MISKIN DAN KAYA ADALAH UJIAN

 *Miskin dan Kaya, Kedua-Duanya Ujian*

Ibnu Al-Qayyim, menukilkan perkataan gurunya, Ibnu Taimiyyah:

وَالْفَقْرُ وَالْغِنَى ابْتِلَاءٌ مِنَ اللَّهِ لِعَبْدِهِ .

Kemiskinan dan kekayaan merupakan ujian daripada Allah kepada hamba-hambaNya.

كَمَا قَالَ تَعَالَى

Ini sebagaimana firman Allah:

فَأَمَّا الْإِنْسَانُ إِذَا مَا ابْتَلَاهُ رَبُّهُ فَأَكْرَمَهُ وَنَعَّمَهُ فَيَقُولُ رَبِّي أَكْرَمَنِ

Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu memuliakannya dan mengurniakannya kesenangan, maka dia berkata: "Tuhanku telah memuliakanku". (15)


وَأَمَّا إِذَا مَا ابْتَلَاهُ فَقَدَرَ عَلَيْهِ رِزْقَهُ فَيَقُولُ رَبِّي أَهَانَنِ

Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya maka dia berkata: "Tuhanku menghinakanku" [4]. (16) 

[Surah Al-Fajr: 15-16]


كَلَّا أَيْ لَيْسَ كُلُّ مَنْ وَسَّعْتُ عَلَيْهِ وَأَعْطَيْتُهُ : أَكُونُ قَدْ أَكْرَمْتُهُ ، وَلَا كُلُّ مَنْ ضَيَّقْتُ عَلَيْهِ وَقَتَّرْتُ : أَكُونُ قَدْ أَهَنْتُهُ ،

Tidaklah sedemikian. Bukanlah semua yang telah Aku (iaitu Allah) luaskan dan kurniakan rezeki kepadanya bermaksud aku telah memuliakannya. Bukanlah semua yang aku sempitkan dan tahan rezekinya bermaksud aku menjadikannya hina.


فَالْإِكْرَامُ : أَنْ يُكْرِمَ اللَّهُ الْعَبْدَ بِطَاعَتِهِ ، وَالْإِيمَانِ بِهِ ، وَمَحَبَّتِهِ وَمَعْرِفَتِهِ . وَالْإِهَانَةُ : أَنْ يَسْلُبَهُ ذَلِكَ .

Memuliakan itu ialah Allah memuliakan hambaNya dengan hamba itu mentaatiNya, beriman denganNya, mencintaiNya dan mengenaliNya. Menjadikannya hina itu ialah mencabut semua itu daripadanya.


قَالَ - يَعْنِي ابْنَ تَيْمِيَّةَ - وَلَا يَقَعُ التَّفَاضُلُ بِالْغِنَى وَالْفَقْرِ . بَلْ بِالتَّقْوَى ، فَإِنِ اسْتَوَيَا فِي التَّقْوَى اسْتَوَيَا فِي الدَّرَجَةِ . سَمِعْتُهُ يَقُولُ ذَلِكَ .

Ibnu Taimiyyah bermaksud: Tidaklah kelebihan itu disebabkan kaya atau miskin. Bahkan ia disebabkan taqwa. Seandainya si miskin dan kaya sama pada taqwanya. maka mereka berdua pada darjat yang sama. Aku (iaitu Ibnu al-Qayyim) mendengarnya berkata begitu.

[Madarij al-Salikin, 2:442].

#MMMR

Comments

Popular posts from this blog

DOSA DAN ANCAMAN TIDAK MELURUSKAN SAF

IMAM AL GHAZALI KEMBALI KE MAZHAB SALAF (english)

TEMPAT KEDIAMAN IBLIS DI BUMI : BILIK AIR