makhluk sepertimana mereka menerima penetapan makna bagi sifat mendengar, melihat dan kalam?


Jika mereka boleh menerima penetapan makna sifat-sifat ini dengan iktikad ia tidak sama dengan makhluk maka inilah akidah yang dipegang oleh DYMM Raja Pemerintah dan autoriti agama Perlis.


Dr Rozaimi Ramle



Comments

Popular posts from this blog

DOSA DAN ANCAMAN TIDAK MELURUSKAN SAF

IMAM AL GHAZALI KEMBALI KE MAZHAB SALAF (english)

TEMPAT KEDIAMAN IBLIS DI BUMI : BILIK AIR