SEBAIK-BAIK AMALAN

 [Refleksi Juz 12: Mengapa Allah sebut "sebaik-baik amalan - Ahsanu Amala"?]

Firman Allah taala:

لِيَبۡلُوَكُمۡ أَيُّكُمۡ أَحۡسَنُ عَمَلٗاۗ 

"Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya"

[Surah Hūd: 7]


Jika kita perhatikan dalam ayat ini, Allah sebutkan أحسن عملا iaitu siapakah yang paling baik amalnya. Allah tidak sebutkan أكثر عملا iaitu siapakah yang paling banyak amalannya.

Imam Ibn Kathir menjelaskan:

"Allah tidak menyebutkan أكثر عملا tetapi أحسن عملا. 

Sesuatu amalan itu tidak dikira حسن atau baik kecuali jika ia ikhlas kerana Allah taala dan mengikut apa yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Jika sesuatu amalan itu tidak memenuhi salah satu syarat ini maka amalan itu akan terbatal dan sia-sia."

Moga-moga Allah menerima semua amalan kita.

#refleksiramadhan

Usaid subki

Comments

Popular posts from this blog

DOSA DAN ANCAMAN TIDAK MELURUSKAN SAF

IMAM AL GHAZALI KEMBALI KE MAZHAB SALAF (english)

TEMPAT KEDIAMAN IBLIS DI BUMI : BILIK AIR