MEMINTA KEPADA MALAIKAT ISTIGHASAH

Ada PhD pun tak cerdik.

Penjelasan panjang lebar tentang hadis ini sudah saya tulis tahun lepas. Di sini saya kongsikan semula untuk penilaian semua.

______________________________________________

Seorang sahabat bertanya tentang hadis yang digunakan untuk mengharuskan istighāthah, iaitu hadis Ibnu ‘Abbās RA yang berbunyi:

إِنَّ لِلَّهِ مَلائِكَةً فِي الأَرْضِ سِوَى الْحَفَظَةِ، يَكْتُبُونَ مَا سَقَطَ مِنْ وَرَقِ الشَّجَرِ، فَإِذَا أَصَابَ أَحَدَكُمْ عَرْجَةٌ بِأَرْضٍ فَلاةٍ فَلْيُنَادِ : أَعِينُوا عِبَادَ اللَّهِ.

“Sesungguhnya Allah mempunyai beberapa orang malaikat di bumi selain malaikat ḥafaẓah (penjaga) yang mencatat setiap daun yang gugur. Oleh itu, apabila ada antara kalian yang menghadapi ‘arjah (kesulitan?) di tempat yang kosong, maka serulah ‘tolong, hamba-hamba Allah’.”

Di sini saya simpulkan jawapan daripada dua buah artikel dalam laman al-Islām Su’āl wa-Jawāb (Islam QA) dan sebuah artikel dalam laman Markaz Salaf (Salaf Centre) bersama taṣarruf dan penambahan daripada sumber lain dan saya sendiri untuk manfaat bersama:

1. Hadis ini ḍa‘īf kerana dua ‘illah:

Pertama, madārnya, Usāmah b. Zayd al-Laythī bermasalah. Ia dianggap thiqah oleh sebahagian dan dilemahkan oleh sebahagian yang lain disebabkan beberapa hadis munkar yang diriwayatkannya. Daripada situ Ibnu Ḥajar dalam Hady al-Sārī mengatakannya mukhtalaf fī-hi dan dalam Taqrīb al-Tahdhīb pula beliau menghukumnya ṣadūq yahim, sama seperti pendapat al-Dhahabī dalam al-Mughnī, tetapi di tempat lain al-Dhahabī mengatakannya “ṣadūq ḥasan al-ḥadīth, dan zahirnya ia thiqah. Kata al-Nasā’ī, ‘ia tidak kuat’.”

Kedua, hanya Ḥātim b. Ismā‘īl dalam riwayat al-Bazzār yang meriwayatkannya daripada Usāmah secara marfū‘ manakala empat murid Usāmah sebagaimana dalam riwayat Ibnu Abī Shaybah dan al-Bayhaqī meriwayatkannya secara mawqūf. Jadi, riwayat secara marfū‘ bukan sahaja tidak sahih, malah munkar kerana bercanggah dengan riwayat yang lebih ramai.

2. Namun begitu, hadis Ibnu ‘Abbās ini mempunyai shāhid daripada dua hadis berikut:

Pertama, hadis Ibnu Mas‘ūd RA:

إذا انفلتت دابَّة أحدكم بأرض فلاةٍ فليناد: يا عباد الله، احبسوا، يا عباد الله، احبسوا، فإن لله حاضرًا في الأرض سيحبسه.

“Sekiranya haiwan tunggangan seseorang kamu lari di tempat yang kosong orang maka serulah ‘wahai hamba-hamba Allah, tangkaplah’ kerana Allah mempunyai seseorang yang berada di bumi yang akan menangkapnya.”

Hadis ini ḍa‘īf kerana dua ‘illah: pertama, kelemahan atau jahālah Ma‘rūf b. Ḥassān; dan kedua, tadlīs Qatādah.

Kedua, hadis ‘Utbah b. Ghazwān RA:

إذا أضل أحدكم شيئًا، أو أراد أحدكم عونًا، وهو بأرض ليس بها أنيس، فليقل: يا عباد الله، أغيثوني، يا عباد الله، أغيثوني، فإن لله عبادًا لا نراهم.

“Sekiranya ada antara kamu kehilangan sesuatu atau mahukan pertolongan sedangkan ia berada di tempat yang tidak ada penghuni, hendaklah ia mengatakan ‘wahai hamba-hamba Allah, tolonglah aku. Wahai hamba-hamba Allah, tolonglah aku’ kerana Allah mempunyai hamba-hamba yang tidak kita nampak.”

Hadis ini juga ḍa‘īf kerana tiga ‘illah: pertama, kelemahan ‘Abd al-Raḥmān b. Sharīk; kedua, kelemahan Sharīk b. ‘Abd Allāh; dan ketiga, inqitā‘ antara Zayd b. ‘Alī dan ‘Utbah.

3. Walau bagaimanapun, hadis ini yang secara marfū‘ dihukum hasan oleh sebahagian ulama dan yang secara mawquf pula mengikut Syeikh al-Albānī:

وهذا إسناد حسن كما قالوا، فإن رجاله كلهم ثقات غير أسامة بن زيد وهو الليثي وهو من رجال مسلم، على ضعف في حفظه...

“Dan ini isnād yang hasan seperti yang dikatakan oleh mereka, kerana rawi-rawinya semuanya thiqah melainkan Usāmah b. Zayd iaitu al-Laythī dan ia termasuk rawi Muslim dengan kelemahan pada hafalannya…”

4. Atas dasar hadis ḍa‘īf boleh diamalkan, mengamalkan athar sahabat, menguatkan hadis ini dengan banyaknya jalan, atau apa-apa sebab lain, sebahagian ulama mengamalkan hadis ini, termasuklah:

Pertama, Imam Aḥmad b. Ḥanbal. Kata ‘Abd Allāh, anak Imam

Aḥmad bahawa ayahnya berkata:

حججت خمس حجج منها ثنتين [راكبا] وثلاثة ماشيا، أو ثنتين ماشيا وثلاثة راكبا، فضللت الطريق في حجة وكنت ماشيا، فجعلت أقول: (يا عباد الله دلونا على الطريق!) فلم أزل أقول ذلك حتى وقعت على الطريق.

“Aku mengerjakan haji sebanyak lima kali, dua kali dengan menunggang dan tiga kali dengan berjalan kaki – atau dua kali berjalan kaki dan tiga kali dengan menunggang – lalu aku tersesat dalam satu kali yang aku pergi dengan berjalan kaki. Aku pun berkata, ‘wahai hamba-hamba Allah, tunjuklah jalan kepada kami.’ Aku tidak henti-henti mengucapkannya sehingga aku berada di atas jalan (yang sebenar).’

Kedua, guru kepada Imam al-Nawawī dan beliau sendiri. Kata al-Nawawī:

حكى لي بعض شيوخنا الكبار في العلم أنه أفلتت له دابّة -أظنُّها بغلة- وكان يَعرفُ هذا الحديث، فقاله، فحبسَها الله عليهم في الحال، وكنتُ أنا مرّةً مع جماعة، فانفلتت منها بهيمةٌ وعجزوا عنها، فقلتُه، فوقفت في الحال بغيرِ سببٍ سوى هذا الكلام.

“Sebahagian guru kami yang hebat ilmunya bercerita kepadaku bahawa tunggangannya terlepas – aku rasa baghal betina – dan dia mengetahui hadis ini, lalu dia pun menyebutnya dan Allah pun menangkapkannya kepada mereka serta-merta. Aku sendiri pernah sekali bersama satu jemaah dan seekor haiwan terlepas dan mereka tidak mampu menangkapnya. Aku pun mengucapkannya dan dia berhenti serta-merta tanpa apa-apa sebab selain ucapan ini.”

Kata al-Bazzār, “terbukti berhasil” dan kata al-Bayhaqī, “diamalkan oleh ahli-ahli ilmu yang soleh kerana ada benarnya mengikut pengalaman mereka.”

5. Hadis atau athar serta amalan ulama muktabar ini menimbulkan kemusykilan kerana zahirnya bercanggah dengan tauhid ulūhiyyah yang tidak membenarkan makhluk menyeru makhluk lain untuk mendapatkan bantuan. Sebagai jawapan dijelaskan bahawa yang disebutkan dalam hadis atau athar ini adalah istighāthah yang dibenarkan kerana ḍawābiṭ istighāthah yang dihukum syirik ialah:

a. Makhluk yang diseru sudah mati

b. Makhluk yang diseru tidak ada di tempat kejadian

c. Pertolongan yang diminta menjangkaui kemampuan yang dimiliki oleh makhluk

Adapun hadis ini menyebut bahawa makhluk yang diseru itu adalah malaikat yang berada di tempat kejadian, pada masa yang sama mereka hidup dan mampu memberi pertolongan.

Perkara ini dijelaskan dalam banyak kesempatan oleh Imam Ibnu Taymiyyah, antaranya:

وَالِاسْتِغَاثَةُ : طَلَبُ الْغَوْثِ ، وَهُوَ إزَالَةُ الشِّدَّةِ ، كَالِاسْتِنْصَارِ طَلَبُ النَّصْرِ ، وَالِاسْتِعَانَةِ طَلَبُ الْعَوْنِ ، وَالْمَخْلُوقُ يُطْلَبُ مِنْهُ مِنْ هَذِهِ الْأُمُورِ مَا يَقْدِرُ عَلَيْهِ مِنْهَا... وَأَمَّا مَا لَا يَقْدِرُ عَلَيْهِ إلَّا اللَّهُ ؛ فَلَا يُطْلَبُ إلَّا مِنْ اللَّهِ.

“Dan istighāthah ialah meminta bantuan iaitu menghilangkan kesusahan seperti meminta pertolongan. Isti‘ānah meminta pertolongan. Makhluk diminta daripadanya daripada perkara-perkara ini sesuatu yang mampu dilakukannya… Adapun yang tidak mampu dilakukan kecuali oleh Allah, maka tidak diminta kecuali oleh Allah.”

Katanya juga:

وَقَدْ مَضَتْ السُّنَّةُ أَنَّ الْحَيَّ يُطْلَبُ مِنْهُ الدُّعَاءُ كَمَا يُطْلَبُ مِنْهُ سَائِرُ مَا يَقْدِرُ عَلَيْهِ ، وَأَمَّا الْمَخْلُوقُ الْغَائِبُ وَالْمَيِّتُ ، فَلَا يُطْلَبُ مِنْهُ شَيْءٌ.

“Telah berlalu sunnah bahawa yang hidup diminta daripadanya doa sebagai diminta daripadanya semua yang mampu dilakukannya. Adapun makhluk yang tidak ada sudah mati, maka tidak diminta daripadanya sesuatu pun.”

6. Seperti yang dijelaskan tadi, ketiga-tiga riwayat tidak sahih dan yang paling sahih adalah hadis Ibnu ‘Abbās RA yang mawqūf sanadnya dan boleh dikatakan marfū‘ hukumnya. Jika hendak dikuatkan bi-majmū’ al-ṭuruq, maka yang boleh dijadikan pegangan atau amalan adalah makna atau kadar mushtarak sahaja. Jadi sesiapa yang ingin mengamalkan hadis ini mestilah mengambil kira perkara-perkara berikut:

a. Yang dimaksudkan dengan “hamba-hamba Allah” hanyalah malaikat seperti yang disebut dalam hadis Ibnu ‘Abbās. Jadi, tidak boleh menqiyāskannya dengan makhluk lain.

b. Situasi yang dibenarkan menyebut ungkapan tersebut adalah ketika di tempat sunyi dan terpencil sahaja sebagaimana yang disebut dalam ketiga-tiga hadis.

c. Lafaz yang digunakan adalah “hamba-hamba Allah” sahaja, bukan “wahai malaikat” dan seumpamanya kerana ketiga-tiga hadis bersepakat menggunakan lafaz ini, dan ia mengandungi makna kehambaan dan kebergantungan malaikat yang diseru itu kepada Allah.

d. Pertolongan yang diminta adalah yang berkait dengan masalah yang sedang dihadapi dalam situasi itu sahaja, bukan supaya disembuhkan penyakit, beroleh rezeki yang banyak, syafaat di akhirat, dan sebagainya.

e. Kata-kata itu diucapkan dalam bentuk laungan, bukan diucapkan secara berbisik atau merintih seperti berdoa kepada Allah SWT.

Menarik untuk disebutkan di sini, disebutkan dalam Dhamm al-Kalām wa-Ahli-hi oleh al-Harawī (481 H) bahawa Imam Ibnu al-Mubārak pernah tersesat dalam perjalanan. Beliau diberitahu tentang hadis tadi, tetapi beliau bertawaqquf untuk mengamalkannya. Katanya:

فجعلت أطلب الجزء، أنظر إسناده.

“Aku pun mula mencari kitab untuk menyemak sanadnya.”

Ulas al-Harawī, “beliau tidak membenarkan dirinya menyeru dengan sesuatu yang dia tidak berpuas hati dengan sanadnya" dan ini bermakna ulama tidak sepakat mengamalkan riwayat yang tidak sahih walaupun dalam hal yang tidak bersangkutan dengan hukum. Tetapi, boleh jadi juga bahawa punca Ibnu al-Mubārak bertawaqquf adalah kerana kejanggalan matannya. Walau bagaimanapun, sanad athar Ibnu al-Mubārak ini tidak disebut untuk disahkan.

Wallahualam.

Pautan artikel saya:

https://www.facebook.com/penerbitan.alkutawi/posts/pfbid02YQfkXFUbJKZbK8Xxg36MEhbMoxJtpSpmD4AbFHTFfMmcECX6hE2iEuH9A4b9xHp7l

Pertama, Imam Aḥmad b. Ḥanbal. Kata ‘Abd Allāh, anak Imam Aḥmad bahawa ayahnya berkata:

Pautan "ada PhD tapi tak cerdik":

https://www.facebook.com/mohd.asyran.kamaruzaman/posts/pfbid0VEejQDHcGYeS4imQLxWTirgRJbngKyXsJhBwBTwbPpgY9ozTeL1smBHQGmqN1p8kl

Mohd Safwan
3d

BENARKAH MINTA TOLONG DENGAN MALAIKAT JADI SYIRIK TERUS???

Nabiy sendiri yang ajar minta tolong dengan Malaikat. Takkanlah syirik? Ni hadith Nabiy ajar minta tolong malaikat kalau sesat di jalanan:

عن ابن عباس أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : ( إن لله عز و جل ملائكة سوى الحفظة يكتبون ما سقط من ورق الشجر فإذا أصاب أحدكم عرجة بأرض فلاة فليناد أعينوا عباد الله يرحمكم الله تعالى )

Mafhumnya: Daripada Ibn Abbas (Semoga Allah meredhai keduanya) bahawasanya Rasulullah Sollallahu 'alayhi wasallam bersabda: "Sesungguhnya Allah mempunyai malaikat selain malaikat hafazah, malaikat itu menulis setiap helaian daun yang gugur daripada pohon-pohon, apabila salah seorang kalian mengalami kesukaran (mencari jalan pulang kerana sesat) di hamparan padang pasir yang terbentang maka hendaklah dia menyebut 'Wahai Hamba Allah (yakni malaikat tersebut) Tolonglah!' Maka Allah akan merahmati kamu (dengan bantuan malaikat itu)"

Contoh mudah:

Kita tinggalkan anak di asrama, pesan kat pengurusan sekolah, jaga anak saya. Takkan syirik?

Malaikat dengan warden mana afdhal?
Kalau minta dengn warden pun tak syirik, kenapa minta malaikay jadi syirik?

Ni orang kata mengaji dengan literalis tak habis. Akhirnya memperbodohkan akal. Lagi satu, ini bukan bab Tawassul walaupun ia ada kaitan. Ini Bab Isti'anah dan Istighatsah.

Contoh Istighastah:

"Kerajaan tolonglahhhhhh turunkan taarif elektrik dan harga petrol, kami rakyat ni sengsara!"

Takkanlah ini jadi syirik?

Kenapa minta Kerajaan, kenapa tak minta Allah??

Tu kena faham masalah kalam zahir atas jalan sebab (majazi) dan kalam atas jalan hakikat!

Mengajilah! Supaya kita lebih faham.

Dr. Asyran
PhD Usuluddin UKM

Comments

Popular posts from this blog

ALLAH DIATAS LANGIT DAN BERTEMPAT DILANGIT?

AKIDAH IMAM Abu Uthman al-Sobuni

MALAIKAT MAUT BERNAMA IZRAIL?